klik klik klik

Showing posts with label teko. Show all posts
Showing posts with label teko. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Teko-teko untuk dijual

Ada kawan datang rumah mintak tolong jualkan teko2nya.  Dia hanya nak kumpul BK dan Kekwa Hitam aje... so, yg lain semua nak diletgo...
Teko bulat kekwa merah Jepun
SOLD

Teko Bulat Ros Jambatan Nangkin
RM90 (tak termasuk pos) - condition sangat cun..


Teko bulat Bunga Padi (sebelah kanan belakang)
RM 80 (tak termasuk pos) - condition bagus
Gambar bunga di belakang teko

2 lagi teko - teko bulat Twin Roses - size biasa,
teko bulat ros hitam - size sederhana
kedua2 condition cun ..
pandangan hadapan..
SOLD
 Cop lama ...
NOS ...

pandangan hadapan
RM70 tak termasuk pos
 Cop lama
 condition dalam teko
 bersih..
NOS

Teko Cinderella Padi

 FOR SALE


 teko cinderella Padi , condition sangat cun

Harga : SOLD

Atas permintaan, ada yang minta nak tengok keadaan dalam teko dan cop di montotnya:
 Memang cop lama..
 teko ni NOS ..maksudnya New Old Stock..
tapi kena lah basuh lagi kalau nak pakai kan...

Monday, August 8, 2011

Teko Enamel

Teko-teko Enamel dari Romania, Bought in Jordan

Semasa saya ke Jordan pada bulan June tempohari untuk menghadiri konvokesyen anak sulong saya, ambil peluang untuk jalan-jalan ke balad (bandar) Irbid. Sambil jalan-jalan mata tu melilau juga tengok jika ada kedai pinggan mangkuk kat situ...yang bestnya kat situ..setiap lorong tu dikhaskan untuk jualan sesuatu barangan sahaja..jadi senang nak cari barang... contohnya, jika lorong tu jual jubah...maka seluruh lorong tu jual jubah. jika jual rempah-ratus...semua kedai jual rempah ratus...jika jual pinggan mangkuk, banyak kedai jual pinggan mangkuk... 
Al-kesahnya....terjumpalah satu kedai ni...jeling kiri, jeling kanan, jeling rak atas, jeling rak bawah..pergi belakang lagi..huiiii mak! nampak lah deretan teko-teko enamel pelbagai saiz dan warna!!!! WOW.... ini dah cukup baik ni...suruh anak saya tanya, teko ni dari mana? China ke? towkey kedai pun tunjuk 2 jenis teko enamel ni...ada yang buatan China dan lagi satu dari Romania... buatan China lebih ringan manakala buatan Romania kualiti lagi baik dan tebal dan berat...
maka belilah serba satu ...
 buat tayangan perdana selepas balik dari shopping, saya dah tunjuk gambar ni di FB semasa saya berada di sana..nak share dgn kawan-kawan. So, ada yg dah order dan saya pergi kali ke-2 ke kedai tersebut untuk membeli lagi...suka Pak Arab tu..sebab saya borong banyak teko2 dia...
 diantara yang dibeli
 cerek air...cantik kan...! dah selamat jadi milik seseorang rakan PML juga... nantikan dia buat tayangan perdana di blog dia...
 cantik...warna merah...juga dah selamat jadi milik orang
 Ini juga dah jadi milik orang lain...
 dah ada yang booking...ni terpaksa kirim bersama barang2 anak2 saya kerana luggage saya dah penuh dan berat...
 Biru juga cantik...!
Alhamdulillah..saya juga rasa terhibur kerana dapat berkongsi kegembiraan dengan rakan2 PML yang lain... dapat merasa teko enamel dari Romania..dibeli di Jordan...! jauhhhh tuuu..!


Saturday, October 23, 2010

Aladdin dari Jordan

Alhamdulillah, Kak Long telah selamat sampai pagi tadi...esok pula akan bertolak ke Alor Setar utk hantar Kak Long ke sana. Beliau akan menjalani latihan praktikal di Hospital SUltanah Bahiyah selama 3 minggu.  

Teringin nak jumpa bloggers sebelah utara, tapi masa yg singkat dan saya pula bawa mak hendak melawat adik-beradik di Kedah... hurm... tgk keadaan bgmn...
Kali ini Kak long membawa buah-tangan dari Petra, Jordan. Apakah Petra tu? hurm..pernah tengok cerita Indiana Jones and the Last Crusaders tak? dalam cerita tu kan ada adegan yg  kat tempat mcm istana dalam gunung batu tu... tempat tu sebenarnya di Petra  ni lah... (saya ada tulis mengenai pengembaraaan saya di Petra di sini)
 
Petra is declared as one of the new 7 wonders of the world.

Apa yang Kak Long bawa balik?

