klik klik klik

Tuesday, May 24, 2011

VCR FOR SALE

 
 Cawan /Mug VCR 
nak jadikan cawan pun boleh, nak guna sebagai mug pun boleh
(SOLD)
 Perbandingan saiz dengan mug biasa...
  Perbandingan saiz cawan/mug
cawan/mug VCR - saiz kecil sahaja...
diameter base - 2 1/4"
diameter mulut cawan - 2 3/4"
height - 2 1/2" (SOLD)
Mangkuk lauk VCR (7" diameter )
(SOLD)

Monday, May 23, 2011

5 ROSES FOR SALE!

 Cawan teh Cina bertutup , Bunga 5 Roses yang sangat terang dan cantik...
 Terdapat bunga di cawan dan penutupnya
 Bunga di bahagian belakang
Bunga di penutup cawan...Sangat cantik
SOLD
Jika berminat , sms saya di 019-267 1825

Saturday, May 21, 2011

FOR SALE

 Bunga Gandum ~ SOLD
Bunga Gandum ~ SOLD
Creamer yang sangat cantik - terdapat 3 jalur emas di tangkai nya
**********************************************************
 Sweet Roses Made in Japan ~ to Kak Aton with LOVE

 Sweet Roses Made in Japan
***************************************************************
Wild Roses~ SOLD
1 unit teko saiz besar
(berkilat-kilat memancar-mancar... baru lepas masuk SPA!)
***************************************************************
 Bunga Kekwa Merah Japan
1 unit Teko bulat ...

Bunga ada defect sikit , sila lihat gambar zoom

Friday, May 20, 2011

Lagi rakan FB datang berkunjung ke rumah

Lagi rakan FB berkunjung ke rumah. AnaTeratak Puri bersama suami dan rakan2 .... dapat jugak lah rembat 2 set cawan maple leaves kan...hehehe... Ana & suami, terimakasih kerana sudi datang ke rumah akak ....

GA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-30 KAK ATON

Assalamu'alaikum semua...dah lama saya nak join GA Kak Aton, tapi teramat sibuk....nasib baik belum tamat lagi tarikh tutupnya...ok ok..sebelum cakap apa-apa lagi..jom kita sertai GA Kak Aton ni...
Bila tengok gambar Kak Aton kahwin ni 30 tahun dahulu..alaaa...comelnya Kak Aton ..cantik ..putih bersih muka Kak Aton kan... yang sebelah tu pulak, macam hero dalam buku-buku novel cinta yang saya dulu-dulu masa sekolah selalu baca..alaaa..bebudak sekolah kan suka baca buku tu..Mills& Boon tu...selalu watak hero nya dalam novel-novel tu di describe kan sebagai "Tall, Dark and Handsome"!!! Ahaks...Kak Aton, kira hubby akak ni leh jadi hero dalam novel cinta tu...hehehe..jangan marah ya Kak Aton...

Sebelum terlambat Azzah nak ucapkan 
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ke-30 
utk Kak Aton & suami...

TAHNIAH
kerana telah dapat menempuhi 30 tahun, suatu jangka masa yang lama dalam perjalanan sebuah perkahwinan dan kehidupan...telah dapat menempuhi tribulasi yang mendatang ...semoga perkahwinan akak akan kekal bahagia hingga ke akhirnya...Amin..

Jadi sempena Ulangtahun perkahwinan Kak Aton, Kak Aton telah membuat satu GA (GiveAway) ..
hadiah-hadiah sangat Azzah berkenan...mintak-mintak murah lah rezeki ..sebab hadiah tu semua Kak Aton jahit sendiri...tersangat cantik...sulaman Kak Aton itu..

Antara hadiah yang Kak Aton sediakan

Hadiah pertama..2 helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben

  Hadiah kedua 2helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben

 Hadiah ketiga 2helai sarung bantal sulam dan hiasan dinding sulaman riben

 Hadiah keempat sehelai saprah sulam dan hiasan dinding sulaman riben

Macam biasa mesti ada syarat2 nya .

1) Mestilah menjadi follower Kak Aton  : http://atonsulam.blogspot.com/ (dah lama dah jadi follower akak)
2) Linkkan blog ini dalam blog anda.(juga sudah link tahun lepas)
3) Sudilah buat entry ringkas tentang GA ini diblog anda. (done)
4) Sila tinggalkan link anda dalam ruang comment. (done)
5) Tulislah komen anda mengenai blog saya..(done)

Okay...itu sahaja...mudah-mudahan murah rezeki nak menang GA Kak Aton

Monday, May 16, 2011

Tanda Persahabatan di Alam Maya

 Semasa berjumpa CikJahFLowers (FBian dan juga blogger), beliau ada memberikan kepada saya cederahati sebagai tanda persahabatan di alam maya.... hurm..nak tahu apa yang CikJah bagi saya? sudah semestinya lah PML..!!


 Jom tengok,....
 

