klik klik klik

Showing posts with label enamel. Show all posts
Showing posts with label enamel. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Yang Merah itu Saga

Enamel atau semasa kecik-kecik dulu saya cuma tahu namanya "ayan" . Di kampung ada pinggan ayan... dulu selalu buat tempat kucing makan ...
tidaklah tahu rupanya selain dari pinggan , rupanya ada banyak lagi... tekonya pun sangat cantik... teko ayan ini semua yg lama dibuat pada tahun 70an ...
 nampak sangat vintage...

 Vintage Enamel Coffee Pot
  Vintage Enamel mug
 Vintage Enamel Coffee Pot from Romania with enamel mug from China

Sunday, January 1, 2012

Alhamdulillah ..
Itu sahaja yang dapat saya ucapkan sempena kemunculan tahun baru 2012... Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memanjangkan umur ku setahun lagi ...murah kan rezeki, diberikan kesihatan yang baik untuk terus menghadapi kehidupan ini menempuh tahun 2012.  Semoga Allah pelihara diriku, suamiku, kedua ibubapa kami (samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia) , anak--anak kami, adaik-beradik kami, saudara-mara kami dan kaum muslimin dan muslimat sekeliandari segala mala-petaka, atau perkara yang tidak baik, sentiasa meletakkan kami dalam keimanan yang tinggi, InsyaAllah.

Vintage mini enamel tea pot from Romania, bought in Jordan 

Monday, August 8, 2011

Teko Enamel

Teko-teko Enamel dari Romania, Bought in Jordan

Semasa saya ke Jordan pada bulan June tempohari untuk menghadiri konvokesyen anak sulong saya, ambil peluang untuk jalan-jalan ke balad (bandar) Irbid. Sambil jalan-jalan mata tu melilau juga tengok jika ada kedai pinggan mangkuk kat situ...yang bestnya kat situ..setiap lorong tu dikhaskan untuk jualan sesuatu barangan sahaja..jadi senang nak cari barang... contohnya, jika lorong tu jual jubah...maka seluruh lorong tu jual jubah. jika jual rempah-ratus...semua kedai jual rempah ratus...jika jual pinggan mangkuk, banyak kedai jual pinggan mangkuk... 
Al-kesahnya....terjumpalah satu kedai ni...jeling kiri, jeling kanan, jeling rak atas, jeling rak bawah..pergi belakang lagi..huiiii mak! nampak lah deretan teko-teko enamel pelbagai saiz dan warna!!!! WOW.... ini dah cukup baik ni...suruh anak saya tanya, teko ni dari mana? China ke? towkey kedai pun tunjuk 2 jenis teko enamel ni...ada yang buatan China dan lagi satu dari Romania... buatan China lebih ringan manakala buatan Romania kualiti lagi baik dan tebal dan berat...
maka belilah serba satu ...
 buat tayangan perdana selepas balik dari shopping, saya dah tunjuk gambar ni di FB semasa saya berada di sana..nak share dgn kawan-kawan. So, ada yg dah order dan saya pergi kali ke-2 ke kedai tersebut untuk membeli lagi...suka Pak Arab tu..sebab saya borong banyak teko2 dia...
 diantara yang dibeli
 cerek air...cantik kan...! dah selamat jadi milik seseorang rakan PML juga... nantikan dia buat tayangan perdana di blog dia...
 cantik...warna merah...juga dah selamat jadi milik orang
 Ini juga dah jadi milik orang lain...
 dah ada yang booking...ni terpaksa kirim bersama barang2 anak2 saya kerana luggage saya dah penuh dan berat...
 Biru juga cantik...!
Alhamdulillah..saya juga rasa terhibur kerana dapat berkongsi kegembiraan dengan rakan2 PML yang lain... dapat merasa teko enamel dari Romania..dibeli di Jordan...! jauhhhh tuuu..!


Sunday, January 10, 2010

Periuk Enamel Kuning

Tengah2 pilih cawan dan teko, apeks offer periuk enamel ni, katanya tinggal tu sebijik aje kat kedai dia...dah tak ada lagi...tapi saya tak collect enamel...wbgmnpun saya ambik juga, kot-kot ada blogger yg collect enamel cari periuk macam nih...Ada juga mangkuk tingkat (2 lapis dan 3 lapis) ..tapi saya tak ambil sbb kurang fulus..hehehe...sesiapa nak boleh lah sms atau emel..saya leh tolong belikan...


RM40.00  (ada satu ni saja)