klik klik klik

Showing posts with label tureen. Show all posts
Showing posts with label tureen. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Tureen For Sale

Ini gambar lama ..(kes malas nak keluarkan tureen dari dalam gobok malam-malam ni ) 

dalam gambar di atas , saya ada 2 biji tureen Rosa Cinderella ..(kanan depan, baris belakang kiri ), dan baru-baru ni saya dapat lagi sebijik tureen Rosa Cinderella ni..so dah ada 3 biji... rasa macam banyak sangat lah pulak ..
so...nak letgo sebijik... condition semua cunn...

harga? RM SOLD

Monday, January 23, 2012

Tureen batik

Salam Isnin rakan sekalian....sempena cuti Gong Xi Fa Chai ...
ambil kesempatan untuk menayangkan tureen batik ni..actually dah lama duk dalam draft entri ni... terlupa nak publish...
dah lama tak buat post tentang tureen...
sebenarnya tureen ni dah lama saya dapat..tahun lepas lagik ... nun menyeberang Lautan ..
 Suka sangat bentuknya yang berlekuk-lekuk macam kulit kerang ...
di badan dan penutupnya
Tombol di penutup yang berbentuk unik juga ...
begitu juga dengan tombol pemegangnya .. 
berbentuk kelopak bunga
 Tersengih macam kerang 'busuk'..hehehe

 
sebelah menyebelah dengan tureen yang lain di atas meja bulat dipenjuru rumah

Thursday, January 5, 2012

Tureen 3 negara

tureen dari USA, UK dan Australia
Di satu sudut di ruang rumah ku.  Saya suka menghias dengan bunga kering ..di rumah saya TIADA langsung bunga tiruan/plastik/etc ... kalau hendak hias dengan bunga, saya lebih suka bunga fresh, atau letak pokok-pokok hidup dengan daun menghijau.. saya rasa itu lebih menyegarkan mata dan juga pernafasan. Kerana pokok berdaun hijau akan mengeluarkan Oksijen untuk kita manusia sedut manakala CO2 yang kita hembus keluar pula di sedut oleh pokok-pokok..

Bukan kuasa Allah itu sangat cantik... dan teratur ...?
Manusia dan pepohon menghijau saling memerlukan dalam kitaran kehidupan ...
Maha Agung Ya ALLAH !

Monday, June 6, 2011

Tureen J&G Meakin 4 musim

Alhamdulillah...berakhir sudah pencarian tureen J&G Meakin 4 musim! dengan tibanya tureen Meakin Jade ke teratak ku tepat jatuh pada tarikh Hari Lahir ku! kira itu lah hadiah istimewa dari diri ku untuk diri ku!!! hahaha...tak ada orang nak bagi hadiah..kita bagi hadiah kat diri sendiri sudah lah kan...dan paling saya tidak lupa rezeki ini saya dapat hasil dari pertolongan kawan-kawan FB dan blogger juga...si dia yang berkenaan ..akak ucapkan terimakasih daun keladi...lain kali boleh tolong lagi...!!! walaupun ketika itu saya tidak dapat bukak FB karana berada di kampung
 terimakasih juga kepada penjual tureen tersebut..kerana meyimpan nya utk saya...

 Pandangan dari atas .... tureen Meakin 4 musim ,
Musim Sejuk (Winter) ~ Celeste, 
Musim Bunga (Spring) ~ Rosa,
Musim Panas (Summer) ~ Jade
Musim Luruh (Autumn) ~ Sunshine
 Anggun bergaya mengikut giliran....
 Menayangkan cop mohor masing-masing! ahaks....
 Aksi gaya yang berbeza...
 Kembali bersatu....

Selain dari tureen Rosa yang biasa...rezeki saya juga sekali dapat 2 tureen Rose Cinderella...2 biji sekali dapat......

