Pagi ini semasa sedang bersiap hendak pergi kerja, menerima satu panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali.
Selepas memperkenalkan diri, pemanggil rupanya berminat hendak mencari PML bulh emas China. Bila ditanya dari mana dapat nombor empunya diri, beliau berkata dari blog PML ini... Alamak! Lamanya tuan empunya blog tidak berkunjung ke blog sendiri! hahaha ... bila terpana sekejap ada orang masih dapat akses dari blog yang sudah lama ditinggal sepi ini ... barulah rasa seperti terbangun dari lena yang panjang ....
Mungkin blog ini perlukan sentuhan kembali dan perlu dilakukan serba sedikit "renovation" agar kelihatan segar kembali ...
Rindu zaman berblogging dulu bersama rakan-rakan bloggers yang mempunyai minat yang sama ...
Ezany, CMG, Kak Ton, Liza, dlm ramai lagi yang tidak tersebut nama mereka di sini ...
hendak blogwalking pun sudah tidak punya masa kerana tugasan yang semakin banyak dan komitmen yang semakin tinggi dengan pertambahan bilangan ahli keluarga dan cucu ...
ok ... itu sahaja salam perkenalan untuk collectors baru dan Salam Silaturrahim kembali untuk para bloggers yang mengenali diri ini ... anda semua boleh tinggalkan jejak di sini untuk menunjukkan sokongan anda ....
Terimakasih
Nurazzah8@ Ummi Nostalgialama
Pergi Mencari Buah Berangan, Buah dicari di Pekan Nilai, Pinggan Mangkuk Lama dibuang Jangan, Semakin Lama Semakin Bernilai
klik klik klik
Showing posts with label PML. Show all posts
Showing posts with label PML. Show all posts
Thursday, September 14, 2017
Sunday, November 9, 2014
Kemas Rumah
Puh! Puh! Puh! ...huisshhhh..berabuknya rumah nih...lamanya tak masuk rumah ni ..siannnnya ..
Mari kita sapu-sapu sikit sawang ni semua ...
(pinjam gambar dari blogger Al-Lavenderi)
Labels:
PML
Monday, October 22, 2012
Entry Tertunda ~ Jualan dan Jamuan Hari Raya PML 2012
Ini adalah entry tertunda, sepatutnya dah lamaaaaaaaaaaaaaa sangat letak kat blog, tapi sebab dah ramai publish kat FB ...
so saya letak kat blog agar suatu hari nanti bila nak search semula senang ...kat FB susah sikit nak search ...
Ini adalah gambar kenang-kenangan semasa Jualan dan Jamuan Hari Raya peniaga/sahabat PML tempohari di Anggerik Mall, Shah Alam pada 16 September 2012 ...(huhu..sudah lebih sebulan berlalu ..baru nak update..tapi tak apa lah kan..better late than never)
mak Jah dan Pak Long dari BP pun ada naik
Cikgu Shah tak mahu ketinggalan
Siapalah kejam sangat nih, kesiannn ikan tu ..hehehe
3 orang Mak Dara
Tenung jangan tak tenung ... Izan punya barang semua cun cun
Barang jualan Mak Jah dan Pak Long
Beramai-ramai ... sempat ambil OP J&G Meakin Sunshine Bro Halim punya nak cover perut tu ...hehehe
yang ni, radio klasik lama Mka Jah pulak jadi mangsa
Kak Rusni dari Kuantan dan Linawati ZUbir dari Terengganu sanggup datang jauh-jauh ... tabik spring kat korang...
Labels:
Hari Raya 2010,
Hari Raya 2012,
PML,
rakan blogger
Thursday, August 30, 2012
Penangan dari blogger terkenal!
Hari Selasa, 28hb Ogos 2012, Chef Blogger terkenal seantero dunia, siapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu, telah buat satu entri di blog masakan beliau di sini. Cik Mat ada letak link ke blog saya yang tak seberapa ini...(lama tak update disebabkan dek kesibukan tahap melampau.....pengunjung pun jatuh merudum! hehehe)
tapi bila saya check pagi tadi..terkejut ...... tengok graf mencanak naik ...tak pernah lagi dapat pengunjung seramai itu...!tapi bagi bloggers yang dah famous tu, tak heran lah setakat itu kan kan kan...hehe..tapi bagi saya yg pengunjung blog kadang-kadang tak sampai pun 50 sehari...sekali tgk ..yuhuuu...terimakasih lah Cik Mat ya..sebab letak link tu ... ni kira menumpang kepopulariti Cik Mat lah ni ...
