klik klik klik

Wednesday, April 28, 2010

Para Para Sakura

Hurm..saja buat gempak aje...tajuk kat atas tu tajuk sebuah movie Jepun...ia mengenai sebuah tarian dan mereka menari beramai-ramai di bawah pepohon Sakura yang sedang lebat berbunga! Cantik sangat pemandangan tersebut...
Awal bulan ini, sepupu saya bercuti ke Jepun sempena musim Bunga (Spring) untuk melihat pepohon Sakura berbunga lebat...memang terpukau saya melihat gambar2 yang dikongsi bersama... cantiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkk sangat! Lihatlah gambar yang disnap di bawah...
 Cantikkan ...ada elemen bunga, pokok dan air....
 Ini pula saya dan anak sulung saya di Irbid, Jordan (2007) Masa ni sedang musim bunga, geram tengok pokok sakura bunga putih tu...penuh bunga sampai tak ada daun...
 Ini pula set mini oren berbunga sakura putih...
Orang Jepun memang berseni..... dari set Kutani yang merakamkan gambar pemandangan di sekitar 9 lembah di daerah Kaga...di utara Tokyo... mereka juga merakamkan bunga-bunga sakura di pinggan mangkuk buatan Jepun. 
Selepas Sakura lebat berbunga di Tokyo dan Kyoto pada awal April, penghujung bulan April menyaksikan Sakura mula berbunga lebat di utara terutama di bandar Kanazawa, bandar utama di daerah Kaga, di Kutani (9 valleys).
Saksikan bunga2 Sakura yang sedang berbunga lebat di Kanazawa.(gambar ihsan dari internet)
Cannttttiiikkkkkkkkkkkkk sangat kan....
 Bunga-bunga Sakura yang diabadikan di set teko dan cawan ....

 Coffee Pot yang langsing dan tinggi...
 
 Teko Mini (terimakasih dari Nannie) dan 3 cawan ekspresso...

Sekian sahaja...Para-Para Sakura ku...sangat berharap suatu hari nanti dapat ke Jepun utk melihat sendiri  pepohon Sakura berbunga lebat...

Sunday, April 25, 2010

Dari Alam Maya ke Alam Realiti

Salam pagi Ahad...oppsss... dah tengahari rupanya... tak sedar masa berlalu begitu pantas...Mesti rakan-rakan sekelian sibuk hunting di flea market atau kedai apekss...atau pun duduk di rumah melayan keluarga ...ataupun pergi window shopping di shopping kompleks... walau apapun anda sekelian sedang buat... semoga hari-hari yang ditempuhi  akan sentiasa diberkati dan dilimpahi Rahmat dari Allah SWT...Amin.
Alhamdulillah pagi ini sekali lagi saya dapat bertemu rakan blogger (dan juga bukan blogger tapi pengumpul pelita)  di alam realiti...
(Dari kiri: Kak Rose@Kak Yon, Nor (berdiri berbaju putih) dan Y atau Yati (duduk berbaju Maroon), kedua-duanya dari Pulapol, dan tuan empunya blog). Kami bergambar di tempat Din di Car Boot Sale , Stadium Shah Alam (nampak tak banyak teko di belakang tu...).

Kak Rose dan Yati sedang tawar-menawar dengan taukey gerai, Din.

Selepas tu kami ke gerai Sue Antik pulak..tapi tgh kalut2 lupa pulak nak snap gambar dgn Sue Antik...maaf lah Sue ya..kalau Sue baca ni... InsyaAllah lepas habis exam ni akak cuba luangkan masa ke teratakantik Sue pulak tu ya...

Kak Rose ajak kami gi minum dan ke rumah beliau pula selepas itu.. tapi saya tak dapat ikut kerana dah hampir tghr dan janji dengan Cik Abang nak balik cepat...