Sepasang mangkuk dan sudu yang sama corak nya...
Terimakasih banyak CikJah...dan mintak maaf kerana saya tak membawa apa-apa nak bagi CikJah...huhu..InsyaAllah lain kali bertemu saya akan bawa hadiah juga ya...
Oppss..lupa pulak...sebenarnya tujuan saya berjumpa CikJah ialah nak ambil PMl yang saya beli dari CikJah..Apa ya yang saya beli dari CikJah???
huhu..ini lah dia...Oval Platter corak batik hijau...tapi ini bukan keluaran Johnson Brothers, cuma bunganya imitation macam JB, tapi yang ini Japang mari...hehehe...walau bagaimanapun...walaupun dari Japan... ia masih di anggap sebagai PML ...sebab keluaran 60an/70an...
Walaupun terdapat sedikit crack di bhgn tgh OP itu, ia tetap kelihatan cantik di mata ku!


Sunday, May 15, 2011

14 May 2011 ~ Hari Bersejarah ...

Mengapa saya mengatakan 14 Mei 2011 hari bersejarah? kerana saya dapat berjumpa dengan ramai collectors PML serentak...seronok ...
Sebenarnya dah seminggu lebih saya berjanji dengan CikJah nak berjumpa di rumah saudara beliau di Shah Alam. Saya tidak berkesempatan hendak berkunjung ke rumah CikJah di Cyberjaya seperti yang dijanjikan kerana waktu tidak mengizinkan...terlalu sibuk dan tidak sempat hendak ke sana...
Akhirnya tibalah hari yang dijanjikan... Pagi-pagi lagi saya sudah buat gardening di halaman rumah saya yang sekangkang kera itu...sudah lama terbiar...rumput pun sudah panjang..pokok-pokok bunga saya pun sudah tidak terjaga dik kesibukan saya...bibik pula sudah berhenti sebulan lalu...jadi taman saya terbiar begitu sahaja...
leka buat gardening membuatkan saya terlupa ada janji dengan CikJah..sehingga lah saya mendapat panggilan dari CikJah...apa lagi..kelam kabut lah mandi dan bersiap-siap...maklumlah dah berpeluh-peluh di taman...
senang aja nak cari rumah saudara CikJah di Seksyen 6 Shah ALam...sampai sahaja di rumah Kak Zubaidah ..terus call CikJah...dan dijemput masuk...saya lihat ada seorang lelaki sedang duduk bersama Kak Zubaidah sedang membelek-belek pinggan mangkuk.. 
CikJah perkenalkan dia adalah Shah ...saya tanya Bro Mohassah Borhan yang di Facebook itu ke? wahhhhh ..... tidak sangka boleh jumpa serentak ...Kak Zubaidah juga merupakan collector baru...
(dari kiri) CikJah(FBian & blogger), Ummi Nostalgialama, Mohassah Borhan(FBian) dan Kak Zubaidah(FBian)
Terimakasih akak semua... 

Sebelah petang roger-roger MakJah ..MakJah ada datang Shah Alam kerana menghadiri konvo anak beliau di UiTM ... rumah anak dia dekat aje kat Sek 7 jugak...tanya MakJah bila nak datang rumah? since hari tu MakJah kata nak singgah... 
MakJah kata mungkin malam lepas Maghrib... pastu tengok tengok bahan2 kat dapur boleh lah nak goreng buat makaroni goreng... so goreng lah satu kuali besar...
sekali bila telefon MakJah, dia kata kalau tak sempat malam ni , esok aje jumpa kat Amcorp Mall...huwaaaaaa...siapa nak makan makaroni yang dah bergoreng satu kuali tu??? terus telefon MakJah...kata mohon agar MakJah datang juga walaupun dah malam...since esok tak kerja boleh lah berlarut malam kan...hehehe
Alhamdulillah akhirnya MakJah selamat sampai rumah saya dalam kul 11 malam... jemput MakJah dan suami serta anak beliau yang konvo tu...
beruntung MakJah kerana suami dan anak-anak semua minat sama mencari dan mengumpul PML ni...kira ni biznez satu keluarga lah...
jom layan gambar........zazzzzzz


bersama MakJah dan suami...
laju aje suami saya melayan kerana MakJah dan suami rupanya orang sekampung ...
 "haa...yang ni kalau Bang Long tengok mesti menjerit dia! " kata MakJah...
- sedang tunjuk set Ros Kelabu seperti lukisan pensil..
 Apalah yang ditenung-tenung dek MakJah tu... hehehe...
Bersama anak MakJah yang baru selesai konvo
Chewahhhh...bergaya MakJah posing...hehehe

Monday, May 9, 2011

Almari antik ke-3

Alhamdulillah..akhirnya dapat lagi satu almari antik yang telah dibaik pulih...terimakasih auntie ucapkan kpd Ezany dari Ezany Galleria. Yang telah bersusah payah membaik-pulih dari sebuah almari yang mungkin tak mahu dipandang mata atau kata Zany orang2 tua kat kampung dah nak campak masuk dalam api (orang2 tua dulu kan suka bakar aje perabot2 lama kat belakang rumah), kepada sebuah almari yang sangat cantik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi...
ni lah rupa almari tersebut sebelum dibaik pulih
(gambar ihsan dari blog Zany...auntie pinjam gambar ya Zany)

