klik klik klik

Showing posts with label EG. Show all posts
Showing posts with label EG. Show all posts

Monday, June 20, 2011

EG PML 2011


TEMA: CAWAN

KONSEP:  MADE IN CHINA
 LAIN-LAIN : TERPULANG KEPADA PASANGAN MASING-MASING

TEMPOH MASA : SEHINGGA 2 JUN 2011  di lanjutkan sehingga akhir Jun 2011

Alhamdulillah EG PML 2011 telah selamat di jalankan...seramai 19 orang (20 bilangan peserta sebenar) telah mengambil bahagian dalam EG ini. JUTAAN  TERIMAKASIH saya ucapkan kepada semua yang menyertainya. Bagi yang lain yang tidak berpeluang menyertainya...InsyaAllah jika diizinkan di masa akan datang boleh dianjurkan lagi...


Mari kita lihat apa yang rakan-rakan kita dapat sebagai EG (Exchange Gift - Pertukaran Hadiah) ... cuma ada beberapa orang perserta masih belum lagi dapat menyerahkan hadiah masing-masing kerana kesibukan tugas masing-masing.  Tak apa ...kita beri peluang kpd mereka..InsyaAllah nanti kemudian saya akan update lagi entri


Ok.....


1) MrsNor  beri hadiah kepada  Wann-Lemari cantique (done)
2 set cawan oleh MrsNor kepada Wann-LC...cantikkan...

2) Azzah8 beri hadiah kepada  Kak Aton (done)
 
2 set cawan bermotifkan sejambak bunga ros seperti ros liar..
Pink yang sangat lembut warnanya...ini Jepun mari....
(sorry lari sikit dari tema EG, tapi partner suka...on saja lah kan...)
Kak Aton dah buat entry pun di blog Kak Aton mengenai pemberian hadiah EG ini...boleh baca di sini.

3) Ellyna beri hadiah kepada Azzah8 (done)

 Saya pula mendapat hadiah EG dari Ellyna dari Ipoh, Perak...
memang terkejut sangat semasa terima parcel ni...tak sangka akan menerima bukan 1 set atau 2 set, tetapi 6 set cawan + 1 xtra cawan sekali gus!!!!!!Terimakasih Ell......(lain kali boleh jadi partner Ell lagi)

4) Taj - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Kak Azah KK
-update: 4hb Ogos 2011
Alhamdulillah. akhirnya Kak Azah KK telah selamat menerima hadiah EG daripada otai yang tidak asing lagi di dunia PML..siapa lagi jika bukan otai Taj..!!!
Nak tahu apa yang Kak Azah KK dapat? huhu...nak cakap kat sini..saya pun jeles jugak! hahaha..sebab bukan saja Kak Azah dapt "sepasang" cawan...tetapi lebih dari 1 set cawan! Ha...ambik kau!! ...memang bertuah sesiapa yang dapat jadi partner Taj ni...rezeki Kak Azah ...
ok..mari kita lihat EG dari Taj kepada Kak Azah..
 1 set cawan dan teko dari Japan... ada cerita di sebalik set ini.. nak tahu?
gi baca sendiri lah kat blog Kak Azah ..hehehe
 ada lagi? ...5 roses idaman ramai....
lagi? hurm..tak tau bunga apa? kena tanya Taj ni...tapi ada motif rama2 kat bunga tu...

5) Pak Lang - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Jariah Daud (done)

 
6) Saidah Samadi - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada  Nita  (done)
 Sepasang cawan bentuk A Sakura yang sangat cantik....
7) Kak Aton (blogger) beri hadiah kepada Cikgu CT - Meru (done)


8) Rina Casarina (Blogger&FBian)   beri hadiah kepada MrsNor (done)


Mengikut cerita MrsNor .. hadiah EG yang RIna pos telah tersilap hantar oleh Pejabat Post..jauh berjalan ... dari Melaka ke Parit buntar, patah balik ke Melaka dan akhirnya baru lah sampai ke Kota Bahru.
Nak tengok apa dia? Ni lah dia..piring dan mug bunga Lalang yang cun....

9) Cikgu CT - Meru (Blogger&FBian)  beri hadiah kepada  Ellyna(FBian)

10) Rusni Mustapha - (Fbian)  beri hadiah kepada Saidah Samadi(done)

11) Jariah Daud  beri hadiah kepada Nyna
Wahhh..nampak cantik dan lembut bunga biru di cawan pemberian Kak Jariah kepada Nyna kan....
Nyna siap dah bancuh kopi dan minum guna cawan tu! Tahniah...Nyna@Bini Antik...

