Salam semua...rindunya pada teman-teman sekelian...masa sangat-sangat mencemburui ku... lantas itu blog ini semakin terabai...dan bersawang... mai sini penyapu tu...nak sapu habuk-habuk ni...hehehe..
Entri ini akan menjadi tersangat ringkas, kerana perlu menyudahkan sesuatu kerja hari ini juga...
Sebenarnya hari ini ialah Hari Lahir saya yang ke ???? minggu lepas plan macam-macam nak buat untuk teman blogger sekelian, tapi nampaknya tak sempat...
Ya Allah..apabila merenung kembali angka-angka itu, hati ini menjadi terlalu kecut dan takut... apakah sudah cukup bekalan yang bakal kubawa untuk ke "sana" nanti??? Rasanya baru secubit dan sekelumit sahaja... ini membuatkan aku perlu bermuhasabah dengan diriku sendiri... Perbanyakkan amalan ibadah selagi boleh dan terdaya... InsyaAllah...
okaylah... sebenarnya saya ada hadiah misteri bagi teman blogger yang pertama meninggalkan komen di entri ini yang menyatakan berapakah umur saya yang sebenar....!!! hahaha... bukan tak mahu mengaku dah tua...tapi tersangat takut apabila merenung angka-angka itu...!!!
Ya Allah...Engkau perbaikilah untukku agamaku dan lapangkanlah bagiku tempat kediamanku, serta berkatilah untukku rezekiku. Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kekerasan hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Dan aku berlindung kepadaMu kekufuran dan kefasikan, dan perasaan ingin riya', dan aku berlindung kepada Mu dari tuli, bisu, penyakit kusta dan segala penyakit yang jahat. Ya Allah, kurniakanlah ketaqwaan pada jiwaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah yang sebaik-baik yang menyucikan dan Engkaulah Maha Pelindung dan Maha Memiliki...Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari ilmu yang tidak bermenafaat, hati yang tidak khusyuk dan nafsu yang tidak pernah kenyang dan puas serta doa yang tidak dimakbulkan...
Semoga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat.. Amin.