Wednesday, September 15, 2010

Salam Syawal

Salam Syawal semua, 
diam tak diam dah masuk hari ke 6 kita menyambut kedatangan bulan Syawal. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf kepada sahabat bloggers semua kerana tidak sempat hendak mengutip kad-kad raya yang diberi untuk ditempekkan di blog saya, dan saya juga tidak sempat hendak membuat kad raya utk diberikan kpd semua...harap semua faham..masa terlalu berharga di akhir Ramadhan, kekadang saya sempat melawat sahaja blog rakan2 di celah-celah kesibukan.
Alhamdulillah, seronok membaca dan melihat gambar raya rakan sekelian..semua nampak happy sahaja dengan pakaian yang sedondon satu keluarga. Saya sekeluarga juga Alhamdulilah selamat pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke Shah Alam...Raya kali ini keluarga saya kurang seorang, anak saya yang sulong tidak pulang beraya bersama... beliau menyambut Raya di Jordan bersama rakan2 beliau buat kali terakhir sebelum menamatkan pengajian pada pertengahan tahun hadapan. InsyaAllah.

Seperti biasa bila pulang ke kampung, semasa mengunjungi sanak saudara, leher tu dipanjang-panjangkan menjenguk hingga ke dapur! Apa lagi...skodeng pinggan mangkuk lama di rumah mak-mak saudara lah! hehehe... dan akhirnya Alhamdulillah berhasil juga lah mendapatkan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah nenek Su kpd Mak Nah. Mula-mula tu berat hati MakNah nak melepaskannya, lalu saya minta izin nak ambil gambar. Selepas melihat saya beriya-iya mengambil gambar dari pelbagai sudut, akhirnya lembut juga hati Mak Nah .... Yahoooo!!! (ni jerit dalam hati ajelah...kat luar control macho lah...hehehe) Mak Nah kata," kesian MakNah tengok kau beriya-iya benar...ambil lah simpan elok-elok pusaka dari Nek Su ni" hehehe..sebenarnya dari Raya tahun lepas lagi saya dah mengecek MakNah, tapi tahun ni baru dapat...tak henti-henti ucapkan terimakasih daun keladi kpd MakNah...mudah2an jika ada lagi dia nak bagi ....

Apa yang saya dapat dari MakNah? Inilah dia tureen pusaka dari arwah Nek Su... 
saya rasa corak ni seperti daun maple di musim luruh... 

corak maple leaves in autumn

Selain drpd tureen ni, MakNah ada tunjuk satu lagi tea set JB dari England..dia letak dalam gobok buruk celah dapur aje .... katanya dulu-dulu dia kutip kat belakang rumah aje, mak saudara lagi sorang tu dah taruk buang kat bangsal belakang rumah, dia kutip dan simpan. Puas saya pujuk bagi saja kat saya ...saya akan simpan cantik-cantik dalam almari kat depan , tapi dia kata anak mak saudara tu dah ada sound-sound...nak balik lah agaknya tu...hurm...mudah2an ada rezeki saya....saya dah cakap, kalau cousin saya tu tak mahu, bagi kat saya aje...tunggu lah..entah2 Raya tahun depan pulak kot...hehehe...
nak tahu apa dia? layan gambar nih...
Cun banget ini teko!
Cop kat montot nya...ada cawan+piring, creamer dan bekas gula...malas nak kuarkan dari gobok celah dapur tu... mintak izin dari MakNah ambik gambar ni saja jadilah...

Tuesday, July 20, 2010

Berita Gembira

Ini pula berita yang sangat gembira..yang dinanti-nanti sejak beberapa bulan lepas telah selamat tiba ke teratak saya. Terimakasih akak ucapkan kepada otai pinggan mangkuk antik, iaitu sis Yatt ..yang sanggup bersusah payah mengambilnya dari Hjh Mona di Rawang dan menghantarnya ke Shah Alam.

Apakah dia? biarlah gambar menjelaskan segalanya...