12) Ami@Hidawati (blogger)  beri hadiah kepada Yatt Precious (done)
 Ini pula hadiah dari Hidawati Chenta Antiq atau lebih dikenali sebagai Idamin kepada Yatt. Walaupu dah lari dari tema Made In China..tapi asalkan partner puas hati dan setuju ..ok jek....apataknya kan Idamin? Otai Yatt kita ni cakaplah apa saja cawan bunga apa pun semua dia dah ada...huhu...

13) CikJahFLowers (blogger & FBians)  beri hadiah kepada  Mr Tan Yee Chuan (FBian) done
Ini pula hadiah yang Mr Tan terima dari CikJah FLowers.... sepasang cawan Bunga Kangkung ...cantik berkilat-kilat lagik...

14) Wann-Lemari cantique beri hadiah kepada   Pak Lang (done)
 
15) Mr Tan Yee Chuan (FBian)  beri hadiah kepada Rusni Mustapha - (Fbian)done

16) Yatt Precious beri hadiah kepada CikJahFLowers (done)
 4 Cawan bujang yang sama bunga dgn teko kotak CikJah, bukan itu sahaja....gambar sebelah kanan pula menunjukkan set2 cawan tambahan yang CikJah dapat dari Yatt .. Apo nak dikato? sudah rezeki terpijak CikJah...hehehe...(klik sini utk n3 di blog Yatt)

17) Nyna - Bini Antik beri hadiah kepada Taj -
 
18) Nita beri hadiah kepada Ami@Hidawati (done)
 
19) Kak Azah KK beri hadiah kepada Rina Casarina done
 Wahhhh...ini bak kata Cik Mat Gebu..."dah derhaka ni!" hehehe..bukan apa ...mmg lari terus dari Tema yang ditetapkan ... tapi konsep masih sama iaitu Made in China...tapi seperti yang saya cakapkan kat atas tadi..semuanya terpulang kepada pasangan masing-masing..jika sesama partner setuju dan puas hati serta tak kisah... apa saja boleh..asalkan PML!!! 

TAHNIAH SEMUA PESERTA EG PML 2011!!!! Akhirnya semoga objektif tercapai iaitu EG ini hanya lah untuk mengeratkan lagi persahabatan dan ikatan silaturaahim sesama ahli PML ....
Saya ingin mengambil kesempatan ini meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang penganjuran EG PML 2011 ini terdapat salah dan silap dari segi perlakuan dan perkataan atau tutur kata yang menyinggung perasaan peserta semua...sesungguhnya semua salah dan silap itu adalah dari diri saya sendiri.

SEKIAN...SEHINGGA BERJUMPA LAGI DI EG BERIKUTNYA....
!!!

Wednesday, June 15, 2011

Exchange Gift (EG) PML 2011

(ini adalah 'sticky post' untuk membaca entri baru sila scroll ke bawah)
Assalamu'alaikum wrt semua rakan bloggers PML....

EG yang lepas partner saya adalah Kat Aton, manakala saya akan terima EG dari MrsNor...
begi yang belum pernah menyertai EG ini... seronok tau...kita excited sangat nak tahu siapa partner kita, tak tertunggu-tunggu apa barang yang akan kita dapat...selain itu dapat mengeratkan hubungan antara sesama collectors PML ini..dari alam maya ke alam nyata...
oppsss! Ada yang bertanya kepada saya apa itu EG? ok ..maksud EG adalah Exchange Gift . Bertukar-tukar hadiah gitu dengan tujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara collectors PML..jadi hadiahnya juga sudah semestinya PML..tapi jangan risau...akak telah berbincang dan otai Taj telah mencadangkan tema dan konsep yang InsyaAllah diharap tidak membebabnkan semua peserta.. akak akan bagi senarai terakhir esok.....
Jika anda berminat sila tinggalkan komen di entri ini...
Yang sudah bagi nama nak join so far ada lah seperti berikut:
update: sejak blogspot under maintenance hari tu, habis banyak komen-komen yang hilang..maaf ya sesiapa yang "terhilang" komen dan nama-nama kamu dari senarai  tu..bukan akak sengaja buang,..padahal dah update tapi tetiba dia hilang.... ok ni akak update semula..baru dapat masuk dan ada masa nak update...semalam seharian bertemu dan berkenalan dengan collector PML ...nnti saya cerita dalam entri yang lain...sekarang ni nak update senarai sesiapa yang nak masuk EG ni.... 