Nak tahu?  In dia...Lampu Aladdin dari tembaga (berat tau lampu ni)

berat tau teko ni...tapi bentuknya yang menggoda..






Wednesday, September 15, 2010

Salam Syawal

Salam Syawal semua, 
diam tak diam dah masuk hari ke 6 kita menyambut kedatangan bulan Syawal. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf kepada sahabat bloggers semua kerana tidak sempat hendak mengutip kad-kad raya yang diberi untuk ditempekkan di blog saya, dan saya juga tidak sempat hendak membuat kad raya utk diberikan kpd semua...harap semua faham..masa terlalu berharga di akhir Ramadhan, kekadang saya sempat melawat sahaja blog rakan2 di celah-celah kesibukan.
Alhamdulillah, seronok membaca dan melihat gambar raya rakan sekelian..semua nampak happy sahaja dengan pakaian yang sedondon satu keluarga. Saya sekeluarga juga Alhamdulilah selamat pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke Shah Alam...Raya kali ini keluarga saya kurang seorang, anak saya yang sulong tidak pulang beraya bersama... beliau menyambut Raya di Jordan bersama rakan2 beliau buat kali terakhir sebelum menamatkan pengajian pada pertengahan tahun hadapan. InsyaAllah.

Seperti biasa bila pulang ke kampung, semasa mengunjungi sanak saudara, leher tu dipanjang-panjangkan menjenguk hingga ke dapur! Apa lagi...skodeng pinggan mangkuk lama di rumah mak-mak saudara lah! hehehe... dan akhirnya Alhamdulillah berhasil juga lah mendapatkan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah nenek Su kpd Mak Nah. Mula-mula tu berat hati MakNah nak melepaskannya, lalu saya minta izin nak ambil gambar. Selepas melihat saya beriya-iya mengambil gambar dari pelbagai sudut, akhirnya lembut juga hati Mak Nah .... Yahoooo!!! (ni jerit dalam hati ajelah...kat luar control macho lah...hehehe) Mak Nah kata," kesian MakNah tengok kau beriya-iya benar...ambil lah simpan elok-elok pusaka dari Nek Su ni" hehehe..sebenarnya dari Raya tahun lepas lagi saya dah mengecek MakNah, tapi tahun ni baru dapat...tak henti-henti ucapkan terimakasih daun keladi kpd MakNah...mudah2an jika ada lagi dia nak bagi ....

Apa yang saya dapat dari MakNah? Inilah dia tureen pusaka dari arwah Nek Su... 
saya rasa corak ni seperti daun maple di musim luruh... 

corak maple leaves in autumn

Selain drpd tureen ni, MakNah ada tunjuk satu lagi tea set JB dari England..dia letak dalam gobok buruk celah dapur aje .... katanya dulu-dulu dia kutip kat belakang rumah aje, mak saudara lagi sorang tu dah taruk buang kat bangsal belakang rumah, dia kutip dan simpan. Puas saya pujuk bagi saja kat saya ...saya akan simpan cantik-cantik dalam almari kat depan , tapi dia kata anak mak saudara tu dah ada sound-sound...nak balik lah agaknya tu...hurm...mudah2an ada rezeki saya....saya dah cakap, kalau cousin saya tu tak mahu, bagi kat saya aje...tunggu lah..entah2 Raya tahun depan pulak kot...hehehe...
nak tahu apa dia? layan gambar nih...
Cun banget ini teko!
Cop kat montot nya...ada cawan+piring, creamer dan bekas gula...malas nak kuarkan dari gobok celah dapur tu... mintak izin dari MakNah ambik gambar ni saja jadilah...

Saturday, July 17, 2010

Stunning Blue Teapot



 Semalam saya berkunjung ke rumah seorang sahabat... terpikat dengan teko yang digunakan untuk menghidang minuman teh... 
terus minta izin nak ambil gambar...lalu berposing sakan lah teko biru ini...

 
 

Monday, January 11, 2010

Teko

Semasa pergi hunting, dapat teko-teko ni lebih...so boleh lah kongsi dengan rakan-rakan sekelian...
jika berminat boleh sms...

Teko buluh emas..RM35..(ada beberapa biji)
1 pc barter (T)

Menurut apeks tersebut, teko ini juga sudah lama,  dilukis dengan tangan menggunakan emas (tak taulah berapa carat kan...) tapi jika lihat in real life, mmg sangat cantik ... puas apeks tu selongkar stornya, tapi belum berjumpa dengan anak2nya atau adik beradik lain... hehehe...


teko mini kangkung (lihat saiznya berbanding cawan bujang itu) 
Rim emas masih cantik berkilat, masih dalam kotak asal berpuluh tahun dahulu.....
RM18 sebiji... (ada lagi beberapa biji)



Teko bunga gandum (or barley??)- All SOLD ..