Hadiah tureen ehsan dari Datin Mona dari EnglishVintages, UK , sempena tureen contest yang di anjurkan oleh Yatt...cantikkkkkkk sangattttttt tureen ini.... ribuan..jutaan terimakasih saya ucapakan kepada penganjur tureen contest dan juga Datin Mona, UK ... bila dah berada di tangan sendiri, macam tak percaya tengok... mmg nampak cantik dan vintagey sangat...dan saiznya juga sangat besar .. dibandingkan dengan tureen lain yang saya saya..(ewahhh..mcm lah banyak sangat... padahal ada 2-3 ketul aje...!! )
Disebabkan tak ada lagi tempat nak letak dalam almari dan ruang rumah juga terhad, sangat limited... saya letak tureen ni di atas meja di ruang tamu ... bila buka pintu nak masuk rumah, akan nampak lah tureen ni TERSERGAM DUDUK di atas meja... hahaa.. nak pergi kerja pagi2 tengok...balik kerja pun masuk aje pintu rumah dah nampak tureen nih... macam orang meroyan pulak dah... anyway, Alhamdulillah ..syukur di atas rezeki yg dikurniakan oleh Allah SWT ini... rasanya kalau ada jual pun, saya tak akan mampu hendak membelinya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita gembira lagi...saya juga merasa berbesar hati di atas kesudian Yatt dan keluarga bertandang ke teratak buruk saya yang serba kekurangan ini...Hari Ahad lepas, Yatt sekeluarga berkunjung ke rumah dgn membawa hadiah tureen tersebut, dapatlah kiranya Yatt dan keluarga makan tengahari di rumah saya...tapi yang seronoknya, terhibur hati melihat keletah hero-hero Yatt yang sedang membesar...mmg comel dan aktif sekali, mengingatkan saya kepada anak2 saya sendiri semasa mereka kecil...
Sikecil comel sudah bersiap sedia hendak memotong kek

Keluarga Merah!

Hiiii....geramnya tengok! rasa nak cubit-cubit pipi dia tu!
haa...sempat lagi tu posing kat grammaphone antik tu...
sempat bergambar sebelum Yatt dan keluarga meneruskan agenda mereka di Intekma Resort.
Terimakasih Yatt atas segalanya...Terimakasih kerana sudi datang ...

Tuesday, April 6, 2010

Essay Writing Contest@Tureen Contest

 

Pertama kali melihat entry yang post oleh Yatt mengenai Essay Writing Contest @ Tureen Contest beberapa minggu yang lepas, hati saya meronta-ronta ingin menyertainya tetapi sendiri meragui kemampuan diri kerana menyedari kekurangan diri dalam ilmu pengetahuan pinggan mangkuk antik ini...
Hari demi hari berlalu sehinggalah tinggal beberapa sahaja lagi sebelum tarikh akhir pertandingan ini akan ditutup, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba nasib menyertainya. Bukanlah semata-mata niat untuk menang tetapi untuk memberi sokongan padu kepada penganjurnya iaitu saudari Yatt, bersama co-organizers Taj Iskandar dan Mona. Penyertaan saya lebih kepada untuk memeriahkan suasana dan menghargai segala tenaga dan masa yang Yatt peruntukkan untuk menganjurkan pertandingan ini.
Apatah lagi menyedari "Luck is not alwiz on my side", selalunya saya TIDAK PERNAH menang sebarang contest atau GA yang dianjurkan oleh rakan-rakan bloggers, baik di kalangan bloggers antik ataupun blog personal saya yang lain.

Namun pagi ini seperti biasa sebelum memulakan kerja, saya akan bloghopping blog-blog antik terlebih dahulu... bila membaca blog Yatt Precious ..... memang terkejut sangat membaca keputusan pertandingan tersebut...
Ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran Alhamdulillah ke Hadrat Allat SWT
di atas rezeki yang tidak disangka ini..Terimakasih kepada penaja hadiah Mona dari UK.
Saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Chemp yang memenangi kategori Oriental dan Rohas yang memenangi Hadiah Misteri.


