klik klik klik

Showing posts with label Johnson Bros. Show all posts
Showing posts with label Johnson Bros. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Hasil tangkapan di Amcorp Mall

 Teko kotak Big Roses...
tak sangka dapat beli teko ni dgn harga yang sangat murah...
lebihmurah dari harga teko bulat...ALhamdulillah..
  Bakul tingkat Cina... jadilah ada satu yang kecik ni...
  Oval Platter Johnson Bros Khyber...sama bunga dengan pinggan yang saya dapat dari Mak Ngah saya dulu...boleh baca entrinya di sini....
 Pinggan2 JB yang sama bunga dengan Oval platter yang saya warisi dari arwah nenek...

Wednesday, September 15, 2010

Salam Syawal

Salam Syawal semua, 
diam tak diam dah masuk hari ke 6 kita menyambut kedatangan bulan Syawal. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf kepada sahabat bloggers semua kerana tidak sempat hendak mengutip kad-kad raya yang diberi untuk ditempekkan di blog saya, dan saya juga tidak sempat hendak membuat kad raya utk diberikan kpd semua...harap semua faham..masa terlalu berharga di akhir Ramadhan, kekadang saya sempat melawat sahaja blog rakan2 di celah-celah kesibukan.
Alhamdulillah, seronok membaca dan melihat gambar raya rakan sekelian..semua nampak happy sahaja dengan pakaian yang sedondon satu keluarga. Saya sekeluarga juga Alhamdulilah selamat pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke Shah Alam...Raya kali ini keluarga saya kurang seorang, anak saya yang sulong tidak pulang beraya bersama... beliau menyambut Raya di Jordan bersama rakan2 beliau buat kali terakhir sebelum menamatkan pengajian pada pertengahan tahun hadapan. InsyaAllah.

Seperti biasa bila pulang ke kampung, semasa mengunjungi sanak saudara, leher tu dipanjang-panjangkan menjenguk hingga ke dapur! Apa lagi...skodeng pinggan mangkuk lama di rumah mak-mak saudara lah! hehehe... dan akhirnya Alhamdulillah berhasil juga lah mendapatkan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah nenek Su kpd Mak Nah. Mula-mula tu berat hati MakNah nak melepaskannya, lalu saya minta izin nak ambil gambar. Selepas melihat saya beriya-iya mengambil gambar dari pelbagai sudut, akhirnya lembut juga hati Mak Nah .... Yahoooo!!! (ni jerit dalam hati ajelah...kat luar control macho lah...hehehe) Mak Nah kata," kesian MakNah tengok kau beriya-iya benar...ambil lah simpan elok-elok pusaka dari Nek Su ni" hehehe..sebenarnya dari Raya tahun lepas lagi saya dah mengecek MakNah, tapi tahun ni baru dapat...tak henti-henti ucapkan terimakasih daun keladi kpd MakNah...mudah2an jika ada lagi dia nak bagi ....

Apa yang saya dapat dari MakNah? Inilah dia tureen pusaka dari arwah Nek Su... 
saya rasa corak ni seperti daun maple di musim luruh... 

corak maple leaves in autumn

Selain drpd tureen ni, MakNah ada tunjuk satu lagi tea set JB dari England..dia letak dalam gobok buruk celah dapur aje .... katanya dulu-dulu dia kutip kat belakang rumah aje, mak saudara lagi sorang tu dah taruk buang kat bangsal belakang rumah, dia kutip dan simpan. Puas saya pujuk bagi saja kat saya ...saya akan simpan cantik-cantik dalam almari kat depan , tapi dia kata anak mak saudara tu dah ada sound-sound...nak balik lah agaknya tu...hurm...mudah2an ada rezeki saya....saya dah cakap, kalau cousin saya tu tak mahu, bagi kat saya aje...tunggu lah..entah2 Raya tahun depan pulak kot...hehehe...
nak tahu apa dia? layan gambar nih...
Cun banget ini teko!
Cop kat montot nya...ada cawan+piring, creamer dan bekas gula...malas nak kuarkan dari gobok celah dapur tu... mintak izin dari MakNah ambik gambar ni saja jadilah...

