Lamanya dah tak buat entri...bz memanjang....
bila baca n3 Bro Shariff64 mengenai meja antik retro tu..rasa gembira sangat bagi pihak En Shariff sebab dapat jumpa meja seperti itu...kemudian teringat pula kerusi antik retro saya yang dibeli di Benut tahun lepas... semasa balik kampung baru2 ini (cuti Wesak) ... tgk kat rumah mak di kampung kerusi tu dah dibaik pulih...
agaknya kalau dipadankan dengan meja kopi retro Bro Shariff tu mesti cun melecun !! (saya nak pinjam gambar tapi bila buka semula blog Bro Shariff tak ada ...manalah Bro Shariff sorokkan gambar meja retro tu!!!)
mari kita layan gambar...(kerusi ni masih lagi di kampung saya..hari tu nak bawa balik, tapi van dah penuh dengan anak2 dan beg kain baju... biarlah dulu di kampung...)
nak balik ke Shah Alam, singgah sekejap di rumah kakak ipar di Parit Raja... terus telefon bro Shariff nak ambil pinggan mangkuk yang diorder oleh kakak saya...(dan juga yang saya beli..!)
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga hajat nak jupa Bro Shariff dan isteri... IA nanti lain kali balik kpg jika ada masa lebih saya nak singgah rumah Bro Shariff lah pulak...mesti mengancam rumah dia... penuh dgn pinggan mangkuk lama...
Bro Shariff64 dan isteri...
jumpa sekejap aje..sebab Bro Shariff dan isteri nak pergi jemputan kahwin, saya pulak dah bertolak balik ke Shah ALam...