klik klik klik

Showing posts with label Bunga Kangkung. Show all posts
Showing posts with label Bunga Kangkung. Show all posts

Tuesday, January 25, 2011

Mug Bertutup

 Hari Ahad lepas saya ke Jeram menghantar anak saya yang tahfiz tu ke asrama semula.  Dalam perjalanan pulang singgah ke Meru...sebenarnya dari minggu lepas nak pergi tetapi minggu lepas ada hal pulak ke Seremban...jadi niat ditangguhkan...
Jadi minggu ni bila ada peluang ke Jeram, saya ambil peluang tersebut utk singgah ke rumah Cikgu CT di Meru...Hajat hati nak ambil barang yang dibooking tempohari....

Bersama Cikgu CT dan anak2 dia yang comel...

 Inilah barang yang dibeli dari Cikgu CT...
sepasang mug bertutup bunga sakura...ni kira mug bonsai! hahaha
sebab mug ni pendek aje...macam cawan, tapi bertutup
 
 Pandangan dari dekat...
 gambar bunga sakura di sebelah hadapan dan belakang
Ini pula mug-mug yang ada dalam simpanan saya...tak lah banyak macam oran tukan...
adalah sikit buat pandan-pandang dan lihat-lihat...asal jangan kempunan (bak orang tua kata!)
 Mug bunga Peonies biru di belakang kiri, mug sakura putih di belakang sebelah kanan,
mug bunga Victorian Roses, mug bunga Kangkung, mug Five Roses,
dan sepasang mug sakura pink
mug bunga Victorian Roses, mug bunga Kangkung, mug Five Roses,

 Mug bunga Peonies biru di belakang kiri, mug sakura putih di belakang sebelah kanan,

Tuesday, December 7, 2010

Siput Sedut

Salam Maal Hijrah..hari cuti ni buat apa? ambil peluang cuti sekolah bersama anak-anak bercuti ke? kalau tak pergi bercuti mungkin anda sedang menghabiskan cuti ni di rumah bersama keluarga tercinta...sambil tu jom masak-masak...

anak sulong saya balik bercuti teringin nak makan seafood lah pulak...dah makan ketam, udang..kali ni beli siput sedut pulak...masak lemak cili padi sangat sedap...
suuuutttt...suuuutttttt...bunyi siput kena sedut...sebab tu nama nya siput sedut gamaknya...

Sila abaikan tepi mangkuk yang bersemoih tu..anak saya yang ambil gambar ni, tak dilapnya sebelum ambil gambar... nak ambil lagi sekali..semuaaa siput sedut dah habis kena makan! 
huhuhu..tak apalah...layannnn

Thursday, March 11, 2010

Dalil Cinta

Dalil Cinta...sebuah Cerekarama dari TV3.

Beberapa malam yang lalu, saya menonton cerekarama tersebut ~ DALIL CINTA.

Sebuah drama kehidupan ...dengan jalan ceritanya yang ringkas...tapi...sarat dengan mesej.

Drama lakonan Fahrin Ahmad & Syarifah Amani biarpun ada diselitkan unsur-unsur komedi...tapi patut dijadikan ikhtibar untuk pasangan-pasangan remaja sekarang.

Mengisahkan sepasang suami isteri...Fahrin seorang foreman...yang berkahwin dengan Amani..seorang pelajar kolej...yang masih muda..tak pandai memasak...tak pandai lagi berkemas...

Hanya berbekalkan...cinta...mereka mendirikan sebuah rumah tangga dengan alasan...mereka sudah wajib berkahwin...kerana sudah terlalu rapat...dan untuk mengelakkan sesuatu perkara buruk dari berlaku.

Si isteri...memegang prinsip...rumahtangga kita...tak siapa yang boleh campur...suka hatilah kita nak buat aper...dan...suami isteri haruslah menerima pasangan seadanya.  Baginya...

'Life is simple...why make it difficult?'

Biarpun masih tidak pandai menguruskan rumahtangga...tidak tahu memasak...mereka tetap melayari kehidupan berumahtangga...'seadanya'

Soalnya sekarang...sampai bilakah kita dapat menerima pasangan kita 'seadanya' sekiranya dia tidak mau memperbaiki diri dan belajar untuk memenuhi kekurangan diri demi untuk sebuah rumahtangga.