Terimakasih jua saya ucapkan kepada Kak Gee dari My Little Persona  kerana telah menghantar sms pagi tadi mengucapkan tahniah dan juga membuat special entry untuk pemenang.


ok...sebelum saya postkan esei yang dihantar menyertai pertandingan, mohon maaf kepada semua pembaca kerana pada pandangan saya esei saya ini sangat simple dan mudah. Saya cuma pastikan saya mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.  Alhamdulillah kerana saya baharu sahaja habis menulis thesis kajian saya, oleh itu saya memastikan format penulisan dipatuhi. Contohnya, saya bukanlah arif dalam bab tureen ini, oleh itu apabila saya membuat kajian melalui internet  saya akan pastikan setiap rujukan diberi kredit dalam penulisan dengan mencatatkan sumber rujukan tersebut. Itu adalah etiquette penulisan, jika tidak penulisan kita dianggap sebagai plagarism.

ok... terimalah esei saya yang tidak seberapa ini.......

*********************************************************************
Tureen Idaman Ku

  Pengenalan

    Sebelum menceburkan diri dalam bidang pinggan mangkuk lama dan antik ini, diriku tidak mengenali langsung apakah yang dipanggil ”tureen” ini. Mengikut terminologi orang biasa, ia dipanggil mangkuk sup sahaja. Kamus  atas-talian Merriam-Webster mendefinasikan ia sebagai mangkuk besar yang dalam dan mempunyai penutup yang digunakan khas untuk menghidang sup atau ‘stew’ [1].
    Setelah beberapa bulan berjinak-jinak mengenali bidang antik ini, saya hanya mempunyai tiga buah tureen vintage hasil belian dari rakan yang telah lama berkecimpung dalam bidang pinggan mangkuk antik ini. Namun begitu, setelah melakukan sedikit penyelidikan dan kajian, saya sangat mengidamkan tureen jenama Spode Blue Italian seperti berikut, namun mustahil saya dapat memilikinya kerana harganya yang sangat tinggi.

Sejarah Spode
Syarikat Portmeirion Group telah membeli syarikat Spode pada tahun 2009 [2]. Syarikat Spode telah mempunyai sejarah lebih daripada 200 tahun. Ia diasaskan oleh Josiah Spode I (1733-1797) pada tahun 1770 di Stoke-on-Trent, UK [3]. Rekabentuk Signature Blues adalah adalah hasil maklum-balas permintaan yang tinggi kepada poselin China dari Canton yang semakin sukar didapati pada penghujung 1770an [3]. 

Spode Blue Italian
Koleksi menarik lanskap biru putih oleh Spode mula dilancarkan pada tahun 1816 [4]. Ia terus dihasilkan sehingga sekarang dan masih menjadi “best seller”.

 
Rajah 1: 3.4L Tureen dan Senduk Blue Italian [3]

Corak Blue Italian yang sangat halus dan terperinci pada tureen kurun ke-18 ini (rujuk Rajah 1) menggambarkan suatu pemandangan yang diilhamkan dari sebuah kawasan perkampungan Itali dengan linkaran “border” Oriental Imari pada penutup tureen.

 
Rajah 2: Blue Spode Tureen & mangkuk alas

Rajah 2 menggabungkan mangkuk tureen dan alas. Corak pada alas tureen menunjukkan gabungan corak pada tangkai tureen dan corak lingkaran Oriental Imari pada penutup tureen. Corak pada lingkaran “border” adalah sama seperti corak pinggan mangkuk yang diimpot dari China pada pertengahan 1800an. Corak pada penutup tureen pula menggambarkan runtuhan Great Bath di Tivoli, berdekatan Rome, dan istana di Piedmont dan Lombardy, Itali. Tangkai nya pula diliputi corak berbunga yang dipanggil “sheet pattern”, sempena corak pada lingkaran di penutupnya [4].

Kesimpulan
Bagi pengumpul pinggan mangkuk antik tegar,  koleksi mereka dianggap tidak lengkap tanpa tureen.  Begitu juga hidangan di meja makan dirasakan kekurangan jika tidak disertakan hidangan makanan yang enak dan lazat di dalam mangkuk tureen.

