klik klik klik

Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Hadiah GA

salam semua...ok..kali ni nak tunjuk hadiah GA anjuran seorang sahabat FB Azian Imran Ratu BK.  Alhamdulillah, saya menang GA~ GiveAway Azian dengan menjawab soalan yang betul ...

Apa ya soalan Yan? 
Alamak..cari2 kat Fb tak berjumpa pulak... nantilah tanya Yan ..

ok..apa ada dalam bungkusan tu ya?

2 keping piring Bunga Kangkung lukis  dan sepasang cawan. cawan tu ada lekuk-lekuk di badannya..saya belum ada lagi cawan bentuk tu..

Bunga Kangkung lukis ni berbeza sedikit dari BK biasa...saya lupa nak tangkap gambar secara close-up...boleh baca details nya di blog Sya Kiffli di sini..

TERIMAKASIH DAUN KELADI AZIAN IMRAN
Jika ada anjurkan GA lagi ..cepat-cepat roger akak ..
ok..bye..

Friday, May 20, 2011

GA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-30 KAK ATON

Assalamu'alaikum semua...dah lama saya nak join GA Kak Aton, tapi teramat sibuk....nasib baik belum tamat lagi tarikh tutupnya...ok ok..sebelum cakap apa-apa lagi..jom kita sertai GA Kak Aton ni...
Bila tengok gambar Kak Aton kahwin ni 30 tahun dahulu..alaaa...comelnya Kak Aton ..cantik ..putih bersih muka Kak Aton kan... yang sebelah tu pulak, macam hero dalam buku-buku novel cinta yang saya dulu-dulu masa sekolah selalu baca..alaaa..bebudak sekolah kan suka baca buku tu..Mills& Boon tu...selalu watak hero nya dalam novel-novel tu di describe kan sebagai "Tall, Dark and Handsome"!!! Ahaks...Kak Aton, kira hubby akak ni leh jadi hero dalam novel cinta tu...hehehe..jangan marah ya Kak Aton...

Sebelum terlambat Azzah nak ucapkan 
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ke-30 
utk Kak Aton & suami...

TAHNIAH
kerana telah dapat menempuhi 30 tahun, suatu jangka masa yang lama dalam perjalanan sebuah perkahwinan dan kehidupan...telah dapat menempuhi tribulasi yang mendatang ...semoga perkahwinan akak akan kekal bahagia hingga ke akhirnya...Amin..

Jadi sempena Ulangtahun perkahwinan Kak Aton, Kak Aton telah membuat satu GA (GiveAway) ..
hadiah-hadiah sangat Azzah berkenan...mintak-mintak murah lah rezeki ..sebab hadiah tu semua Kak Aton jahit sendiri...tersangat cantik...sulaman Kak Aton itu..

Antara hadiah yang Kak Aton sediakan

Hadiah pertama..2 helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben

  Hadiah kedua 2helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben

 Hadiah ketiga 2helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben

 Hadiah keempat sehelai saprah sulam dan hiasan dinding sulaman riben

Macam biasa mesti ada syarat2 nya .

1) Mestilah menjadi follower Kak Aton  : http://atonsulam.blogspot.com/ (dah lama dah jadi follower akak)
2) Linkkan blog ini dalam blog anda.(juga sudah link tahun lepas)
3) Sudilah buat entry ringkas tentang GA ini diblog anda. (done)
4) Sila tinggalkan link anda dalam ruang comment. (done)
5) Tulislah komen anda mengenai blog saya..(done)

Okay...itu sahaja...mudah-mudahan murah rezeki nak menang GA Kak Aton

Wednesday, February 16, 2011

GA ~ Nita Past Time Collectibles

Nampaknya semua orang dah join

GA ~ Past Time Collectibles

Entri hari ini sempena GA anjuran Nita dari Past Time Collectibles sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung ,pembeli dan rakan PML yang sangat beliau hargai.
Jom kita tengok apa syarat-syaratnya untuk menyertai GA ni :

