klik klik klik

Sunday, August 22, 2010

Dulang dan sikembar Wild Roses

Salam Ahad semua..hari panas dan sedang berehat di rumah sahaja... tengah kemas-kemas tengok dulang ni...baru teringat dulang ni anak sulung saya bawa balik dari Jordan beberapa bulan lepas..
Pagi tadi jalan-jalan kat Car Boot Sale di Stadium Shah Alam..dah lama saya tak pergi sini....saja jalan2 nak cari tudung Raya anak bungsu saya ni... suka beli kat sini sebab boleh tawar-menawar... boleh dapat harga baik..kalau kat shopping kompleks tu harga tetap..tak boleh tawar-menawar..
tiba-tiba terpandang kat satu gerai ni...gerai ni bukanlah jual pinggan mangkuk lama..tapi ada tersesat 2 teko ni atas meja dia...terus tanya ..tengok keadaannya bagus..tak ada sikit pun sumpik ke apa..pikir punya pikir akhirnya ambil aje dua-dua... 
Hajat hati nak jual salah satunya, hasil jualan boleh didermakan kepada tabung surau sekolah anak saya tu...sesiapa yang berminat boleh lah calling-calling ok...
Dulang dari Jordan dan teko kembar...

Friday, August 20, 2010

Fasa Pertama

Salam 10 Ramadhan...seperti kata Ustaz di Surau At-Taqwa semasa tazkirah tadi... kita sudah melepasi Fasa 1 Ramadhan pada tahun ini... Marilah kita menilai kembali 10 hari pertama Ramadhan yang sudah kita lalui... nilai dan hisablah sendiri berapa banyak amal ibadah yang telah kita lakukan... jika kita rasa masih tidak mencukupi, marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan dimana pahala kebajikan berganda-ganda banyak nya...bulan di mana kita boleh membeli Saham-Saham Akhirat buat bekalan kita nanti, InsyaAllah..

Rebutlah peluang ini...perbanyakkan zikir, solat dan membaca Al-Quran....dan perbanyakkan lah amalan menderma dan bersedeqah ... 

Set OC ini saya dapat dah lama dah..sejak dari tahun lepas lagi...semasa mula-mula menjebakkan diri dalam hobi pinggan mangkuk lama ini....masih duk  tersimpan dalam kotak lagi...sebab tak ada tempat nak letak di mana... oleh itu saya ambil keputusan utk menjualnya demi utk Tabung Surau sek anak saya (spt n3 lepas)

ada 6 set cawan dan piring, tapi 1 cawan dah sumpik semasa dalam perjalanan ke rumah saya..(spt dalam gambar) ..tapi itu kira saya bagi free aje lah...
1 teko gemuks dan 4 piring kuih ...
Sebenarnya saya sangat sayang kan set OC ini sebab bunga ini tak ramai yang ada....selalunya set OC yang biasa dilihat dan dikumpul oleh collectors ialah OC Ros Merah dan OC Maple ...
Agaknya set OC ni saya boleh namakan ia OC Yellow & Red Poppy ..sebab bunga dia macam bunga Poppy...
Jika ada yang berminat hendak menambah Saham Akhirat di bulan Ramadhan ini...boleh lah calling calling atau sms saya...silalah claim bonus dan dividennya di "sana" ....InsyaAllah

Thursday, August 19, 2010

Jualan Amal

SUMBANGAN UNTUK WAKAF PEMBINAAN  & KELENGKAPAN SURAU KOMPLEK PENDIDIKAN HIRA', JERAM, KUALA SELANGOR
Salam semua sahabat alam maya...kali ini seperti tajuk yang tertera, saya ingin membuat sedikit jualan amal, demi untuk memenuh kan tabung kutipan derma untuk Surau sekolah anak saya seperti yang akan saya nyatakan di bawah. Di harap sangat sahabat semua dapat kiranya membantu.  
Semua hasil jualan akan saya sumbangkan kepada tabung berkenaan. Anggaplah anda membeli sambil menderma...bayangkan setiap sen yang anda belanjakan, akan sentiasa dilipat gandakan oleh Allah SWT selama mana surau berkenaan sentiasa digunakan untuk tujuan beribadah dan menuntut ilmu oleh anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Qur'an Hira' dan Sek Menengah Islam Hira'.
"Bandingkan derma orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipatkali gandakan pahala bagi setiap yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah:261
Alhamdulillah surau ini baharu siap dibina dengan kos sebanyak ~ RM1.7 JUTA. Setakat ini dengan hasil kutipan dari para ibu bapa dan juga alumni Hira' serta orang ramai, sebanyak ~ RM700, 000 telah pun berjaya dikutip dan dibayar kepada pihak kontraktor. Pihak sekolah dan Maahad Tahfiz masih lagi kekurangan sebanyak ~ RM1 JUTA lagi untuk dijelaskan kpd kontraktor.

Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita rebut peluang ini utk melipat gandakan lagi amalan kita, disamping memenuhi hobi anda, insyaAllah ganjaran juga kita perolehi, dan kali ini semoga ganjarannya kekal abadi...InsyaAllah.


Update: Saya sertakan juga di sini no akaun BIMB JKPKD (Jawatankuasa Pembangunan dan Kutipan Derma) Hira' untuk sesiapa yang mahu menderma terus kepada pihak sekolah:
BIMB 120 100 100 19026
***************************
Piring kuih 6" bunga ros hitam cantik... piring dara baru dapat kedai apeks .. 
rim masih berkilat, belum pernah dipakai...
Harga: RM7 sekeping (ada 12 keping)

Piring kuih 6" dan 4" bunga lawang cantik... piring dara baru dapat kedai apeks .. 
rim masih berkilat, belum pernah dipakai...
Harga: piring 6": RM12 sekeping (ada 2 keping) - SOLD
Piring 4" : RM6 sekeping (ada 6 keping) - SOLD
Piring 4" : RM5 sekeping (ada 5 keping)
Set cawan Bunga Lawang (1 Cawan + 1 piring)
RM100.00 (6 set)
Set cawan kuning yang cun masih belum digunakan dari kedai apeks juga... 
RM70.00 (6 set)


Sudu kangkung - dedalu pink ... dari kedai apeks
RM5 satu (12 pcs)

~ MEMBELI LAH SAMBIL MENDERMA ~