klik klik klik

Showing posts with label teko mini. Show all posts
Showing posts with label teko mini. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Twin Roses Mini Set

Salam petang Sabtu. Bila tgk balik rupanya dah hampir 5 hari tak update blog..huhu..semester sudah menghampiri ke penghujungnya , banyak kerja perlu dibereskan sebelum final exam bermula...
semua syllabus perlu dibereskan, pada masa yang sama saya tidak mahu hanya mengajar semata-mata hendak menghabiskan silabus sahaja, saya mahu anak-anak didik saya mendapat dan memahami ilmu yang diajar, agar dapat dibuat bekalan dikemudian hari...oleh itu terpaksa bertungkus lumus memberi kuliah dengan berkesan. Apatah lagi subjek yang saya ajar adalah subjek pengaturcaraan (programming) .... huhu....
Mudah-mudahan mereka akan dikurniakan oleh Allah hati yang tenang dan pemikiran yang lapang agar dapat menerima apa yang saya ajar dengan mudah...Amin..
oklah..balik ke tujuan asal menulis blog hari ni, hurmm...sekarang ni angin "M" melanda diri, tak kuasa nak angkut keluar set-set dari dalam almari (atau dalam kotak!) dan ambil gambar...lalu ku godek-godek folder dalam laptop ni..kot kot ada ambil yang belum lagi dibuat tayangan perdana..hehehe
okaylah,..jumpa gambar set mini Twin Roses ni...boleh buat tatapan rakan-rakan sekelian...
Teko mini Twin Roses tu dah pernah buat tayangan dulu...beli dari mama otai lah, siapa lagi kalau bukan Kak Pozi...4 set cawan mini (memang tersangat mini!) tu dapat dari Eija Tokey Pelita..eh..apa pulak tokey pelita jual cawan pulak !? ye laa...pi beli pelita terjumpa cawan ambik lah sekali kan..kan Eija...? lama tak dengar berita tokey ni ..apa khabar ya?

Ni lah rupanya cawan mini tu..mmg terrrsangat mini...ibaratnya macam ni, kalau ambil bola ping pong tu letak dalam cawan ni, sama elok nya..ngam aje..haaa..itulah saiz cawan ni...

Wednesday, July 28, 2010

Teko-teko Cinonet


Salam semua sahabat alam maya ... wahhh..meriah sungguh dunia bloggers antik sekarang..semakin ramai yang berminat dan menerjunkan diri dalam koleksi pinggan mangkuk antik ini ...bagus lah..semakin terpelihara warisan datuk nenek moyang ..dan semakin banyak blog-blog antik yang baru muncul...walaupun sebenarnya yang mengumpul pinggan mangkuk antik ini lebih ramai lagi di luar sana, walaupun mereka tidak berblogging.

 Kali ini menampilkan pertambahan dalam koleksi bunga kangkung yang evergreen ini.
 Yang paling saya suka semua dedalunya berwarna pink!!!

 Yang paling saya tidak sangka ialah mendapat teko mini di tengah itu...memang saya hargai sangat pemberian daripada seseorang itu..terimakasih ya...tochey..tochey..
.
Teko-teko mini yang lain ...
teko mini dgn gambar pemandangan gunung ganang , pemberian Chah Tganu...Chah selitkan sekali semasa saya membeli sesuatu darinya..

Teko mini two-roses Japan...(alamak..mmg saya lupa langsung saya beli ni dari siapa ek? ..pls help me...tolonglah penjual tersebut tampil mengingatkan saya semula!!!)
update: yeahhh..saya dah ingat semula dari beli teko mini two-roses Japan ni dari siapa...mungkin penjualnya juga terlampau sibuk dgn baby kan..tak sempat nak baca n3 saya ni, dan bz dengan kerja beliau...tak apalah..saya dah ingat semula...sebenarnya saya beli teko mini dari Saidah, Ipoh ..pemilik blog  MY LIFE..MY STORIES ...
Teko mini pink sakura...saya rasa ini dah ramai yg ada..dan tahu siapa penjualnya... sebab tokey tu kata dia dah jual berbelas-belas teko mini nih!!! huhu..Terimakasih Nannie...
 Teko mini twin roses pujaan ramai ini pula saya dapat dari mamaheritage...
 TQ mama...Apa khabar? lama saya tak dengar khabar dari mama...
(tapi masih bermimpikan si teko aladdin ..huhu..tolong Ezany...!!!! kalau ada kilang teko aladdin tertonggeng lagi..jangan lupa dakuuuu!!! huhu)
dan teko-teko mini kangkung bulat pelbagai saiz...