1. Jadi follower untuk blog Past Time Collectibles ~ Ya ... dah lamaaaaa akak jadi follower setia.
2. Linkkan blognya ke blog anda ~ pun dah lamaaaaa dah link....
3. Buatkan entri di blog ~ ok..done........
4. Sejak bila mula meminati PML ~ panjang ceritanya....secara ringkasnya sejak tahun 2009...bermula dari pencarian teko pengganti teko yang pecah di rumah.... boleh baca n3 di blog di sini...
5. Koleksi pertama PML Teko Bunga Kangkung
6.Koleksi yang paling banyak peminat :
- Bunga Kangkung ~ Boleh dikata semua collector dan peminat PML mesti memilikinya.
- Koleksi 5 roses ~ sangat jelita tp susah nak jumpa
- Koleksi Meakin / JG ~ juga ramai peminat tetapi susah nak dapat dan harga juga meletops..
- Koleksi kekwa merah~ koleksi yang paling nampak kemelayuan ...mungkin sebab kaler merah tu...
- Koleksi Hitam ~ Disukai ramai, kalau di kedai lama area melaka masih boleh jumpa stoknya.

Ini adalah antara hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Puan Nita kita :

Hadiah Pertama : 1 set trio ROYAL ALBERT PRELUDE

Hadiah Tempat Kedua : DECO PLATE ROSES BY PRISTINE

Hadiah Tempat Ketiga: 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU

Jom kawan-kawan..............ramai-ramai kita join GA ini, lagi ramai lagi meriah!

Monday, October 11, 2010

Dah Pecah!

Chemppp!!!! Tengok apa jadi pada jam yang akak menang GA Chemp tempohari!!!!




Gara-gara anak bujang yang ke-5 yang sangat aktif dan kreatif....main panah-panah ...dipanahnya jam tu, dia ingat anak panah tu boleh melekat kat kaca tu, rupa-rupanya aim terlampau dekat, kuat sangat habis pecah!!! huhu..
Nak buat macamana ek?


Wednesday, May 5, 2010

Hadiah GA dari Chempaqa Lavender

Akhirnya yang dinanti-nantikan telah tiba....
Al-kisahnya....minggu lepas lagi dah tengok  Maklang Azie dah terima hadiah GA Chempaqa, siap dah buat posting lagi... tak apa..sabar...sabar...takkan lari hadiah dikejar...hehehe... 

tapi sampai hari ni tak ada terima, terus hantar talian hayat kpd Chemp...mintak tracking no... tak boleh jadi ni..kena check kat Post Office...tapi tak sempat pergi PO, jadi pesan dengan anak bujang saya...mintak tolong dia pergi check kat PO...
Sebelah petang balik dari kerja aje...masuk rumah aje tengok atas meja ada satu kotak besar sangat! fulamak...besarnya...tgk nama pengirim dan alamat..dah tahu mmg sah ini kotak dari Chemp... 
Inilah dalam sejarah menerima parcel dari PO....kotak yang diterima tip-top condition...masih cantik tak ada koyak atau kemek...Itulah tujuan tali yang diikat tu..utk senang diangkat dan dipegang oleh pekerja PO...ini diberitahu sendiri oleh pekerja PO di tempatku...dia kata, kalau kotak yg mengandungi barang fragile tu lebih baik ikat dgn tali, lebih baik tali lembut putih macam tu..sebab pekerja PO senang angkat dan letak, kalau tak mmg mereka main campak aje...Tahniah Chemp...for superb packing....
okay...sekarang mari kita lihat isi kandunganya pula.... alaaaaa...you all pun dah tahukan...Chemp dah tunjuk dulu...tapi bila dah tgk depan mata sendiri...lagi cantikkkk...
terutama jam tu.... itulah item yg saya duk mengidam semasa masuk GA Chemp ni...
Mug...
bekas telur..
Chemp, akak nak ucapkan , Terimakasih daun keladi
Kalau ada lebih nak lagi...(isshhh...tamak lah pulak....cukup2 lah tu..)

Wednesday, April 21, 2010

GiveAway Chempaqa

Dah terlanjur buat n3 ni, baik teruskan buat n3 berkenaan GA Chempaqa pula...takut nanti bila dah tinggalkan blog ni, terus bersawang lagik... 
semalam nampak Chempaqa ada menganjurkan GA ni sempena 10th Anniversary perkahwinan beliau... Tahniah Chemp kerana telah berjaya mengharungi kehidupan berumahtangga selama 10 tahun yang lalu, semoga kehidupan Chemp sekeluarga akan terus bahagia dan dilimpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah SWT sehingga ke hujung nyawa...Amin.
Kali ini nak masuk kategori English pula... 
Best Wishes to you Chempaqa...