Labels:
Cik Mat Gebu,
Mat Gebu,
PML,
rakan blogger,
rakan FB
Monday, August 27, 2012
Chef Blogger Mat Gebu
Hari Khamis, Hari Raya ke-5, kami bersiap-siap hendak bertolak balik ke Shah Alam. Enam hari di kampung langsung tidak terasa, sungguh padat jadual bermula dari hari terakhir iftar bersama ibu-bapa tercinta hinggalah Khamis, tiba masa kami perlu pulang ke rumah kerana hendak memberi peluang kepada anak-anak beraya bersama-sama rakan-rakan mereka sebelum pulang ke asrama / kolej masing-masing.
Kami singgah ke Johor Bahru terlebih dahulu...beberapa rumah di JB perlu di ziarahi.. Rumah Abang saya, lebih dikenali sbg Ayah Ngah di Taman Perling, , rumah Ucu Nah di Taman Nong Chik, rumah Mak Epet di Kempas dan akhir sekali on d way nak balik singgah di Sedenak...rumah siapa lagi jika bukan rumah CMG.
Hidangan CMG......Hidangan dalam set Churchill Blue Willow lagi
Cik Mat, tengok jemput-jemput tu dah tinggal sikit aje..tadi penuh satu pinggan..anak akak kata, macam piranha! hahaha...hidang aje.terus habis lesap ....
set cawan Churchill Blue Willow
Saya mengenali
CMG di alam maya. Sejak 2008/2009 apabila kami sama-sama terjebak dalam mengumpul PML@ Pinggan Mangkuk Lama/Antik/Vintage. Tetapi melihat koleksi CMG mmg saya terpegun...Ya Allah...hebat-hebat belaka ...CMG telah terlebih dahulu mengumpul PML...malah seperti yang dinyatakan dalam entri terdahulu, kedai apek yang macam dah nak roboh tepi sungai tu dah habis dia borong semua PML kat situ, satu pun tak tinggal kat kami tau! ..hehe..CMG jangan marah ya ...Cik Mat, tengok jemput-jemput tu dah tinggal sikit aje..tadi penuh satu pinggan..anak akak kata, macam piranha! hahaha...hidang aje.terus habis lesap ....
set cawan Churchill Blue Willow
Saya mengenali
Display cabinet depan pintu bilik
Display sebelah meja makan
banyak betul koleksi Cik Mat
Radio Lama
Hasil berblogging - lumayan tu ...berbaloi kan Cik Mat..hari hari update blog..
(cuma nak cakap dah lamaaaaa Cik Mat tak update blog PML...).
lagi barisan teko-teko cun
teko-teko berbaris menunggu giliran..eh..giliran apa pulak? hehe
lagi dan lagi teko atas lemari
Bawah meja konsul ...
Yang tersorok bawah lemari
Dlm kabinet dapur(sebelah bawah)
Dalam kabinet dapur (sebelah atas)
Almari antik di dapur ...
Anak bujang saya bergambar di kereta lama di luar rumah CMG
Gelas-gelas kristal pun ada
Apa-apa pun terimakasih lah Cik Mat sebab sudi terima gerombolan kami ke teratak Cik Mat yang meletopss dengan koleksi PML yang semakin susah dicari sekarang...
Akak minta maaf juga sebab janji nak datang tengahari, tapi terlajak sampai ke petang baru sampai. Al-maklumlah berjalan rombongan ni...tunggu orang tu, tunggu orang ni...memang jadi lambat nak gerak ke sesuatu tempat...sampai terlepas nak rasa soto Cik Mat yang sedap sangat tu ... tengok gambar dan resepi pun dah terliur....InsyaAllah ada rezeki lain kali boleh datang lagi kan kan kan...
.
Labels:
Cik Mat Gebu,
Mat Gebu,
PML,
rakan blogger,
rakan FB
Saturday, August 25, 2012
Roscobbage MakJah
Lebih dikenali di kalangan rakan bloggers dan FBians sebagai ROSCOBBAGE MAKJAH
Bersama-sama MaKJah dan suami
Rumah MakJah banyak kucing, ini salah seekor darinya, namanya PECEL(sila sebut dengan sebutan JAWA ya...hehe ..)
Anak MakJah bersama Oyen ...gebunya ..
Diantara hasil tangan MakJah
Labels:
PML,
rakan blogger,
rakan FB
Monday, April 4, 2011
Berkunjung ke Meru
Minggu lepas berkunjung ke rumah cikgu CT di Meru... tujuan utama nak ambil barang PML yang dibeli dari cikgu CT... sambil tu menjamu mata dengan PML keleksi cikgu CT...
huiii..tak tahan tengok tureen bunga periuk kera itewww....
Set padi
Lagi set bunga padi
teko teko bulat dan cawan2 ...
lagiiii..............
Labels:
PML,
rakan blogger,
rakan FB
Subscribe to:
Posts (Atom)
















