SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
bagi semua umat Islam amnya, dan rakan2 bloggers khasnya.
Apakah iktibar dan pengajaran yang perlu kita ambil dari sambutan hari Maulidur Rasul ini?
Saban tahun kita mengadakan pelbagai acara dan program bagi menyambut dan mengingati peristiwa Maulidur Rasul iaitu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., utusan terakhir Allah S.W.T. yang kita kasihi dan sanjungi. Kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. boleh diperteguhkan lagi dengan cara menanam kefahaman yang mendalam terhadap sejarah Maulidur Rasul.
Kefahaman yang mendalam memudahkan lagi penghayatan pada sejarah Maulidur Rasul dilakukan. Pada masa yang sama boleh mengelakkan sambutan terhadap peristiwa Maulidur Rasul hanya sekadar menjadi rutin tahunan atau pelengkap takwim tanpa boleh mendatangkan faedah yang besar terhadap umat Islam secara keseluruhan.
10 Kelebihan dan faedah memahami sejarah Maulidur Rasul
1) Mengembalikan kefahaman terhadap Islam dan sekaligus meningkatkan kecintaan umat pada Islam.
2) Mendidik dan menggerakkan masyarakat Islam melalui pengajaran dari perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.
3) Memperbanyak dan memperkemaskan penyebaran risalah sirah Rasulullah S.A.W. kepada umat Islam.
4) Memelihara kemurnian dan keaslian ajaran Islam dengan menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai panduan rujukan.
5) Menyedarkan umat Islam secara keseluruhan kepentingan memahami sirah dan menghayati ajaran-ajaran Islam.
6) Mengetahui sirah tidak sekadar dalam pengolahan berbentuk cerita sahaja tanpa mengambil pengajaran dan pengiktibaran secara tersurat atau tersirat.
7) Sirah boleh dijadikan sebagai panduan membina keluarga, menjana diri, membentuk masyarakat, mengurus pemerintahan dan mentadbir negeri serta mengemudi negara.
8) Memurnikan sebarang salah faham terhadap sirah Nabi S.A.W.
9) Memahami bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah S.A.W. berbeza dengan sejarah atau biografi tokoh yang lain.
10) Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Qur’an kerana sebahagian ayat Al-Qur’an lebih mudah difahami setelah kita mengetahui sebab penurunannya yang berkait langsung dengan sirah Nabi S.A.W.
(Dipetik drpd: http://keepandshare.com/doc/ ...)
Sempena Hari Bersejarah dalam Islam ini, dan juga kerana cik abang ada di rumah (selalu hari Jumaat cik abang tak balik rumah kerana kerja di KL) , hari ini hidangan juga istimewa...dan sudah semestinya dalam set pinggan mangkuk antik...sila lah semua, jemput makan....
Gulai asam pedas ikan bawal emas (lembutnya isinya..), ulam2an(jantung pisang, daun selom dan bendi), sambal belacan... dan ...apa ya..dalam tureen bunga kangkung itu...???
tadaaaaa..... sup ayam ni untuk anak2 yang tak makan pedas...
Ulam jantung pisang tu terlebam lah pulak... dah pesan dengan bibik rebus dalam air beras dia terlupa lah pulak....(itu petua mak saya supaya jantung pisang tak lebam..) .. hurm.. oklah... sila... sila.... jangan malu dan segan...