klik klik klik

Showing posts with label twin roses. Show all posts
Showing posts with label twin roses. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Luka berdarah sudah sembuh!

Assalamu'alaikum sahabat bloggers sekelian....lamanya saya tak sempat update blog...kerja yang perlu disiapkan...akhirnya sudah siap..Alhamdulillah...nanti saya cerita di N3 lain...
kali ni hati saya sedang berbunga riang dengan Bunga-bunga Cinta....lalalalalalala......
Luka di hati yang dahulu nya berdarah sudah sembuh dan kering sepenuhnya dengan kedatangan Pak Din ini ke teratak hamba.... ALhamdulillah...jika Allah kata bukan rezeki kita, walau dah depan mata pun tentu tak dapat juga...walaupun ada lori bawak teko tergolek depan rumahpun...
tetapi hanya Allah yang tahu betapa hati ini kembali terluka berdarah setiap kali melihat ada collector baru yang dapat 'tangkap' Pak Din ini....hehehe...(jiwang lah pulak! ....drama minggu ini...!!)  tapi kalau sudah ditentukan rezeki kita, walau jauh nun di seberang tambak sana, jika Allah dah takdirkan utk kita, akhirnya menjadi milik hamba juga...SYUKUR sangat....
 Petang ni balik rumah saja, tengok dah ada kotak ni atas meja..huhu..kali ni bukan abang SKYNET, tetapi abang NATIONWIDE...hehehe
 Sesi buka kotak...
 Apa ada dalam bungkusan itu?????????...

 taraaaaaaaa....  teko aladin yang menjadi idaman hati...
pengubat rindu dendam.....

 lain kali boleh buat tayangan perdana dengan anak beranaknya yang lain...

Friday, October 15, 2010

Soto dalam pinggan mangkuk lama

Malam Selasa yang baru lepas, kumpulan usrah kami bertemu di rumah ku...dan memang aku tiada membuat "Open House" pada Hari Raya kali ini. Lalu aku jamu mereka dengan Soto Jawa. Dipanggil Soto Jawa sebab bibik ku yang memasaknya stail Jawa...biasa kita makan soto kuah supnya clear aje kan..tapi ini kuahnya berempah ..tidak tinggal bergedil yang tersangat enak...

dan sudah semestinya dalam pinggan mangkuk lama! tapi since pinggan nya (twin roses) tak cukup korum, lalu adalah satu dua pinggan dari bunga Victorian Roses.
Air pula di hidang dalam gelas retro berkaki yang mmg lama...
"Eerrrkkk ....Syukur Alhamdulillah, semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan rumah agar dapat menjamu kita lagi...hehehe"

Saturday, October 9, 2010

Twin Roses Mini Set

Salam petang Sabtu. Bila tgk balik rupanya dah hampir 5 hari tak update blog..huhu..semester sudah menghampiri ke penghujungnya , banyak kerja perlu dibereskan sebelum final exam bermula...
semua syllabus perlu dibereskan, pada masa yang sama saya tidak mahu hanya mengajar semata-mata hendak menghabiskan silabus sahaja, saya mahu anak-anak didik saya mendapat dan memahami ilmu yang diajar, agar dapat dibuat bekalan dikemudian hari...oleh itu terpaksa bertungkus lumus memberi kuliah dengan berkesan. Apatah lagi subjek yang saya ajar adalah subjek pengaturcaraan (programming) .... huhu....
Mudah-mudahan mereka akan dikurniakan oleh Allah hati yang tenang dan pemikiran yang lapang agar dapat menerima apa yang saya ajar dengan mudah...Amin..
oklah..balik ke tujuan asal menulis blog hari ni, hurmm...sekarang ni angin "M" melanda diri, tak kuasa nak angkut keluar set-set dari dalam almari (atau dalam kotak!) dan ambil gambar...lalu ku godek-godek folder dalam laptop ni..kot kot ada ambil yang belum lagi dibuat tayangan perdana..hehehe
okaylah,..jumpa gambar set mini Twin Roses ni...boleh buat tatapan rakan-rakan sekelian...
Teko mini Twin Roses tu dah pernah buat tayangan dulu...beli dari mama otai lah, siapa lagi kalau bukan Kak Pozi...4 set cawan mini (memang tersangat mini!) tu dapat dari Eija Tokey Pelita..eh..apa pulak tokey pelita jual cawan pulak !? ye laa...pi beli pelita terjumpa cawan ambik lah sekali kan..kan Eija...? lama tak dengar berita tokey ni ..apa khabar ya?

Ni lah rupanya cawan mini tu..mmg terrrsangat mini...ibaratnya macam ni, kalau ambil bola ping pong tu letak dalam cawan ni, sama elok nya..ngam aje..haaa..itulah saiz cawan ni...