Thursday, February 18, 2010

Hunting di kampung semasa cuti CNY

Semasa cuti CNY baru ni...saya sekeluarga balik ke kampung. Sebenarnya tak plan pun nak balik kerana salah seorang anak saya ada join camping disekolahnya, balik hari Ahad, jadi tinggal 2 hari sahaja nak balik pun... tapi Ahad malam, selepas fikir banyak kali, kami mengambil keputusan balik juga... kerana mengenangkan kedua orang tua ku... mereka sudah tua, jadi jika berkesempatan jenguk2 lah selalu...walaupun sehari...
Isnin pagi bertolak balik... sampai dalam tghr... lalu bandar Pontian... hurm... semuaaaaa kedai tutup...termasuklah kedai apeks ... begitu juga kedai apek kat tepi sungai yang macam nak runtuh tu..ssshhh..tulah kedai yg Cik Mat Gebu serang tu..sampai habis semua... hehehe...saya pergi dah tak ada apa... licin semua dah kena sapu...opppsss..CMG... jangan marah ya... dah tak ada rezeki saya kan... sejak sekolah saya lalu lalang depan kedai tu... masa tu tak berminat dgn pinggan mangkuk ni semua...timbul minat dah terlambat.... tak apalah... rezeki ada di mana2 ... kita kena redha apa yang Allah bagi kita... mungkin jika kita tak dapat tu, ada hikmah nya...betul tak... mungkin Allah hendak bagi yang lebih baik dan bagus...wallahu'alam.

Eh.. panjanglah pulak introduction ni...
Ok... since semua kedai apeks tutup ...mulalah panjang akal... ajak bonda pergi rumah Mak Ngah ... sebab bonda bagi tau kat rumah dia ada satu gobok (almari) pinggan mangkuk lama yg kaler biru, hijau dan cekelat... nak lah menjenguk2. Ingat nak pujuk Mak Ngah jual kat saya... ialah..Mak Ngah dah tinggal sorang2 ajekan...
Sampai rumah Mak Ngah...selepas salam, teruslah panjangkan leher nak jenguk gobok lama dia... wahhhh.... terpegun kau... banyaknya pinggan batik seperti yang saya lihat di rumah kawan2 bloggers sekelian.... ada kaler hijau, birau dan coklat....bukan Japang atau China mali... tapi semuaaaaanya from ENGLAND!!! JOHNSON BROTHERS lagik!!! dek sebab terpegun membelek2.... dah balik baru tersedar tak ada snap satu pun gambar kat rumah Mak Ngah! hahaha.... teruk betul kan...
Anyway...sebab utama terLUPA nak ambik gambar kerana terlampau seronok..!!! MakNgah kata dia tak jual, tapi kalau nak ambil lah serba satu, sebagai kenangan Harta Warisan dan pusaka dari datuk... (tapi akhirnya Mak Ngah beri serba dua... huhu...rejeki...rejeki...!!!) Alhamdulillah... 


ok..jom layan gambar...

JOHNSON BROS ENGLAND, KHYBER, Reg. No. 775535
Circa ~ late 1930's - 1950's (selepas dimaklumkan oleh Mukhriz, terimakasih Mukhriz)

Ni pinggan batik warna hijau...pinggan makan leper 2, pinggan mungkum 2, piring kuih 2 dan piring cawan 2 ... cawan tak ada...
 Di bawah sinaran lampu kuning...
 