Rujukan
[1]        Merriam-Webster Online Dictionary.
             URL: http://www.merriam-webster.com/dictionary/tureen [24 Mac 2010]

[2]        Portmeirion. URL: http://www.portmeirion.co.uk/ [24 Mac 2010]

[3]        Spode. URL: http://www.spode.co.uk/shop/ [25 Mac 2010]

[4]        Country Living Antiques, What to Collect. URL:http://www.countryliving.com/antiques/what-to-collect/collecting-spode-china-0107[28 Mac 2010]

Tuesday, March 30, 2010

Tureen Italian Design

Sempena Tureen Contest yang dianjurkan oleh Yatt dengan mendapat penaja dan hakim oleh Taj dan Mona, tarikh akhir dan masa penamat sudah semakin hampir...
tik tok tik tok.. 
jam loceng ku berbunyi...
..cepat...cepat...
hantar penyertaan anda..

Beberapa minggu lepas jalan jalan ke Riccardo lagi..rupa-rupanya Riccardo hendak berpindah lokasi, lalu diadakan SALE Penghabisan Stok!...
Pusing-pusing..tengok-tengok... ternampak lah tureen ni di celah2 pinggan mangkuk ...

cantik sangat designnya...diberi nama ITALIAN DESIGN.

Cantikkan...? hehehe..sendiri lah puji... suka sangat tengok biku sekeliling yg berlekuk-lekuk..
Tureen ni besar...15" panjang...nak hidang lauk semasa kenduri-kendara bolehlah..
Rim emas di sekeliling biku memancar-mancar kilatnya...
Tureen ini datang bersama kaki dan tempat meletak lilin supaya makanan sentiasa panas...
Harga sebenar tureen ini mmg tak terjangkau olehku... tapi selepas 80% OFF is menjadi kurang dari RM100!

Saturday, January 23, 2010

Tureen Bunga Kangkung

Lenggang...Lenggang kangkung...
Kangkung di tepi paya...
lalalalalaaaaa....

Gumbiranya rasa hati... yang ditunggu dah dapat pagi ini.....
dipersembahkan......TUREEN BUNGA KANGKUNG.....

Hah...ambik ko...sekali dapat sampai 2 biji...
sediakan ajelah duit hantaran bak meminang anak raja ...huhu..

Dah lama sebenarnya mengidam hendakkan tureen kangkung ini, apatah lagi apabila melihat di blog otai-otai  spt CMG dan Yatt..... memang tersangaaaatttt jeeleeesssssssss.... kerana ku tahu bukan senang nak dapat rare pieces macam tu...jadi pasang angan-angan aje dulu.....


Satu hari minggu lepas...seseorang hantar sms..."kak ...nak tureen kangkung tak?" ... haaaa..apalagi...mestilah hendakkan..memang itu yang diidamkan..

 
Dan sekarang sudah selamat bersatu bersama-sama adik-beradik, ipar-duai dan kaum kerabatnya yang lain di dalam almari retro antik ku itu....

Wednesday, December 23, 2009

tureen oh tureen

Tureen oooh tureen kusayang...

hahaha..ni pasal orang yg baru dapat memiliki tureen... padahal otai semua dah banyak...Yatt, Welly ...hari ni pulak CMG bersiaran mengenai tureen kangkung...Che Mat oooo che Mat... ada lebih ke? campak-campak lah sikit ke sini... hehehehe

ini adalah hasil rembatan semasa gather-gather di Amcorp Mall ... blogger lain semua dah kuarkan hasil rembatan dia orang...saya pulak tunggu anak balik camping, konon nak pakai camera... bila dia balik tengok2 camera tu dah rosak, gambar tak leh fokus...blur aje...ni mesti kes jatuh ke ...adooiiii...anak....anak.....jadinya terpaksa ambik gambar pakai camera hp..tapi mcm biasa kualiti gambar mesti tak memuaskan...

Layan gambar...Tureen comel berbunga Ros putih berdaun biru... adake daun biru ??? tapi cantik juga lah...harga pun boleh mampu milik gitu...apa lagi..terus sambar....hehehe


 
tapi rim emas di pemegangnya dah lusuh...tak apa.. janji ada...


 
close up bunga