Update:
Selepas Zuhur, anak bongsuku ajak beli ikan (ikan hiasan) di Akuarium di tepi tasik Shah Alam... tiba-tiba dapat sms dari Ida Isk...jika nak jumpa dia di AM....sebenarnya sudah lama kami berjanji nak jumpa (saya ada nak beli barang dari dia), tapi dah berbulan-bulan tak dapat jumpa sebab asyik tak ada rezeki nak jumpa. Saya ke AM, Ida tak boleh datang, bila Ida datang AM, saya pulak tak boleh pergi... last sekali kami jumpa semasa geder-geder di AM tahun lepas anjuran Yatt... maafkan akak ya Ida...punyalah lama Ida simpan barang akak tu... hampir 4 bulan baru dapat jumpa kan...
Akhirnya petang tadi ditakdirkan Allah kami dapat jumpa di AM sebelah gerai Bonnie... nantilah saya n3 apa barang saya beli dari Ida...
Terimakasih Ida atas hadiah cup cake comel Ida tu... nanti akak hias dalam piring antik... (tapi sayang tak boleh makan...hanya hiasan aje tau!!) 
Sedang berbual-bual dengan Ida, seseorang datang menegur, "Ini Kak Azzah ya?" .. Rupa-rupanya rezeki hendak berjumpa dengan ibuk Welly juga... tapi ibuk Welly enggak mau dong di ajak berfoto bersama...bilangnya dirinya  enggak terurus...waduh waduh ....maunya gimana? mungkin selepas ke spa atau facial bisa diajak berfoto sama ya buk...hehehe...jangan marah Welly ya...akak gurau saja... seronok jumpa dan berbual dengan Welly juga...sangat peramah dan macam-macam kami borakkan..sudah tentu mengenai koleksi teko kotak dan tureen yang ibuk Welly ada ...

ok..layan gambar ni... hasil pinangan dari Ida Isk... ini chef cup cakes terkenal seluruh Malaya..siapa yg tengok Ida keluar TV3 hari tu? 


Jika merujuk otai antik..bunga ni dinamakan bunga Lalang... cantik betul bunga lalang ni...
cantikkan cup cakes tu...tapi boleh tgk aje tau..jangan cuba makan...nanti luruh semua gigi! hehehe
1 set cawan maharani tu dpt tangkap kat AM petang tadi... ada satu tu aje... disebabkan masa tu penjualnya nak tutup kedai..dia letgo murah aje...rezeki..dpt bunga sama pulak dgn hasil tangkapan dari Ida Isk tu...Mug tu comel aje..saya suka sangat... dah basuh terus guna buat minum air teh panas... 1 mug utk saya, satu lagi utk cik abang....
Yang bestnya piring besar ni... tengok bunganya yang unik itu...selalu bunganya keliling piring atau pinggan , tapi yang ini satu besar dan satu kecil...bila tengok belakang, rupanya piring ini cop "Made in Japan"..
Sebenarnya ada 6 set cawan, tapi duk dalam kotak mana tak jumpa cari! hehehe..nanti lah... teko pula sedang menanti dari seseorang...itu pun belum ada rezeki nak jumpa juga....dah lama dah hantar pinangan dan disetujui..tapi belum ada rezeki nak berada di tangan ku lagi...hehehe... tak pe.. yang penting dalam mengumpul pinggan mangkuk antik, kita kena banyak2 bersabar... ada rezeki dapat cepat...kalau lambat tu.. lewat lah sikit.......


ok..jumpa lagi di lain kali... mata dah mengantuk.... 
Sweet Dreams....

Friday, April 23, 2010

Kutani (Nine Valleys) Litophane

KUTANI (NINE VALLEYS) LITOPHANE
CIRCA~1930's - 1950's
 
Pertama kali melihat set ini di blog CMG dan Yatt. Kemudian Ezany pula menyusul membuat tayangan perdana mengenai set ini sempena mengingati nenda beliau yang suatu masa dahulu menghidangkan minuman teh petang menggunakan set ini. Selepas itu melihat pula di blog Ryana yang dapat hasil lumayan juga selepas hunting di kedai apeks...set pada Ryana lebih banyak yang mempunyai color lain selain dari emas. 

Set ini lebih dikenali di kalangan bloggers antik sebagai set "buluh emas". Kali pertama mendapat teko mini di kedai apeks... tidak lama kemudian Ezany ada menjual anak2 teko buluh emas tersebut, lalu saya beli dan dapatlah teko itu berteman anak-anaknya.
Baru-baru ini terlihat Kak Yon@Kak Rose ada menjual teko nya sahaja, hajat hati nak pinang teko lain, tapi semua dah dirembat orang. Lalu saya ambil juga teko ini, tiba-tiba tuan-punya teko nak jual satu set semua, dengan cawan mulut lebar tu (ada 3 sahaja) dan piring kuih. Melihatkan pinangan nya yang masih mampu poketku menanggungnya, terus ku confirmkan belian....

Set ini apabila ditelek semakin lama semakin cantik. Rupanya ada pelbagai motif lukisan dan pemandangan. Tidak puas hati , saya membuat sedikit kajian di internet. 
 
Sebenarnya set buluh emas ini diberi nama "Kutani" yang bermaksud "Nine Valleys" .  
Kutani ceramics have their origin in a small remote village in the mountains (Kutani means Nine valleys) of the Ishikawa Prefecture. Region of Kaga Province in Japan. The main city, Kanazawa, is one of the most famous castle towns in Japan. 