(UPDATE: 6th June 2011)
Salam semua ahli2 EG PML 2011
Just nak remind bahawa tujuan EG hanya lah for fun dan sebenarnya untuk MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM antara ahli ...bukan untuk memecah-belahkan lagi pertalian persahabatan antara kita...
Diharap dapat bersangka-baik and ikhlas dalam pemberian hadiah masing-masing! Jangan lah mengungkit2 pemberian kita lebih baik dari apa yang kita dapat, anggaplah semua ini rezeki dari Allah SWT, jika rezeki kita lebih dapat lebih, jika tidak ..terimalah dengan ikhlas...dan mereka yang memberi hadiah pula, jangan lah beri hadiah yang diri kita sendiri tak mahu dan tak suka dan nak buang. Bayangkan kalau diri kita sendiri mendapat barang yang kita tak suka...bagaimana?? Berilah yang terbaik dari kita, orang akan kenang kita selama-lamanya..


Terdapat sedikit perubahan...since ada ahli yang tidak dapat memberikan komitmen, maka dengan paksa-rela nama telah digugurkan dari EG ini. 
(sila tinggalkan komen di blog atau FB samada anda telah menerima atau belum hadiah dari pasangan anda) 



TEMA: CAWAN (BUKAN teko/pelita/English Decor/dll  !! 
Bilangan? Terpulang kpd anda...nak beri 1 set ke, 2 set ke, 3 set ke..10 set ke! hehehe!)

KONSEP:  MADE IN CHINA
 LAIN-LAIN : TERPULANG KEPADA PASANGAN MASING-MASING

TEMPOH MASA : SEHINGGA 2 JUN 2011 
(untuk berkenalan dan mengenali pasangan masing-masing, menghantar hadiah samada by hand atau by post):
1) MrsNor  beri hadiah kepada  Wann-Lemari cantique
2) Azzah8 beri hadiah kepada SerieMie Danudin Kak Aton
3) Ellyna beri hadiah kepada Azzah8 (done)
4) Taj - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Kak Azah KK
5) SerieMie Danudin - (collector baru ni) beri hadiah kepada Kak Aton
6) Pak Lang - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Jariah Daud
7) Saidah Samadi - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada  Nita  (done)
8) Kak Aton (blogger) beri hadiah kepada Cikgu CT - Meru (done)
9) Rina Casarina (Blogger&FBian)   beri hadiah kepada MrsNor 
10) Cikgu CT - Meru (Blogger&FBian)  beri hadiah kepada  Ellyna(FBian)
11) Rusni Mustapha - (Fbian)  beri hadiah kepada Saidah Samadi(done)
12) Jariah Daud  beri hadiah kepada Nyna
13) Ami@Hidawati (blogger)  beri hadiah kepada Yatt Precious
14) CikJahFLowers (blogger & FBians)  beri hadiah kepada  Mr Tan Yee Chuan (FBian) done
15) Wann-Lemari cantique beri hadiah kepada   Pak Lang
16) Mr Tan Yee Chuan (FBian)  beri hadiah kepada Rusni Mustapha - (Fbian)done
17) Yatt Precious beri hadiah kepada CikJahFLowers
18) Nyna - Bini Antik beri hadiah kepada Taj -
19) Nita beri hadiah kepada Ami@Hidawati
20) Kak Azah KK beri hadiah kepada Rina Casarina done

Saturday, June 19, 2010

EG anjuran Eija tokey Pelita

Salam semua... selepas 2 minggu yang sangat sibuk...hari ni barulah dapat bernafas sedikit.... jadi ambil peluang yang ada untuk melakukan tugas2 yang perlu diselesaikan dgn segera juga... 
termasuklah EG anjuran Eija Tokey Pelita... bila baca kat blog Eija...dia kata minggu ni minggu terakhir nak serah EG kpd partner kita... tapi 2 minggu lepas saya terrrrrsangatttt sibuk... bermula dengan kena attend kursus, kemudian melawat pelajar saya yang sedang buat Latihan Industri, seterusnya balik kampung kerana anak saudara yang pertama nak melangsungkan perkahwinan...ingatkan selepas habis kenduri nak terus balik, tapi kesian pulak tengok pengantin (anak sedara suami lah) sebab pakcik2 yang lain pun semua sibuk pakat balik KL selepas habis kenduri...lalu terus bincang dgn husband ...kami tunggulah untuk majlis berundur ke rumah pengantin lelaki esoknya pulak(dia kahwin dgn orang sekampung jugak)...sudahlah atuk dan nenek dah tak ada, makcik dan pakcik pulak tak nak hantar berundur... jadi kami sekeluarga pun tunggulah sehingga majlis berundur selesai. Kemudian balik pula ke kampung saya pula... 
Kemudian balik Shah Alam semula, 3 hari berikutnya saya kena berulang alik ke KLCC sebab jadi AJK organize satu conference ni... mak aii... penatnya... pergi pagi balik dah malam... Alhamdulillah saya tak kerja kat KL...kalau tak ...tak tau lah... pening kepala menempuh jem ...dan tgk orang ramai di KLCC... hari ketiga balik terus telan panadol 2 biji dan tidorrrr...... badan dah rasa seram sejuk macam nak demam...
Jumaat semalam pergi kerja ada pulak orang panggil meeting...huhu.. ingat nak tengok sikit apa yg telah ditinggalkan seminggu lebih...
tiba2 dapat panggilan dari anak saya di tahfiz (budak tahfiz cuti seminggu aje... ) kata nak balik esok, Sabtu, minta tolong ambil di asrama... tiba2 terfikir... dah terlanjur saya pergi Jeram ambil anak saya baik saya teruskan perjalanan, lebih kurang 1/2 jam lagi dari Jeram ke Tanjung Karang... rumah Kak Aton... iaitu partner EG saya... selain dapat berjumpa dan berkenalan dengan Kak Aton... dapat juga saya tengok rumah beliau ... tengok dalam gambar di blog ...banyak betul koleksi Kak Aton...mesti nak tengok dengan depan mata sendiri ni...so.. apalagi terus calling2 kak Aton...Alhamdulillah, akhirnya dengan izin Allah dapatlah kami bertemu...seronok betul tengok rumah Kak Aton... besar...luas....dikelilingi kebun kelapa sawit di kiri, kanan dan belakang... manakala di hadapan rumah pula sawah padi terbentang luas.... wahhhh ...mmg cantik pemandangan dan suasana kampung seperti ini...(idaman saya nih...sebenarnya dah boring duk dibandar tapi nak buat mcmn kita bekerja kan...alamat tunggu pencen lah...balik kampung)