Rasanya...isu ini banyak melibatkan pasangan2 muda sekarang.

Kalau diberitau kekurangan diri...maka akan ditempelak dengan kata-kata...

'Awak kalau sayang dan cintakan saya...awak sepatutnya menerima saya seadanya'

Memanglah kita boleh menerima pasangan seadanya...tapi dengan harapan setelah bersama kita sama-sama dpt memperbaiki diri bagi memenuhi ruang-ruang kekurangan.

Sebabnya...

Hidup berumahtangga adalah untuk selamanya...bukan untuk setahun dua.

Kalau pasangan tidak pandai memasak...tidak pandai berkemas...maka bila dah berumahtangga... lengkapkanlah diri dengan ilmu2 yang sepatutnya. 

Memanglah kedai makan banyak ...berlambak di sana sini...tapi sampai bila nak makan lauk kedai...sampai bila dapur tak berasap.  Seperti kata mak si lelaki...

'Bila dah berkahwin...kamu akan punya anak...kalau suami sorang tak pandai nak jaga...apatah lagi kalau dah beranak pinak nanti?'

Untungnya Fahrin dalam drama ini ...ialah dia mempunyai seorang ibu mertua yang paham akan kekurangan dan kedegilan anaknya...lalu dia tidak terus menyalahkan menantu bila masalah melanda keluarga mereka. 
Kerana ada juga ibu2 yang terlalu memanjakan anak hingga tidak nampak kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka.

Oleh itu...pada mereka yang ingin berumahtangga di usia muda...janganlah hanya berkahwin kerana cinta...tapi cubalah menyemarakkan cinta itu dengan kepandaian kita menguruskan rumahtangga.  Sekarang ni terdapat ramai lelaki yang pandai juga memasak...berkemas...jadi tak salah kalau saling bantu membantu...

Kerana itulah kehidupan rumahtangga...saling memahami...bantu membantu ...saling melengkapi antara satu sama lain...dan sentiasa memperbaiki diri untuk orang tersayang....
(ulasan di atas dipetik dari: http://kaklady.blogspot.com/)

Sebenarnya nak tunjuk, dalam cerekarama tersebut, rumah yang digunakan untuk lakonan terdapat sebuah almari yang penuh dengan koleksi pinggan mangkuk bunga kangkung..pelbagai jenis dan bentuk... tak sempat nak ambil banyak gambar...ini aje yang sempat snap...
Koleksi pinggan mangkuk kangkung dalam cerekarama TV3 ~ Dalil Cinta

Friday, February 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
bagi semua umat Islam amnya, dan rakan2 bloggers khasnya. 
Apakah iktibar dan pengajaran yang perlu kita ambil dari sambutan hari Maulidur Rasul ini?


Saban tahun kita mengadakan pelbagai acara dan program bagi menyambut dan mengingati peristiwa Maulidur Rasul iaitu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W., utusan terakhir Allah S.W.T. yang kita kasihi dan sanjungi. Kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. boleh diperteguhkan lagi dengan cara menanam kefahaman yang mendalam terhadap sejarah Maulidur Rasul.

Kefahaman yang mendalam memudahkan lagi penghayatan pada sejarah Maulidur Rasul dilakukan. Pada masa yang sama boleh mengelakkan sambutan terhadap peristiwa Maulidur Rasul hanya sekadar menjadi rutin tahunan atau pelengkap takwim tanpa boleh mendatangkan faedah yang besar terhadap umat Islam secara keseluruhan.

10 Kelebihan dan faedah memahami sejarah Maulidur Rasul
1)    Mengembalikan kefahaman terhadap Islam dan sekaligus meningkatkan kecintaan umat pada Islam.
2)    Mendidik dan menggerakkan masyarakat Islam melalui pengajaran dari perjalanan hidup Rasulullah S.A.W.
3)    Memperbanyak dan memperkemaskan penyebaran risalah sirah Rasulullah S.A.W. kepada umat Islam.
4)    Memelihara kemurnian dan keaslian ajaran Islam dengan menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai panduan rujukan.
5)    Menyedarkan umat Islam secara keseluruhan kepentingan memahami sirah dan menghayati ajaran-ajaran Islam.
6)    Mengetahui sirah tidak sekadar dalam pengolahan berbentuk cerita sahaja tanpa mengambil pengajaran dan pengiktibaran secara tersurat atau tersirat.
7)    Sirah boleh dijadikan sebagai panduan membina keluarga, menjana diri, membentuk masyarakat, mengurus pemerintahan dan mentadbir negeri serta mengemudi negara.
8)    Memurnikan sebarang salah faham terhadap sirah Nabi S.A.W.
9)    Memahami bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah S.A.W. berbeza dengan sejarah atau biografi tokoh yang lain.
10)    Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Qur’an kerana sebahagian ayat Al-Qur’an lebih mudah difahami setelah kita mengetahui sebab penurunannya yang berkait langsung dengan sirah Nabi S.A.W.

