klik klik klik

Showing posts with label bunga padi. Show all posts
Showing posts with label bunga padi. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

cawan Bunga Padi for sale

Cawan Padi for sale

 4 set cawan Bunga Padi 
 cop di cawan dan piring berlainan

SOLD

Tuesday, March 6, 2012

Teko Cinderella Padi

 FOR SALE


 teko cinderella Padi , condition sangat cun

Harga : SOLD

Atas permintaan, ada yang minta nak tengok keadaan dalam teko dan cop di montotnya:
 Memang cop lama..
 teko ni NOS ..maksudnya New Old Stock..
tapi kena lah basuh lagi kalau nak pakai kan...

Saturday, February 18, 2012

FOR SALE

 FOR SALE
Hitam-hitam si tampok manggis
Sungguh pun Hitam di pandang manis

 Pinggan makan Ros Hitam Jambatan Nangkin ..bunga BESAR penuh pinggan
RM  SOLD

  Pinggan makan Ros Hitam Jambatan Nangkin ..
RM  SOLD
 Cawan Bunga Padi..condition cun ... ada 4 set = RM25/set tak termasuk pos.

piring cawan ada corak seperti di atas

 Piring Kuih Sweet Black Roses ..
SOLD
 Piring kuih Ros Hitam Kehijauan..
SOLD

Sunday, February 14, 2010

Bunga Padi (Bhgn 4)

Salam Ahad semua... Gong Xi Fa Chai... bagi bloggers dan juga apeks, nyonya, amoy.....semoga tahun Harimau ini membawa erti yg bermakna bagi semua kaum Tionghua...

Hari ini kembali lagi dengan Bunga Padi..hurrmmmm..... ingatkan dah habis .... rupa2 nya ada lagi...
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terimakasih kpd CMG kita yang sanggup membuat n3 khas untuk saya mengenai cawan maharani bunga padi (boleh baca di sini ), dan juga hari ini bila masuk blog Kak Gee My Little Persona, juga menayangkan cawan bunga padi berbentuk maharani yang sangat cun cutting bodynya dan bibir mulutnya yang berlekuk lekuk itu...

Namun begitu rezeki semua Allah yang tentukan...kita tidak dapat menjangkakan... sehari selepas CMG membuat n3 cawan bunga padi berbentuk maharani, saya 'tersesat' ke blog Aida...towkey baru pinggan mangkuk lama ini... rasa-rasanya suatu masa dahulu sudah pernah melawat dan lihat, tapi tak perasan bahawa itu adalah cawan bentuk maharani... lalu sms kuhantar, bertanyakan cawan tersebut. Masih belum dipinang orang..dan meminta kepastian dari Aida betul tak mulut cawan itu berlekuk-lekuk..... lalu Aida pun mengiyakan... apalagi teruslah hantar rombongan meminang.. hehehe...
Lalu hari Jumaat lepas, semasa geder2 di rumah Nannie di Puchong, sempena menyambut kedatangan Chah Teratak Puteri dari Terengganu... taukey besar ni... maklumlah di Terengganu mana ada orang lain berjual kat internet selain dia kan... betul tak Chah?... Aida pun datang sebentar memberi cawan tersebut... Aida tak dapat join kami geder2 kerana hendak cepat katanya... bonda dia ada menunggu dalam kereta dan mereka hendak ke tempat lain pula...
 
Dan sekarang 4 set cawan bunga padi bentuk maharani itu sudah selamat bersatu dengan ibunya yang tinggi lampai berpinggang ramping bersama kakaknya creamer cun juga bermulut berlekuk-lekuk seperti cawan tersebut...One Happy Family together...oppss... cuma bekas gula bentuk tinggi lampai ini sahaja yang belum ketemu....
 

 
Sekali lagi maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan...

Monday, February 8, 2010

Bunga Padi (Bhgn 3)

Salam Ahad semua, jangan jemu saya masih dengan n3 Bunga Padi, tapi orang lain dah keluar semua roses..pelbagai jenis roses... nantilah..saya tak da mood nak ambik gambar pakai hp sebab nanti penat2 susun pinggan mangkuk teko cawan, tapi kualiti gambar sungguh tidak memuaskan hati...
Kali ini tambahan Bunga Padi lagi... 2 keping oval platter dari Shas Koleksi Warisan Bonda...begitu juga dengan sugar pot...Terimakasih Shas... manakala creamer dapat dari Din stadium Shah Alam.
Ini adalah koleksi piring dan oval platter bunga padi yg ada dalam simpananku....

Tuesday, February 2, 2010

Bunga Padi - Bhgn 2

Salam pagi Selasa...berjumpa lagi kita di tahun baru 2010..rasanya baru sahaja menyambut tahun baru..tapi hari silih berganti tiba2 dah masuk Februari !!! 
Hari ini sambung lagi mengenai bunga padi... ini adalah latest addition yang paling saya suka dan gembira apabila mendapatnya... Alhamdulillah bila dah rezeki kita tu, ia akan datang bergolek...tak perlu berpeluh2 mencari di stor apeks .... 
Ini lah dia teko tinggi lampai pinggang ramping si bunga padi..
 
.manakala creamer sepadan ini dapat semasa geder2 tahun lepas di Amcorp Mall...
Pandangan belakang teko dan creamer...

Bunga Padi teapot parade.... yang manakah calon pemenang Ratu Teko??? 
(maaf..kualiti gambar sangat tidak memuaskan...al-maklumlah ambil guna camera hp murah ajek... 
huhuhu... bilalah nak baikkan digicam saya yang dah rosak tu? atau beli baru ajek??? )

Sunday, January 31, 2010

Bunga Padi - Bhgn 1


Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
  
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Bunga Padi adalah antara corak bunga yang terawal saya dapat selepas set Bunga Kangkung...
n3 kali ini untuk berkongsi sesama rakan blogger...semua yang dipamer kan di sini  diperolehi dari pelbagai sumber...Angah Penang, Din stadium Shah Alam , k-rol mudah.my, Tasha Malaysian Antiques, Shas dan lain2 .. terimakasih kepada mereka semua...

 
 
 Set 1: Teko Aladin dan cawan mulut lebar@J
 Bunga di cawan dan piring hanya sekuntum... bunga sekuntum terdapat di 2 tempat piring
 
Set 2: Teko dan cawan bentuk A (ada 2 jenis cawan)
Type A1 - berbiku di pangkal cawan dan mempunyai 2 kuntum bunga,
rim silver
 
 Type A2 - berbiku di pangkal cawan dan mempunyai sekuntum bunga,
rim emas
Set 3 - Teko Mrs Pot dan anak2
Cawan ada sedikit montok juga...rim silver
 
 Bunga di cawan 2 kuntum, tapi bunga di piring sekuntum..
mungkin bukan suaminya yang sebenarnya!
 
bunga sekuntum terdapat di 3 tempat piring

 Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.

Puas sudah kutanam padi,
Nenas juga ditanam orang;
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang.