klik klik klik

Friday, June 18, 2010

I want to be a SUPERMOM/ SUPERWOMAN

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf kepada semua.... 
kebelakangan ini saya teramat sibuk dengan pelbagai agenda dan perkara-perkara yang perlu ditangani sehingga tidak sempat hendak membuat n3 baru, menjawab tag (maaf Ezany...auntie tak sempat nak jawab), membalas panggilan dan sms (kak Aton ... saya akan cuba sedaya upaya nak jumpa sendiri nak serahkan hadiah EG saya kepada akak) , cuti sekolah lagi..anak-anak pun demand masa kita nak melayan dia orang...apalagi anak sulung saya ada balik bercuti sekejap.... dan sebagainya (the list goes on and on and on...)...dan saya jangkakan kebizian (amboi...eloknya bahasa! sure ramai cikgu bahasa marah saya nanti!!), kesibukan saya ini akan berlarutan hingga ke bulan hadapan.....
Hurm..terasa macam diri ini ingin menjadi ......

SUPERMOM ... SUPERWOMAN!!!!..


(gambar ihsan dari internet)

Wednesday, June 9, 2010

Retro

Lamanya dah tak buat entri...bz memanjang....
bila baca n3 Bro Shariff64 mengenai meja antik retro tu..rasa gembira sangat bagi pihak En Shariff sebab dapat jumpa meja seperti itu...kemudian teringat pula kerusi antik retro saya yang dibeli di Benut tahun lepas... semasa balik kampung baru2 ini (cuti Wesak) ... tgk kat rumah mak di kampung kerusi tu dah dibaik pulih...
agaknya kalau dipadankan dengan meja kopi retro Bro Shariff tu mesti cun melecun !! (saya nak pinjam gambar tapi bila buka semula blog Bro Shariff tak ada ...manalah Bro Shariff sorokkan gambar meja retro tu!!!)
mari kita layan gambar...(kerusi ni masih lagi di kampung saya..hari tu nak bawa balik, tapi van dah penuh dengan anak2 dan beg kain baju... biarlah dulu di kampung...)

nak balik ke Shah Alam, singgah sekejap di rumah kakak ipar di Parit Raja... terus telefon bro Shariff nak ambil pinggan mangkuk yang diorder oleh kakak saya...(dan juga yang saya beli..!)
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga hajat nak jupa Bro Shariff dan isteri... IA nanti lain kali balik kpg jika ada masa lebih saya nak singgah rumah Bro Shariff lah pulak...mesti mengancam rumah dia... penuh dgn pinggan mangkuk lama...
Bro Shariff64 dan isteri... 

jumpa sekejap aje..sebab Bro Shariff dan isteri nak pergi jemputan kahwin, saya pulak dah bertolak balik ke Shah ALam...

Wednesday, June 2, 2010

40++

Salam semua...rindunya pada teman-teman sekelian...masa sangat-sangat mencemburui ku... lantas itu blog ini semakin terabai...dan bersawang... mai sini penyapu tu...nak sapu habuk-habuk ni...hehehe..
 Entri ini akan menjadi tersangat ringkas, kerana perlu menyudahkan sesuatu kerja hari ini juga...


zwani.com myspace graphic comments

 

Sebenarnya hari ini ialah Hari Lahir saya yang ke ???? minggu lepas plan macam-macam nak buat untuk teman blogger sekelian, tapi nampaknya tak sempat...
Ya Allah..apabila merenung kembali angka-angka itu, hati ini menjadi terlalu kecut dan takut... apakah sudah cukup bekalan yang bakal kubawa untuk ke "sana" nanti???  Rasanya baru secubit dan sekelumit sahaja... ini membuatkan aku perlu bermuhasabah dengan diriku sendiri... Perbanyakkan amalan ibadah selagi boleh dan terdaya... InsyaAllah...

okaylah... sebenarnya saya ada hadiah misteri bagi teman blogger yang  pertama meninggalkan komen di entri ini yang menyatakan berapakah umur saya yang sebenar....!!! hahaha... bukan tak mahu mengaku dah tua...tapi tersangat takut apabila merenung angka-angka itu...!!!

Ya Allah...Engkau perbaikilah untukku agamaku dan lapangkanlah bagiku tempat kediamanku, serta berkatilah untukku rezekiku.  Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kekerasan hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Dan aku berlindung kepadaMu kekufuran dan kefasikan, dan perasaan ingin riya', dan aku berlindung kepada Mu dari tuli, bisu, penyakit kusta dan segala penyakit yang jahat.  Ya Allah, kurniakanlah ketaqwaan pada jiwaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah yang sebaik-baik yang menyucikan dan Engkaulah Maha Pelindung dan Maha Memiliki...Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari ilmu yang tidak bermenafaat, hati yang tidak khusyuk dan nafsu yang tidak pernah kenyang dan puas serta doa yang tidak dimakbulkan...
Semoga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat.. Amin.