klik klik klik

Showing posts with label tea pot. Show all posts
Showing posts with label tea pot. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Bunga Padi - Bhgn 2

Salam pagi Selasa...berjumpa lagi kita di tahun baru 2010..rasanya baru sahaja menyambut tahun baru..tapi hari silih berganti tiba2 dah masuk Februari !!! 
Hari ini sambung lagi mengenai bunga padi... ini adalah latest addition yang paling saya suka dan gembira apabila mendapatnya... Alhamdulillah bila dah rezeki kita tu, ia akan datang bergolek...tak perlu berpeluh2 mencari di stor apeks .... 
Ini lah dia teko tinggi lampai pinggang ramping si bunga padi..
 
.manakala creamer sepadan ini dapat semasa geder2 tahun lepas di Amcorp Mall...
Pandangan belakang teko dan creamer...

Bunga Padi teapot parade.... yang manakah calon pemenang Ratu Teko??? 
(maaf..kualiti gambar sangat tidak memuaskan...al-maklumlah ambil guna camera hp murah ajek... 
huhuhu... bilalah nak baikkan digicam saya yang dah rosak tu? atau beli baru ajek??? )

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah semua...bermula sudah tahun baru mengikut kalendar Islam... bila bercakap tentang tahun baru, masing2 memperkatakan tentang azam baru..tetapi sudahkah kita membuat check list mengenai azam lama kita? adakah sudah tercapai semuanya, atau sebahagian sahaja, atau tiada langsung? Sebelum kita mula membuat senarai baru, eloklah kita muhasabah semula...jika ada azam lama yang masih belum tercapai, atau hampir tercapai, atau dalam proses mencapainya... baik sahaja kita teruskan sehingga selesai...baharulah kita menambah azam yang baru...

ok..balik semula ke tujuan asal n3 ini...sejak pandai bershopping di alam maya (shopping pinggan mangkuk lama laaa)... ALhamdulillah semua pesananku sampai dalam keadaan yang elok... tapi buat pertama kalinya minggu lepas... barang yang sampai tidak seperti yang asal...

Sedih memang sedih mengenangkan bunga di teko itu yang sangat meriah dan ceria...rasanya belum pernah terjumpa lagi di mana2 blog pengumpul pinggan mangkuk antik ini (maaf ya...jika ada sesiapa yang mempunyai teko yang serupa harap dapat beritahu...) tapi kita kena redha lah...dah itu suratan takdirnya... mungkin Allah hendak menguji kita...adakah kita sentiasa redha dan bersyukur atas nikmatNya...
"Maka...nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan..." Ar-Rahman.....u'uhhh..setiap kali membaca ayat Al-Quran ini...air mata pasti bergenang....takut sekali...

Jom lihat apa terjadi...


Cantikkan jambangan bunga..oren, biru, pink....
 
 Bila pusing sebelah lagi.....huaaaaa....

Ada sesiapa yang nak jadi McGyver?