Hisbiscus atau Morning Glory?
N3 ini saja update N3 sebelumnya, iaitu set Bunga Raya @ Hisbiscus tu.....
Ada komen dari pembaca (nenek kebaya ~ tak ada link.... tidak kenal yg empunya diri)... beliau mengatakan bunga di cawan tersebut lebih mirip kepada Morning Glory, kerana tidak mempunyai sesungut panjang kuning seperti bunga raya yang biasa. Jadi saya buat sedikit homework...search dari internet... ini beberapa image yang saya dapat .
Sebenarnya Bunga Raya @ Hisbiscus ni ada pelbagai species... ada yang mempunyai sesungut panjang mcm yang selalu kita tengok di Malaysia, ada yg sesungutnya pendek sahaja...
Bunga Raya ini dikenali sebagai HISBISCUS SINOSYRIACUS
Species ini yang paling hampir dengan gambar bunga di set cawan dan teko tersebut, daun nya pun lebih kurang sama
Manakala Morning Glory pula kelopak bunganya bercantum (macam kaki itik tu) ... cuba lihat gambar di bawah:
Ini bunga Morning Glory ...
Jadinya... sila lah rakan2 blogger antik beri pendapat masing-masing... kalau saya salah tolong betulkan ya....