Esok Isnin 14hb November 2011 akan bermulah peperiksaan besar dalam
sistem akademik sekolah menengah iaitu SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau
lebih dikenali dengan SPM sahaja.
Tahun ini saya tiada anak yang akan menduduki peperiksaan ini, namun
saya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Salamat Maju Jaya kepada
semua calon-calon SPM dan mendoakan agar mereka, terutamanya anak2
saudara-mara, sahabat-handai dan rakan bloggers yang mungkin juga ada
yang terdiri dari kalangan pelajar Tingkatan Lima ...nasihat auntie,
bacalah doa penerang hati, mohonlah kepada Allah kerana sekarang tiada
masa lagi bagi anda untuk membuat persiapan, sekarang hanyalah masa
untuk anda membuktikan segala persiapan yang telah dilakukan selama
ini...
SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN MENJAWAB SOALAN DAN MELAPANGKAN DADA
DAN FIKIRAN DARI PERASAAN KUSUT, DAN DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN
FIKIRAN YANG TERBUKA DAN LAPANG.SEMOGA ALLAH JUGA MELANCARKAN SEGALANYA.
AMEEN.