klik klik klik

Thursday, September 30, 2010

Lemak Pucuk Paku Rencah Udang

Teringin lah pula hendak makan sayur kampung. Bila pergi ke pasar terus capai 2 ikat pucuk paku...balik ke rumah "Home Manager" ini terus lah mengarahkan bibik memasak masak lemak ...tengok ada sedikit udang, masuklah juga jadi perencah.....

Yang penting mesti hidang dalam pinggan mangkuk lama...mangkuk Bunga Kangkung juga yang menjadi pilihan!

Sunday, September 26, 2010

Nostalgia

Semasa dalam perjalanan menyusuri pekan-pekan lama, kami berhenti solat di Melaka. Pada mulanya saya tak ingat di mana saya berhenti, tapi bila tgk gambar ni baru perasan mesjid tu di Tanjung Keling, Melaka.. saya tertarik kepada menara di hadapan mesjid tu. Rekabentuknya mmg sangat lama....


 Baru perasan di sign board tu tulis Tanjung Keling

Samapi di Batu Pahat, suami saja terus ke dalam bandar (selalunya kami tak masuk bandar, terus saja ke kampung) , rupa-rupanya dia nak tengok sekolah lama dia....  

 Dahulu semasa suami bersekolah di sini, bangunan di belakang tu belum ada, hanya ada bangunan lama di hadapan tu
Kalau tgk tahun tu, lagi 9 tahun genaplah 100 tahun sekolah ini di dirikan...
saya tertarik melihat slogan sekolah ini...nak sebut pun berbelit lidah..
NUNC AUT NUNQUAN
KINI ATAU KECEWA
NOW OR NEVER

Monday, September 20, 2010

Pekan-pekan Lama

Sewaktu pulang ke kampung di selatan tanahair, kadang kala kami melalui jalan kampung hingga ke Pontian untuk menghilangkan kebosanan melalui lebuhraya yang hanya dapat menikmati pemandangan pokok-pokok dan bukit bukau serta lembah....
Di sepanjang jalan kampung kami akan melalui pekan-pekan kecil di sepanjang jalan tersebut...saya tidak melepaskan peluang utk mengambil gambar deretan kedai-kedai lama yang kebanyakan sudah tidak digunakan lagi ataupun sudah dimamah usia. Kebanyakan kedai tersebut telah didirikan sejak zaman Jepun dan pemerintahan British lagi.....
sayang sekali banyak kedai ini sudah diruntuhkan dan didirikan bangunan yang lebih baru dan berbentuk moden..sepatutnya bangunan2 lama ini di 'preserve' atau dikekalkan dengan membaik putlih sebagai tarikan pelancong dan juga utk tatapan generasi muda...oleh itu saya teringin mengabadikannya di blog saya buat tatapan anak-anak dan juga blogger2 yang lebih muda atau mungkin mereka yg duduk di kawasan bandar besar ..
Maaf, saya dah tak ingat sangat kedudukan kedai2 dalam gambar di bawah... dah lama ambil gambar-gambar ni, tapi lain kali kalau kami lalu lagi saya akan tulis dan ingatkan kembali...(itupun kalau saya tak tido lah ..hehehe)
Rasanya ini kedai di Parit ???, Muar, Johor
Update: Mengikut Ca dari Casaoma blog, 
kedai lama ni di Sg Mati di traffic light ke Bukit Gambir dan Muar dpd Tangkak
Ini mungkin di Rengit  
Update: Mengikut Bro Shariff, kedai lama ni di pekan Senggarang, BP
 Kedai lama ini juga di Daerah Muar....(Ca....please confirmkan di mana)

Ini di Tangkak, semasa dlm perjalanan nak hantar anak ke-4 saya ke UiTM Johor, Segamat.
Tapi kedai lama ini sudah dibaik pulih dan dicat baru..tingkap2 lama juga telah diganti....
Kedai lama di Tangkak ini juga telah dibaik pulih, tapi kaca tingkapnya yg berwarna masih dikekalkan...