If Kutani ceramics are little known overseas, on the contrary they are very famous in Japan as they are really representative of the Japanese culture.  Kutani ware has been produced in Japan for over 300 years.

Set yang saya dapat dari Kak Rose ni ada cop "Kutani China" , tetapi sebenarnya bukan dibuat di China, tetapi Made in Japan. 
Cop di cawan seperti di sebelah kiri (ada tulisan KUTANI CHINA dan  MADE IN JAPAN), ada tulisan Kanji Jepun dikelilingi dedaun.  manakala cop di teko seperti di sebelah kanan. Terdapat gambar gunung Fuji selaputi awan dengan tulisan FUJI CHINA, dan di bawah MADE IN JAPAN.

Pada tapak cawan mulut lebar, jika diangkat membelakangkan cahaya, akan kelihatan gambar Geisha Jepun. Cawan-cawan Kutani yang mempunyai gambar Geisha di dasarnya dikategorikan dalam jenis LITOPHANE. Terdapat pelbagai jenis Litophane Geisha ini, boleh rujuk di website yang saya nyatakan di bawah.

By end of 1930 all japanese ceramic manufacturers started production of lithopane on tea and sake cups. This fashion was linked with the first use of tea bag. This practice then became quite popular after the WWII and during Japan Occupation. Many pieces were brought back to US by american soldiers.

Kutani producers have also followed this trend and pieces with lithopane can effectively be found, however Kutani lithopanes are scarcely met with in Japan or in European flea markets as the production was made mainly localy for US customers. The production of lithopane slowly disappeared after the war and almost stopped in the 50's.

Saya sangat puas hati memiliki set ini kerana telah mengetahui sejarah dan asal usul nya. Saya masih lagi membuat kajian di atas set-set lain yang saya dan juga bloggers lain miliki..seperti set-set bunga kangkung, dll yang dibuat dari China. Agak susah juga kerana kurang maklumat dan saya juga mempunyai kekangan masa utk mencari di library.
Rujukan
http://www.gbouvier.com/

Wednesday, April 21, 2010

GiveAway Chempaqa

Dah terlanjur buat n3 ni, baik teruskan buat n3 berkenaan GA Chempaqa pula...takut nanti bila dah tinggalkan blog ni, terus bersawang lagik... 
semalam nampak Chempaqa ada menganjurkan GA ni sempena 10th Anniversary perkahwinan beliau... Tahniah Chemp kerana telah berjaya mengharungi kehidupan berumahtangga selama 10 tahun yang lalu, semoga kehidupan Chemp sekeluarga akan terus bahagia dan dilimpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah SWT sehingga ke hujung nyawa...Amin.
Kali ini nak masuk kategori English pula... 
Best Wishes to you Chempaqa...

Thursday, April 15, 2010

Award dari Chempaqa

Salam petang Khamis...hurmmm...baru boleh bernafas sedikit selepas hari-hari yang amat memenatkan dan penuh dengan segala macam agenda dan aktiviti....
Sorry Chemp..akak baru ternampak ada award dari Chemp.. ni baru nak tepek kat blog akak ni..
terimakasih banyaknya Chemp..cantik bunga ros merah menyala ni...kalau dapat the real roses tu memang lagi seronok! hehehe...ada ke orang nak bagi bunga betul kat akak ni??? hehehe..
Terimakasih Chemp! ... tengok Ros Merah ni teringat sugar pot Wet Roses Chemp tu!!!! tak mau letgo kat akak ke???? hehehe...sure Chemp marah ni...hehehe

Sunday, April 11, 2010

Berjumpa Bloggers Antik & Tokey Pelita

Minggu lepas kali pertama berjumpa dengan Kak Yon @ Kak Rose dari Yon's Home Decor.
Seronok dapat berbual dengan Kak Yon @ Kak Rose..lemah lembut Kak Rose ni... matang dan banyak pengalaman... tujuan saya berjumpa Kak Rose kerana hendak mengambil barang yang dibeli dari beliau...(nantilah lain kali saya buat entry tu..sebab baru selesai basuh, belum sempat nak susun ambil gambar lagi)
Bersama Kak Yon@Kak Rose di tepi Tasik Shah Alam... 
jumpa pun sekejap aje...borak2 sambil berdiri antara kereta kami di parking lot...