Selepas bagi EG Kak Aton (lupa lak nak ambil gambar...nnt tunggu kak Aton buat n3 ya), saya pun apalagi... mintak izin nak buat inspection!...hehehe...Puas round keliling rumah Kak Aton, sampai masuk dapur, stor atas dan bawah.... banyak tul koleksi Kak Aton... rumah besar..puas nak menghias...barang antik ada, English decor pun ada... sulam Riben pun ada... kira Kak Aton ni serba boleh ... ambil upah menjahit sulam di baju lagi....apa-apa pun mari layan gambar...
sawah padi terbentang luas...
haaaa... tengok nih... betapa besar almari yang Kak Aton ada... ni baru 1 ... penuh dengan koleksi pelbagai bunga...
 zoommm dekat sikit...antara koleksi yang ada dalam almari tu...
dan lagiii.........
yang gantung kat dinding pun ada...
sudut pelita pulak....
ok...rasanya cukup lah saya tunjukkan itu saja... sebenarnya banyak lagi..ini hanya sebahagian sahaja...itulah semasa Eija bagi nama partner EG saya Kak Aton...termenung sekejap...browse thru blog Kak Aton...apa nak bagi ya???? sebab tgk Kak Aton mostly dah ada semua bunga.... 
ALhamdulillah apa yang saya bagi Kak Aton belum ada lagi... apa dia? itu kena nantikan n3 dari Kak Aton pula...
Terlupa pula... selain itu terimakasih juga saya ucapkan kpd Kak Aton kerana memberi saya "buah tangan" yang sangat saya idam2kan...Terimakasih...

**************************************
Saya pula akan terima EG dari partner nunnn jauh di Pantai TImur....siapa lagi..semua orang dah kenal dia... Mrs Nor....terimakasih Mrs Nor..sebenarnya saya dah terima kiriman EG dari Mrs Nor beberapa hari lalu..tetapi masa tu saya sibuk organize conference tu... mmg tak larat nak bukak kotak tu bila balik dah malam... so..hari ni selepas balik dari Tjg Karang baru berkesempatan nak duduk dan bukak kotak tersebut...
siap ambil gambar gambar posing pelbagai...hehehe...
ok...jom layan gambar apa yang saya dapat dari MrsNor...


teko sakura bunga timbul (bila pegang terasa timbul bunga tu...) dan 2 piring gambar buluh....
kemudian saya tengok hari sangat cantik panas kat luar...lalu saya buat sesi penggambaran diluarlah pulak...
(asyik dalam rumah aje..ye tak...)
Piring buluh dicelah pokok buluh halus...sepadan kan bunga di piring dgn pokok tu...
Oklah...itulah kisah EG saya kali ini... terimakasih kepada kedua-dua orang partner saya, iaitu MrsNor dan Kak Aton...terimakasih di atas segala pemberian kalian...semoga EG kali ini akan merapatkan lagi tali persahabatan kita dari alam maya ke alam nyata... sebenarnya bukan nilai barang itu yang kita patut persoalkan, tetapi maksud yang tersirat di sebalik nya... dan tidak lupa diucapkan kepada Eija Tokey Pelita yang berusaha menganjurkan EG kali ini...Thanks Eija...a big applause to you....