klik klik klik

Showing posts with label victorian roses. Show all posts
Showing posts with label victorian roses. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

VCR FOR SALE

 
 Cawan /Mug VCR 
nak jadikan cawan pun boleh, nak guna sebagai mug pun boleh
(SOLD)
 Perbandingan saiz dengan mug biasa...
  Perbandingan saiz cawan/mug
cawan/mug VCR - saiz kecil sahaja...
diameter base - 2 1/4"
diameter mulut cawan - 2 3/4"
height - 2 1/2" (SOLD)
Mangkuk lauk VCR (7" diameter )
(SOLD)

Tuesday, January 25, 2011

Mug Bertutup

 Hari Ahad lepas saya ke Jeram menghantar anak saya yang tahfiz tu ke asrama semula.  Dalam perjalanan pulang singgah ke Meru...sebenarnya dari minggu lepas nak pergi tetapi minggu lepas ada hal pulak ke Seremban...jadi niat ditangguhkan...
Jadi minggu ni bila ada peluang ke Jeram, saya ambil peluang tersebut utk singgah ke rumah Cikgu CT di Meru...Hajat hati nak ambil barang yang dibooking tempohari....

Bersama Cikgu CT dan anak2 dia yang comel...

 Inilah barang yang dibeli dari Cikgu CT...
sepasang mug bertutup bunga sakura...ni kira mug bonsai! hahaha
sebab mug ni pendek aje...macam cawan, tapi bertutup
 
 Pandangan dari dekat...
 gambar bunga sakura di sebelah hadapan dan belakang
Ini pula mug-mug yang ada dalam simpanan saya...tak lah banyak macam oran tukan...
adalah sikit buat pandan-pandang dan lihat-lihat...asal jangan kempunan (bak orang tua kata!)
 Mug bunga Peonies biru di belakang kiri, mug sakura putih di belakang sebelah kanan,
mug bunga Victorian Roses, mug bunga Kangkung, mug Five Roses,
dan sepasang mug sakura pink
mug bunga Victorian Roses, mug bunga Kangkung, mug Five Roses,

 Mug bunga Peonies biru di belakang kiri, mug sakura putih di belakang sebelah kanan,

Wednesday, December 1, 2010

Mee Bandung Odeon Batu Pahat

Teringin nak makan mee bandung, tiba-tiba terjumpa website yang jual bumbu (ni bahasa bibik ku...) atau rempah segera mee bandung "Odeon" dari Batu Pahat. 
Lepas tu tunjuk kepada En Hubby...diakan orang BP, terus dia terkenang zaman dia sekolah dulu...sekali-sekala balik dari sekolah dia akan singgah makan mee bandung ni...

 so apalagi...terus dia order online...beberapa hari tibalah pesanan tu. Hari tu juga terus masak... 

huishhh...memang sedaaappppp....

jemput...jemput makan.......

mee bandung dihidang dalam pinggan mungkum Victorian Roses

Wednesday, November 11, 2009

Victorian Roses

Teruja melihat koleksi bunga Victorian Roses ini di blog sahabat semua, terutama pengumpul pinggan mangkuk antik tegar... saya berusahalah meng'hunting' bunga ini pulak...(sssshhhhh.....bukan pergi kedai apekss..tapi 'hunting' di alam maya !) Semua kedai saya jengah, tapi susah betul nak dapat...yang ada dipamerkan pun dah habis kena rembat dengan orang lain yang lebih dahulu bermula mengumpul....
Tiba-tiba suatu hari terbuka blog Eskay...lihat dia pamerkan teko VR ni..apalagi.....teruslah sms ...

Cantik sungguh bunga Victorian Roses ini....dan bentuk teko ini juga kali pertama saya tengok...bak kata Ajmah...gebu dan rendang ....alamak! hurmm...Cik Mat janganlah terasa pulak ya....sebab ada perkataan 'gebu' tu ek...al-maklumlah dah jadi trademark CMG ...hehehe...
Kemudian ternampak pula cawan ini di blog ???? hurm...lupalah pulak....rasa-rasanya Khaty...tapi ragu2 mana tahu dah kena sambar dek orang...maklumlah tengok tarikh dia posting tu dah lama.... bak kata CMG ..terus hantar talian hayat...Alhamdulillah ada lagi stok cawan tu..yang bestnya cawan tu cawan mulut 'jahat' tu.. cumanya semua janda..sebab takde piring.....


 
 
Ini saja yang saya ada, sebiji teko dan 8 cawan janda.... jadi sahabat semua, jika ada yang terjumpa piring ke, semasa pergi hunting tu...roger2 lah saya... ataupun jika sesiapa yang ada lebih piring kuih ke, pinggan makan ke, oval platter ke....bolehlah calling-calling ya....

 
Ini pula cop mohor di cawannya...rasanya kalau cop macam ni dari negara matahari terbit tu kan? Ada macam gambar gunung Fuji diselaputi awan gitu...Apa kata otai2 semua...??? Teko Made in China, tapi cawan dari Jepun...
ok..sehingga berjumpa lagi di n3 akan datang...