Semalam pula, hari Sabtu, saya ke Amcorp Mall untuk menghantar barang eija si tokey pelita... ramai lagi collectors pelita di sana, termasuk lah tokey pelita dan collectors pelita yang saya rasa paling banyak pelitanya..(berdasarkan gambar2 di blog beliau..) siapa lagi kalau bukan Lia dari Lia Cantiq Collections...

Ini lah Eija tokey Pelita dari JB... sebelahnya Nor (Pulapol ...baik2 ini ibuk polisi nih..)..

Ini pula tokey pelita lagi sorang...Lia Chantiq.....

Ini saya dgn Wai (betul ke ni? lupa pulak...!! sorry..)...dia pun collector pelita jugak...penuh dah stu beg bawah meja tu dgn pelita yg dibeli... hehehe...

Akhirnya setelah memberi barang Eija, saya pun minta diri nak balik... tak ada beli apa2 pun...suka tgk pelita2 cute dan cantik tu, tapi kalau saya start collect..mana lah saya nak letak semua pelita tu... adalah beberapa pelita yg saya jumpa kat kedai apek dan beli dgn Eija dan ida isk seketui dua..cukup lah...buat syarat aje...

Thursday, April 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY KAK LONG ASMA'

Entry hari ini bukanlah seperti biasa...
23 tahun yang lalu lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Asma' di Columbus, Ohio, USA.


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Wahai Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku

Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
(lirik asal : Saujana)



zwani.com myspace graphic comments
Free Twitter Backgrounds
 
 With daughter Asma' in front of JUST, Irbid, Jordan

Tuesday, April 6, 2010

Essay Writing Contest@Tureen Contest

 

Pertama kali melihat entry yang post oleh Yatt mengenai Essay Writing Contest @ Tureen Contest beberapa minggu yang lepas, hati saya meronta-ronta ingin menyertainya tetapi sendiri meragui kemampuan diri kerana menyedari kekurangan diri dalam ilmu pengetahuan pinggan mangkuk antik ini...
Hari demi hari berlalu sehinggalah tinggal beberapa sahaja lagi sebelum tarikh akhir pertandingan ini akan ditutup, lalu saya membuat keputusan untuk mencuba nasib menyertainya. Bukanlah semata-mata niat untuk menang tetapi untuk memberi sokongan padu kepada penganjurnya iaitu saudari Yatt, bersama co-organizers Taj Iskandar dan Mona. Penyertaan saya lebih kepada untuk memeriahkan suasana dan menghargai segala tenaga dan masa yang Yatt peruntukkan untuk menganjurkan pertandingan ini.
Apatah lagi menyedari "Luck is not alwiz on my side", selalunya saya TIDAK PERNAH menang sebarang contest atau GA yang dianjurkan oleh rakan-rakan bloggers, baik di kalangan bloggers antik ataupun blog personal saya yang lain.

Namun pagi ini seperti biasa sebelum memulakan kerja, saya akan bloghopping blog-blog antik terlebih dahulu... bila membaca blog Yatt Precious ..... memang terkejut sangat membaca keputusan pertandingan tersebut...
Ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran Alhamdulillah ke Hadrat Allat SWT
di atas rezeki yang tidak disangka ini..Terimakasih kepada penaja hadiah Mona dari UK.
Saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Chemp yang memenangi kategori Oriental dan Rohas yang memenangi Hadiah Misteri.


Terimakasih jua saya ucapkan kepada Kak Gee dari My Little Persona  kerana telah menghantar sms pagi tadi mengucapkan tahniah dan juga membuat special entry untuk pemenang.


ok...sebelum saya postkan esei yang dihantar menyertai pertandingan, mohon maaf kepada semua pembaca kerana pada pandangan saya esei saya ini sangat simple dan mudah. Saya cuma pastikan saya mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.  Alhamdulillah kerana saya baharu sahaja habis menulis thesis kajian saya, oleh itu saya memastikan format penulisan dipatuhi. Contohnya, saya bukanlah arif dalam bab tureen ini, oleh itu apabila saya membuat kajian melalui internet  saya akan pastikan setiap rujukan diberi kredit dalam penulisan dengan mencatatkan sumber rujukan tersebut. Itu adalah etiquette penulisan, jika tidak penulisan kita dianggap sebagai plagarism.

ok... terimalah esei saya yang tidak seberapa ini.......