(Dipetik drpd: http://keepandshare.com/doc/ ...)
 Sempena Hari Bersejarah dalam Islam ini, dan juga kerana cik abang ada di rumah (selalu hari Jumaat cik abang tak balik rumah kerana kerja di KL) , hari ini hidangan juga istimewa...dan sudah semestinya dalam set pinggan mangkuk antik...sila lah semua, jemput makan....
 
 Gulai asam pedas ikan bawal emas (lembutnya isinya..), ulam2an(jantung pisang, daun selom dan bendi), sambal belacan... dan ...apa ya..dalam tureen bunga kangkung itu...???

  
tadaaaaa..... sup ayam ni untuk anak2 yang tak makan pedas...
 
Ulam jantung pisang tu terlebam lah pulak... dah pesan dengan bibik rebus dalam air beras dia terlupa lah pulak....(itu petua mak saya supaya jantung pisang tak lebam..) .. hurm.. oklah... sila... sila.... jangan malu dan segan...

Saturday, January 23, 2010

Tureen Bunga Kangkung

Lenggang...Lenggang kangkung...
Kangkung di tepi paya...
lalalalalaaaaa....

Gumbiranya rasa hati... yang ditunggu dah dapat pagi ini.....
dipersembahkan......TUREEN BUNGA KANGKUNG.....

Hah...ambik ko...sekali dapat sampai 2 biji...
sediakan ajelah duit hantaran bak meminang anak raja ...huhu..

Dah lama sebenarnya mengidam hendakkan tureen kangkung ini, apatah lagi apabila melihat di blog otai-otai  spt CMG dan Yatt..... memang tersangaaaatttt jeeleeesssssssss.... kerana ku tahu bukan senang nak dapat rare pieces macam tu...jadi pasang angan-angan aje dulu.....


Satu hari minggu lepas...seseorang hantar sms..."kak ...nak tureen kangkung tak?" ... haaaa..apalagi...mestilah hendakkan..memang itu yang diidamkan..

 
Dan sekarang sudah selamat bersatu bersama-sama adik-beradik, ipar-duai dan kaum kerabatnya yang lain di dalam almari retro antik ku itu....

Monday, November 9, 2009

Mari menjamu selera


Mari adik, kakak dan abang...kita menjamu selera dengan puding berkuah....

 
puding diletak dalam mangkuk comel bunga kangkung
 
 Setelah dikeluarkan dari mangkuk comel, ditambah kuah , dihidang dalam mangkuk bunga kangkung dan dimakan menggunakan sudu kangkung juga.... Bismillahirrahmanirrahim.... silakan jangan malu dan segan.....
diminum bersama teh panas ....
(alamak...terlupa letak cawan bunga kangkung pula...hurm...tak apalah... lain kali kena buat penggambaran semula...)


Thursday, October 29, 2009

Bunga Kangkung lagi


Selamat malam semua...orang lain dah keluar macam-macam bunga dalam blog masing-masing, tapi saya masih dengan bunga kangkung ni..ialah..bukan ada banyak pun koleksi...sebab baru bermula, dan tak ada masa nak gi hunting ke kedai apek...jadinya hunting kat kedai alam maya aje lah... hehehe...
Selain daripada cawan dan teko, saya juga dapat beli sudu bunga kangkung ni di kedai apek kat kampung semasa balik Raya hari tu...ada 20 sudu kat kedai tu ... habis saya angkut semua sekali... hehehe..


