klik klik klik

Showing posts with label pinggan mangkuk antik. Show all posts
Showing posts with label pinggan mangkuk antik. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Mee Bandung Odeon Batu Pahat

Teringin nak makan mee bandung, tiba-tiba terjumpa website yang jual bumbu (ni bahasa bibik ku...) atau rempah segera mee bandung "Odeon" dari Batu Pahat. 
Lepas tu tunjuk kepada En Hubby...diakan orang BP, terus dia terkenang zaman dia sekolah dulu...sekali-sekala balik dari sekolah dia akan singgah makan mee bandung ni...

 so apalagi...terus dia order online...beberapa hari tibalah pesanan tu. Hari tu juga terus masak... 

huishhh...memang sedaaappppp....

jemput...jemput makan.......

mee bandung dihidang dalam pinggan mungkum Victorian Roses

Friday, October 15, 2010

Soto dalam pinggan mangkuk lama

Malam Selasa yang baru lepas, kumpulan usrah kami bertemu di rumah ku...dan memang aku tiada membuat "Open House" pada Hari Raya kali ini. Lalu aku jamu mereka dengan Soto Jawa. Dipanggil Soto Jawa sebab bibik ku yang memasaknya stail Jawa...biasa kita makan soto kuah supnya clear aje kan..tapi ini kuahnya berempah ..tidak tinggal bergedil yang tersangat enak...

dan sudah semestinya dalam pinggan mangkuk lama! tapi since pinggan nya (twin roses) tak cukup korum, lalu adalah satu dua pinggan dari bunga Victorian Roses.
Air pula di hidang dalam gelas retro berkaki yang mmg lama...
"Eerrrkkk ....Syukur Alhamdulillah, semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan rumah agar dapat menjamu kita lagi...hehehe"

Tuesday, October 5, 2010

Menjamu tetamu dalam pinggan mangkuk lama



Gambar kenangan semasa Hari Raya 2010, hidangan untuk tetamu  dalam pinggan mangkuk lama...

Menjamu x-students yg sudah bekerja dan berumah tangga..kira dah dapat cucu angkat lah tu...

Tetamu dari jauh ni...from Jubail, Arab Saudi. First time jumpa setelah beberapa lama menjadi teman blogger di alam maya, kuih-muih tu tak sempat nak letak dlm tempat kuih lama...tetamu datang bagi tau sekejap aje..
tetamu dekat rumah, jiran + kawan lama sejak belajar dulu..

Thursday, September 30, 2010

Lemak Pucuk Paku Rencah Udang

Teringin lah pula hendak makan sayur kampung. Bila pergi ke pasar terus capai 2 ikat pucuk paku...balik ke rumah "Home Manager" ini terus lah mengarahkan bibik memasak masak lemak ...tengok ada sedikit udang, masuklah juga jadi perencah.....

Yang penting mesti hidang dalam pinggan mangkuk lama...mangkuk Bunga Kangkung juga yang menjadi pilihan!

Friday, January 22, 2010

Khadijah's Kitchen

Update: since ramai yang tanya di manakah Khadijah's Kitchen ini, maka saya pun search kat internet.. sbb masa pergi tu bukan baca pun nama jalan..main pergi aje..agak2... tapi tak jauh lah dari Amcorp Mall tu ... hehehe..kot2 sesiapa yg nak gi Amcorp tu boleh lah makan kat sini...
saya download dari internet beberapa gambar.... zasssss
KHADIJAHS KITCHEN
NO 21 , JALAN 11/2 JALAN BUKIT
46200 PETALING JAYA SELANGOR
03-79601079 / 012-3443667





 tempat makan yg santai...

Tadi tengahari sempena menyambut ulangtahun pertama kelahiran blog perniagaan internet kami Button Planet Enterprise, kami telah pergi makan di Khadijah's Kitchen di PJ...
Ini kali pertama saya makan di situ...makanan mmg sedap...tapi lebih sedap apabila melihat lauk-pauknya dihidang dalam pinggan mangkuk lama ..
layan gambar di bawah...

dah habis makan baru teringat nak snap gambar...masa sampai tu mmg tengah lapar sangat... sampai aje makanan terus lah makan tak toleh kiri kanan.....hehehe




teko pun teko lama jugak...
Lupa pulak nak snap gambar depan restoren tu... 




Di dinding sekeliling restoren dipenuhi dengan gambar dan piring hitam lama nyanyian Khatijah Ibrahim dari dulu hingga sekarang... (rasanya masa saya sekolah rendah lagi dah tengok Khaty ni menyanyi)

Sunday, November 15, 2009

Titipan dari kampung

Salam malam Ahad... sekejap aje masa berlalu..dah habis hujung minggu ..esok kerja semula...huhu..
sebelum start minggu bekerja...kena buat n3 dulu, sbb nanti minggu akan datang mesti sibuk tahap gaban punya...(ini pinjam bahasa bebudak sekarang lah ni .. hurm..rosak bahasa)..

okaylah balik ke topik asal... hati sedang berbunga gembira sekarang...kerana mendapat titipan dari bondaku di kampung... tadi kakak ku singgah rumah dan menghantar  barang ini...

 haaaa...ambik kau....2 kotak sekali gus....kotak tu pun dah nampak buruk.... sebenarnya kotak sebelah kanan tu aku jumpa di bawah pangkin kat dapur rumah bondaku di kampung (semasa balik Raya tempohari). Tengok2 rasa macam pinggan mangkuk yang kakakku guna dulu ...terus tanya kakak kenapa pinggan mangkuk tu kat situ??? Kakak kata dah tak nak pakai, tu dia hantar balik kampung. Terpulanglah bondaku nak buat apa, nak buang ke, nak bagi orang ke, nak hantar ke surau ke,,,, apalagi..terus aje aku cakap,
" Bagi kat Uda aje lah..."  terkejut kakakku..nak buat apa dengan pinggan mangkuk yang dah buruk ni...dia tanya ku lagi...aku pun terus bukak cerita...tentang hobi baru ini...
Al-kisahnya semasa nak balik ke Shah Alam semula selepas Raya, bonet kereta dah tak muat..ialah balik Raya...anak2 ramai...bonet dah penuh dengan beg kain baju aje... tak muat nak letak kotak pinggan mangkuk tu...Apalagi, terus ckp kat bonda..mak simpan dulu lah...nanti sesiapa balik kampung suruh bawa balik sini semula...

 

OKay...nak tahu apa lagi isi kandungannya?  Nantikan n3 seterusnya.....

okay...Selamat Malam...Assalamu'alaikum...semua ...mata dah nak tertutup ni...esok nak bangun pagi nak gi kerja...jumpa lagi di n3 akan datang...