*********************************************************************
Tureen Idaman Ku

  Pengenalan

    Sebelum menceburkan diri dalam bidang pinggan mangkuk lama dan antik ini, diriku tidak mengenali langsung apakah yang dipanggil ”tureen” ini. Mengikut terminologi orang biasa, ia dipanggil mangkuk sup sahaja. Kamus  atas-talian Merriam-Webster mendefinasikan ia sebagai mangkuk besar yang dalam dan mempunyai penutup yang digunakan khas untuk menghidang sup atau ‘stew’ [1].
    Setelah beberapa bulan berjinak-jinak mengenali bidang antik ini, saya hanya mempunyai tiga buah tureen vintage hasil belian dari rakan yang telah lama berkecimpung dalam bidang pinggan mangkuk antik ini. Namun begitu, setelah melakukan sedikit penyelidikan dan kajian, saya sangat mengidamkan tureen jenama Spode Blue Italian seperti berikut, namun mustahil saya dapat memilikinya kerana harganya yang sangat tinggi.

Sejarah Spode
Syarikat Portmeirion Group telah membeli syarikat Spode pada tahun 2009 [2]. Syarikat Spode telah mempunyai sejarah lebih daripada 200 tahun. Ia diasaskan oleh Josiah Spode I (1733-1797) pada tahun 1770 di Stoke-on-Trent, UK [3]. Rekabentuk Signature Blues adalah adalah hasil maklum-balas permintaan yang tinggi kepada poselin China dari Canton yang semakin sukar didapati pada penghujung 1770an [3]. 

Spode Blue Italian
Koleksi menarik lanskap biru putih oleh Spode mula dilancarkan pada tahun 1816 [4]. Ia terus dihasilkan sehingga sekarang dan masih menjadi “best seller”.

 
Rajah 1: 3.4L Tureen dan Senduk Blue Italian [3]

Corak Blue Italian yang sangat halus dan terperinci pada tureen kurun ke-18 ini (rujuk Rajah 1) menggambarkan suatu pemandangan yang diilhamkan dari sebuah kawasan perkampungan Itali dengan linkaran “border” Oriental Imari pada penutup tureen.

 
Rajah 2: Blue Spode Tureen & mangkuk alas

Rajah 2 menggabungkan mangkuk tureen dan alas. Corak pada alas tureen menunjukkan gabungan corak pada tangkai tureen dan corak lingkaran Oriental Imari pada penutup tureen. Corak pada lingkaran “border” adalah sama seperti corak pinggan mangkuk yang diimpot dari China pada pertengahan 1800an. Corak pada penutup tureen pula menggambarkan runtuhan Great Bath di Tivoli, berdekatan Rome, dan istana di Piedmont dan Lombardy, Itali. Tangkai nya pula diliputi corak berbunga yang dipanggil “sheet pattern”, sempena corak pada lingkaran di penutupnya [4].

Kesimpulan
Bagi pengumpul pinggan mangkuk antik tegar,  koleksi mereka dianggap tidak lengkap tanpa tureen.  Begitu juga hidangan di meja makan dirasakan kekurangan jika tidak disertakan hidangan makanan yang enak dan lazat di dalam mangkuk tureen.

Rujukan
[1]        Merriam-Webster Online Dictionary.
             URL: http://www.merriam-webster.com/dictionary/tureen [24 Mac 2010]

[2]        Portmeirion. URL: http://www.portmeirion.co.uk/ [24 Mac 2010]

[3]        Spode. URL: http://www.spode.co.uk/shop/ [25 Mac 2010]

[4]        Country Living Antiques, What to Collect. URL:http://www.countryliving.com/antiques/what-to-collect/collecting-spode-china-0107[28 Mac 2010]

Sunday, April 4, 2010

SAKURA BERBUNGA KEMBALI

SAKURA BERBUNGA KEMBALI

Musim bunga muncul kembali dengan  kudup-kudup dan kelopak bunga berwarna-warni.. 
dan di negara Jepun, 
kedatangan musim bunga memang dinanti-nanti utk menyaksikan kudup-kudup Sakura berkembang di taman-taman bunga, 
manakala kuntuman Sakura sentiasa berkembang di taman bunga di dalam almari antik ku!!!
Koleksi Sakura ini antara koleksi yang terawal berada di dalam simpanan saya...
(sebenarnya gambar2 ini sudah lama berada dalam folder, dah lama sampai lupa..)
set teko aladin dengan cawan kuat menyiku

set cawan montoks

set cawan mini ekspresso


terdapat pelbagai jenis bunga sakura ini...

Platter yang pertama dibeli dari Saidah semasa awal-awal pembabitan dalam bidang ini... ingatkan kecil aje..tapi bila sampai, bukak kotak terkejut juga..besar, panjang dan berat!
Jenis-jenis pinggan dan piring kuih...

Sekian dahulu untuk kali ini, sebenarnya ada teko yang lain tapi tak sempat ambil gambar lagi...