klik klik klik

Showing posts with label piring kuih. Show all posts
Showing posts with label piring kuih. Show all posts

Wednesday, October 20, 2010

Saya nampak biru!

Mengapakah air laut kelihatan biru? Sedangkan kita tahu bahawa air tidak mempunyai warna? 
Siapa tahu boleh jawab? tapi tak ada hadiah tau... nak hadiah orderlah, tapi bayar sendiri ya...hehehe..
jangan mare...jom tengok piring biru ni...cantikkan...
Piring ni pemberian seorang tokey antik yang selalu jual di mudah.my...
lama dah saya tak dengar khabar berita dari dia...sibuk kot...
lagi satu sbb saya sendiri pun dah slow down  sikit (sikit ke?? hehehe)
ye lah..dah kena perli oleh anak-anak, "rumah dah jadi macam muzium pinggan mangkuk!" 

Thursday, December 10, 2009

barang dari kampung...


Salam pagi Khamis semua... bila kemas semula pinggan mangkuk yang di bawa balik dari kampung, rupa-rupanya ada lagi beberapa barang yang belum diambil gambar  dan dibuat tayangan perdana...
ok..jom kita tengok apa lagi yang bonda kasi..???


Di antara piring2 kuih yang berenda-renda seperti dalam n3 terdahulu, terselitlah sebijik piring ni...sayangnya hanya ada satu sahaja...yang lain tu agaknya dah selamatlah....

.

 
Dapat sebijk juga gelas berbunga ini, rim emas di sekeliling bibir gelas itu masih cantik lagi.... cantik sungguh bunga digelas tersebut.. bukan bunga sebenarnya, tapi gambar daun dan buah grapes....... ada juga satu lagi mangkuk jernih berbunga merah kecil...
 
dapat satu piring berbunga biru seperti di bawah. Seingat saya ada 2 piring ni dahulu, tapi 1 dah pecah agaknya.
 
Piring di bawah ini pula pemberian seorang makcik dikampung
  
cop di belakang piring tersebut...
 

Wednesday, December 2, 2009

Piring Kuih

Hunting di rumah bonda lagi...
Weekend lepas balik kampung, sampai  kpg hari Ahad...ronda2 satu bandar Pontian, tapi semua kedai apekss tutup..huhu..frustnya..!! Tak dapat hunting kedai apekss, sampai di rumah bonda, bila semua orang dah tidur aku pun memulakan pencarian di almari lama bonda..
Dapatlah lagi sebijik bekas kuih color coklat mcm n3 dulu... dah bertambah lah bekas kuih tu jadi 7 biji kesemuanya.
dannnn..... yang paling best terjumpa piring kuih lama yang cun-melecun nih...seronoknya tak terkata...



Dapat 6 keping piring kuih ni... masih cantik lagi spt zaman dahulu......
 
Close-up bunga nya... sukanya