Selain sudu, saya ada juga cawan bujang bunga kangkung ni...beli dari En Mat Kulai tu...



ada juga piring leper, mangkuk bubur, mangkuk sup Cina bertutup dan mug sebijik..semuanya dapat dari tempat yang berlainan... Ada 2 oval platter saiz 12''. Pinggan mungkum ada sedozen, tapi itu saya simpan dalam kabinet dapur sebab berat dan tak muat nak letak dalam lemari antik retro yang comel ni....



Lemari antik 60an ini saya beli dari seorang penjual barang2 lama dari Nilai...dia kata lemari ni atuk dia punya ... saya tengok kat blog dia mmg dia simpan barang2 souvenir lama2 dulu...akhirnya lemari ni berpindah ke rumah saya pada tahun 2009 sebab saya tak ada tempat nak letak teko2 saya...... tengok tu... nampak antik dan retro kan..... ;-)


Alamak...lupa nak cakap...saya memang sengaja tak letak apa-apa alas...sebab saya suka tengok coklat kayu dan ira kayu ... berlawanan dengan warna putih teko-teko dan cawan tu kan.....

Monday, October 26, 2009

Bunga Kangkung


Rasanya semua orang dah ada bunga kangkung ni...terutama otai-otai antik ni... wbgmnpun saya tetap nak share jugak ya... ini lah teko antik yang pertama saya beli. Saya browse kat mudah.my kemudian ternampak seorang brother ni nak jual teko ni.. En. Mat jugak, tapi bukanlah CMG ...tapi rumah dia kat Kulai, dekat jugak tu dgn rumah CMG kat Sedenak tu kan...teko ni mmg lasak...saya pakai buat basahan hari-hari...Teko ni besar, tebal dan berat...jadi air teh yang saya buat panasnya tahan lama....

Ini waktu raya lepas, saya hidangkan kat sepupu saya yang datang bertandang...excited dia tengok cawan bunga lama tu....Cawan mulut lebar atau mulut jahat tu, bak kata CMG... tu saya beli dari cik Tasha antik kita lah .. cukup sedozen... kenapa sedozen? sbb anak saya ramai..hehehe...semasa Raya mmg saya hidang kat tetamu air teh dalam cawan mulut lebar tu ....


Hari ke hari, sedikit demi sedikit koleksi kangkung saya bertambah...terimakasih kepada kedai2 antik di alam maya ni...seperti Tasha, Welly, Angah, Ajmah dll... so far saya belum pernah barter lagi...sebab saya tak ada apa nak di'barter' kan...!! hehehe...selalu busy memanjang..tak ada masa nak gi merompak ke kedai apek...macam you all semua! Cuma masa balik Raya ke kampung hari tu, sempatlah juga mencelah gi kedai apek kat kampung tu..(ini pun atas panduan rakan2 blogger sekelian..).. dapatlah sikit bunga kangkung ni...

Teko ni saya beli dari Welly. Manakala cawan2 tu beli dari En. Mat Kulai dan cawan kecik saya beli kat kedai apek di kampung sebanyak 1 dozen. Teringat saya dulu-dulu mak saya suka buat kuih lompang dalam bekas ni...seingat saya ada macam2 bunga, tapi bila tanya mak dia pun tak ingat dah mana pergi semua tu...dah habis pecah kot...

Ini pulak koleksi teko-teko kangkung yang saya ada.....


Saya suka tengok teko yang di sebelah kiri tu...bentuk badannya yang montok disebelah bawah, nampak lemah gemalai...yang bestnya tutupnya pun ada gambar bunga kangkung juga... tapi ada chip sikit... tak kisahlah kan..janji ada... Manakala, teko sebelah kanan tu ialah teko aladin yang terkenal seantero dunia kan... kedua-dua bunga di teko ini besar dan terang serta jelas...nampak megah gitu.....kedua-duanya saya dapat dari cik Tasha antik kitalah....

Saya juga terpikat pada bentuk teko tiga segi dan bulat ini. Kedua-dua ini saya dapat dari En. Din di car boot sale Stadium Shah Alam.


Teko Cina bertangkai ini pula dari Ibuk Welly kita...satu masa dulu pernah tengok kat mudah.my ada orang jual sampai RM100 !!! Hurm...tak mampulah kalau semahal itu... teko sebelah kanan pula teko bulat bentuk biasa yang saya dapat dari Cik Mat Kulai jugak...murah aje tu...
Jom layan gambar-gambar ....