Dalil Cinta...sebuah Cerekarama dari TV3.
Beberapa malam yang lalu, saya menonton cerekarama tersebut ~ DALIL CINTA.
Sebuah drama kehidupan ...dengan jalan ceritanya yang ringkas...tapi...sarat dengan mesej.
Drama lakonan Fahrin Ahmad & Syarifah Amani biarpun ada diselitkan unsur-unsur komedi...tapi patut dijadikan ikhtibar untuk pasangan-pasangan remaja sekarang.
Mengisahkan sepasang suami isteri...Fahrin seorang foreman...yang berkahwin dengan Amani..seorang pelajar kolej...yang masih muda..tak pandai memasak...tak pandai lagi berkemas...
Hanya berbekalkan...cinta...mereka mendirikan sebuah rumah tangga dengan alasan...mereka sudah wajib berkahwin...kerana sudah terlalu rapat...dan untuk mengelakkan sesuatu perkara buruk dari berlaku.
Si isteri...memegang prinsip...rumahtangga kita...tak siapa yang boleh campur...suka hatilah kita nak buat aper...dan...suami isteri haruslah menerima pasangan seadanya. Baginya...
'Life is simple...why make it difficult?'
Biarpun masih tidak pandai menguruskan rumahtangga...tidak tahu memasak...mereka tetap melayari kehidupan berumahtangga...
'seadanya'
Soalnya sekarang...sampai bilakah kita dapat menerima pasangan kita
'seadanya' sekiranya dia tidak mau memperbaiki diri dan belajar untuk memenuhi kekurangan diri demi untuk sebuah rumahtangga.
Rasanya...isu ini banyak melibatkan pasangan2 muda sekarang.
Kalau diberitau kekurangan diri...maka akan ditempelak dengan kata-kata...
'Awak kalau sayang dan cintakan saya...awak sepatutnya menerima saya seadanya'
Memanglah kita boleh menerima pasangan seadanya...tapi dengan harapan setelah bersama kita sama-sama dpt memperbaiki diri bagi memenuhi ruang-ruang kekurangan.
Sebabnya...
Hidup berumahtangga adalah untuk selamanya...bukan untuk setahun dua.
Kalau pasangan tidak pandai memasak...tidak pandai berkemas...maka bila dah berumahtangga... lengkapkanlah diri dengan ilmu2 yang sepatutnya.
Memanglah kedai makan banyak ...berlambak di sana sini...tapi sampai bila nak makan lauk kedai...sampai bila dapur tak berasap. Seperti kata mak si lelaki...
'Bila dah berkahwin...kamu akan punya anak...kalau suami sorang tak pandai nak jaga...apatah lagi kalau dah beranak pinak nanti?'
Untungnya Fahrin dalam drama ini ...ialah dia mempunyai seorang ibu mertua yang paham akan kekurangan dan kedegilan anaknya...lalu dia tidak terus menyalahkan menantu bila masalah melanda keluarga mereka.
Kerana ada juga ibu2 yang terlalu memanjakan anak hingga tidak nampak kesilapan yang dilakukan oleh anak mereka.
Oleh itu...pada mereka yang ingin berumahtangga di usia muda...janganlah hanya berkahwin kerana cinta...tapi cubalah menyemarakkan cinta itu dengan kepandaian kita menguruskan rumahtangga. Sekarang ni terdapat ramai lelaki yang pandai juga memasak...berkemas...jadi tak salah kalau saling bantu membantu...
Kerana itulah kehidupan rumahtangga...saling memahami...bantu membantu ...saling melengkapi antara satu sama lain...dan sentiasa memperbaiki diri untuk orang tersayang....
(ulasan di atas dipetik dari: http://kaklady.blogspot.com/)
Sebenarnya nak tunjuk, dalam cerekarama tersebut, rumah yang digunakan untuk lakonan terdapat sebuah almari yang penuh dengan koleksi pinggan mangkuk bunga kangkung..pelbagai jenis dan bentuk... tak sempat nak ambil banyak gambar...ini aje yang sempat snap...
Koleksi pinggan mangkuk kangkung dalam cerekarama TV3 ~ Dalil Cinta