Sebenarnya nak cerita almari ni dah lama saya tempah dari Zany, awal tahun ini lagi...tapi disebabkan kesibukan Zany yang sedang belajar part-time (weekend pergi kelas), kemudian exam dan saya juga waktu itu sedang sibuk menyiapkan thesis saya...semuanya tertangguh sehingga lah akhir bulan April, Zany kata almari ni dah siap...huhu..Alhamdulillah...
Saya tak bagi Zany pos almari itu..(sebab nak jadikan alasan agar saya dapat ke Ipoh dan ke LOKEN, tempat tumpuan collectors PML semua...) ...
tapi beberapa hari selepas itu, anak ke-3 saya mendapat tawaran temuduga di Uni Teknologi Petronas, di Tronoh, Perak.  Pada mulanya saya hendak pergi hanar dan terus singgah ke rumah Zany mengambil almari tersebut, tetapi dek kesibukan kerja, saya tak boleh pergi. Lalu saya arahkan anak ke-2 saya pergi menghantar adiknya ke sana... pada mulanya anak saya nak bawa kereta sahaja memandangkan mereka berdua sahaja, tetapi ummi ny ada agenda lain...! hahaha...ummi kata..."bawak van, jangan bawak kereta" ..pelik anak saya ....selepas saya beritahu sebabnya baharulah mereka faham..dan kemudian gelakkan saya..."ooohhh..umi ada hal lain ya..patutlah suruh bawak van...!" lalu bertolak lah anak saya berdua sebelum subuh lagi..pukul 5 pagi dah bertolak, kerana nak sampai di Tronoh sebelum pukul 9 pg...anak saya ada interview tu sehari suntuk sehingga petang...bukan interview sahaja, tetapi termasuk kena ambil aptitude test ...
Saya contact Zany kata petang nanti on the way balik, anak saya akan singgah ambil almari tersebut...so Zany kata ok lah , dia pun dah balik kerja nanti petang..senang sikit...
Alkisahnya...selepas selesai interview anak saya berdua pun bertolak pulang..dalam perjalanan mereka berdua berjumpa Zany dan transfer almari tu ke dalam van saya..masa tu saya dapat msg dah dekat pukul 7 pm ... kiranya selepas maghrib saya terima msg dari anak saya mengatakan mereka berdua sudah bergerak pulang...dalam hati saya doakan agar semuanya selamat sehingga mereka sampai ke rumah...
  Namun dugaan Allah...pada lebih kurang pukul 9 malam saya dapat sms dari anak saya, mengatakan tayar van pancit...!! Ya Allah...dalam hati Tuhan aje yang tahu betapa risaunya saya...sedangkan pada waktu itu mereka di dalam perjalanan kat tepi highway tu..malam-alam hari dalam gelap tu....dia kata baru sahaja melepasi sempadan Perak-Selangor...Alhamdulillah tak ada apa-apa terjadi semasa tayar pancit tu...selepas tu saya cuba sms lagi beberapa kali hp kedua-dua orang anak saya tapi tak dapat masuk line... risaunya saya...saya andaikan hp mereka dah habis bateri ke.... husband pulak masa tu tak ada kat rumah, pergi dengar ceramah kat surau...tak bawa handphone..lalu saya suruh anak ke-7 saya pergi beritahu abi nya kat surau...
sejam selepas tu Alhamdulillah dapat sms dari mereka kata dah dapat tukar tayar spare dan dalam perjalanan pulang....saya balas semula suruh mereka bawa pelan2..jangan bawa laju2...risau juga saya...Alhamdulillah ada tayar spare dan anak2 saya tu hero..hehehe..pandailah mereka menukar tayar tu... akhirnya mereka selamat sampai rumah dah dekat 12 tghmalam.... ALhamdulillah....mereka selamat dan almari ini juga selamat sampai ke Shah Alam...
ini lah dia almari yang sudah dibaik pulih itu....

cantikkan? alaaa..siapa lagi nak puji..sendiri lah kan...hehehe... belum berisi lagi... kat bawah tu saya letak pinggan mangkuk Rosa yang saya terima dari Pak Lang...
InsyaAllah nanti dah susun PML saya buat lagi tayangan perdana...



Sunday, May 1, 2011

Ros Hitam Lukisan Pensil






 


 Creamer dan Sugar Pot yang sepadan dengan Mrs Pot...
 Pak Din dan Mrs Pot....saling bergandingan sebelah menyebelah...
 
 Pak Din yang tersergam indah....
zoom cawan dari dekat....sangat cantikkan bunga Ros Hitam-Kelabu ni..macam lukisan pensil....
di sebab kan itu dapat lah nama "Ros Hitam Lukisan Pensil"