 
Close-up bunga batik... sebenarnya corak batik ini diberi nama KHYBER , 
coraknya sangat terang dan jelas, saya tak pasti ini tahun berapa..mungkin Mukhriz tahu..
mungkin sekitar 1940s (update: late 1930's - 1950's)
Cop mohor : JOHNSON BROS ENGLAND, KHYBER, Reg. No. 775535
Yang ini pula..warna biru tua...
JOHNSON BROS ENGLAND, KHYBER, Reg. No. 775535
 
Close-up JB Khyber warna biru- bunganya sangat terang dan jelas walaupun sudah berpuluh tahun

ok... sebenarnya bukan itu sahaja yang MakNgah beri.. tetapi yang ini juga
Johnson Brothers
Stoke-on-Trent,England
 OLD LONDON
 Circa 1883 - 1913
Johnson Brothers, Stoke-on-Trent, England
Corak ini diberi nama: OLD LONDON 
 



 Cop Mohor di montot nya : 
Johnson Brothers
Stoke-on-Trent,England
 OLD LONDON

 (di bawah simbol sebelah kiri tertulis)
By Appointment
To Her Majesty The Queen

(di bawah simbol sebelah kanan tertulis)
By Appointment
To Her Majesty Queen Elizabeth
The Queen Mother

(Saya buat sedikit homewok dgn mencari maklumat di internet...
http://www.thepotteries.org/mark/j/johnson_brothers.html
merujuk kepada simbol yang tertera di piring tersebut... sama dengan yang ada di website tersebut.. tahun nya ialah 1883 - 1913) 

Mak Ngah beritahu semua pinggan mangkuk ini dibeli di Singapura...

Thursday, November 19, 2009

Titipan dari kampung (3)

Assalamu'alaikum wrt semua sahabat sekelian... sambungan siri kedua..apakah kandungan kotak 'harta karun'? ... Ku korek-korek kotak tersebut...di dapati terdapat 2 pinggan bujur atau oval platter... 
 satu daripadanya ialah pinggan bujur yang sama bunganya dengan dinner plate yang ku jumpa di dapur mak tempohari, iaitu 'fern leaf'..atau daun paku pakis(sila rujuk n3 sebelum ini mengenai 'piring warisan');

YESss...!!! JB ku yang pertama! Alhamdulillah...akhirnya dapat juga merasa mempunyai pinggan .JB....
Ingat tak dalam n3 mengenai almari antik lama yang bakal kuwarisi dari bonda dari nendaku?...terdapat satu pinggan bujur di tingkat paling atas berbunga biru tua.. dan tak ku sangka bonda telah memberikannya kepada ku...

Inilah dia pinggan JB tersebut... zoommm in kpd bunganya....

 
Bunga di bahagian atas...
Bunga di bahagian bawah kiri...
 
 Bunga di bahagian bawah kanan........
 
Tetapi pinggan ni nampaknya hanya boleh dibuat display sahaja..kerana terdapat satu garisan retak yang halus .. nampak tak?
 
dan akhirnya...inilah cop mohor di belakang pinggan bujur tersebut....siap dengan no siri sekali...
Mengikut kata otai segala otai pinggan mangkuk antik, iaitu Kak Fuziah, jika ada no siri sekali pada cop mohor nya itu, terutama pinggan dari UK dan Japan, maka itu menandakan bahawa umur pinggan mangkuk tersebut sudah melebihi 50 - 60 tahun lalu..memang tersangat antik...Agaknya datuk ku membeli semasa zaman selepas perang dunia ke-2 dahulu, samasa British memerintah Malaya..... ialah masa tu ramai orang British...mungkin ahli perniagaan mereka mengambil kesempatan itu utk memasarkan barangan mereka ke negara-negara Jajahan British...

Cerita bonda, nenda hanya ada 2 keping pinggan ini... di hujung usia nenda, beliau memberi sekeping kepada bonda dan sekeping lagi kepada makcik ku...(hurm...nanti bila2 balik kampung nak kecek2 kat makcik ...ada lagi tak pinggan nih...)
okay... kena sambung buat kerja semula....bye...selamat malam.... mimpi JB pulak malam nih...hehehe...