klik klik klik

Friday, May 21, 2010

Blue Ivy

Salam pagi Jumaat yang indah ini. Selepas sepetang hujan lebat semalam, dan saya pasti seluruh Lembah Klang hujan, bersambung hingga ke malam hujan renyai..pagi Jumaat yang mulia ini di mulai dengan perasaan yang sangat aman-damai dan rasa segar menghirup udara pagi yang sejuk ini...

Selepas beberapa hari angin 'M' melanda... baru kini hendak menjenguk blog ini..kesian sangat kulihat...rakan-rakan seperjuangan juga seakan-akan sepi...otai pinggan mangkuk antik juga lama tidak meng'update' blog masing-masing. Mungkin kerana kesibukan masing-masing dengan pekerjaan hakiki... dan saya..sebenarnya angin 'M' melanda kerana camera masih belum dibaiki (atau sepatutnya beli baru sahaja...??? $$$$ lagi! isk..isk..isk..). Oleh kerana itu 'M' hendak membongkar kotak2 dan juga hendak mengeluarkan cawan dan teko dari gobok lama itu hendak dibuat sesi penggambaran...kadang-kala cuba mengambil gambar dengan camera hp cap ayam itu...akhirnya delete semula kerana kualiti gambar yang sangat tidak memuaskan hati... 

ok..hari ini ingin berkonsi cawan Blue Ivy yang sudah lama kubeli di AM, iaitu semasa majlis gathering yang dianjurkan oleh Yatt tahun lepas... mak datuk! lamanya kusimpan buat pekasam...godek-godek folder gambar ni terjumpa lah pulak..okaylah..untuk menghilangkan kesepian blog ini, di keluarkan lah juga gambar ini...
 5 set cawan ML tu dibeli dari Bonnie, saing-saing dgn Shima semasa dia beli cawan hijau tu..Shima dah lama bat tayangan perdana, tapi saya lama peram cawan ni dalam gobok...sebab tak ada jumpa lagi ibunya...
tapi kemudian barter dengan Shas teko tu, walaupun tak sama bunga tapi sama species jugaklah...daun-daun gitu...bolehlah ngamkan...
sebenarnya saya sgt suka cawan ini, kerana saya suka semua yang color lembut-lembut dan pastel color sebegini...color yang lembut ini memberi ketenangan yang sungguh mendamaikan jiwa...hurm..jiwang lah pulak! hehehe...
Sebenarnya pernah ternampak teko yang sama bunga di blog Tasha (kalau tak silap...tapi terlambat lah pulak..) .. dan juga di blog saudara Taj...

okaylah..sehingga di sini dahulu..sehingga berjumpa lagi di lain entri....
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...
.

15 comments:

  1. salam auntie...set blue ivy ni walaupun simple tp ia tetap menawan... mcm yg auntie ckp, color die yg lembut mmg memberikan ketenangan...nak minum dlm cawn tu pun rasa cool je walau air panas menggelegak....hehehe

    ReplyDelete
  2. salam azzah..fuhyoo memang grand blue ivy nie..terserlah kecantikannya..Tahniah.

    ReplyDelete
  3. salam k azzah,
    keluar juga akhirnya.. memang sejuk mata memandang.... betullah kak.. banyak blog sepi.... semua sibuk kan... k azzah masih hunting lagi ke ... :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ezany,
    hahaha...nak gelak auntie baca Ezany kata "cool" aje walaupun air "panas menggelegak"!!!

    ReplyDelete
  5. Shariff,

    saya mmg suka color lembut2 macam ni..agaknya mmg jiwa saya sentimental ... hehehe

    ReplyDelete
  6. Shima,
    salam..Shima pun dah lama tak keluar hasil hunting..??? Akak...?? hurm..dah lama tak pergi hunting... dah banyak slow down... tapi byk tgk kat internet je sbb malas nak keluar... sesekali "terbeli" jugak bila tengok yang cun tu...hahahaha

    ReplyDelete
  7. sy pun rindu hunting..rindu bangett!tp yg nyatanya selalu mimpi dpt terjah rumah lama yg penuh hasil hunting dlmnye...huhu,apa tandanye itew?!

    ReplyDelete
  8. tulipurple,

    sabor sabor ya dik...tunggu baby tu besar sikit nanti leh sambung hunting lagik...hehehe...mimpi tu tak pandailah pulak akak nak tafsirkannya...tapi kalau di alam nyata tu..mmg syiookkk habis...

    ReplyDelete
  9. 9:52 pm 21/5/10
    chemp "salam k.azzah..congrats..dah kuar dah blue ivy..cun abis tuh..tahniah kak..."

    ReplyDelete
  10. 7:44 am 27/5/10
    yatt "salam ziarah kak azzah..pekabo akak?..baru nampak hasil geder2 dulu kan..apapun..serasi gak bersama.. :)"

    ReplyDelete
  11. 8:04 am 23/5/10
    shas "morning kak,lama kutuggu akhirnya dapat gak tgk set ni.ok la,ngam je.tapi kalau betul cawan teko tu,camnalah rupanya.lagi cun apa."

    ReplyDelete
  12. 4:45 pm 22/5/10
    Pinatbate "salam kak azzah..singgah tengok pinggan mangkuk comel.."

    ReplyDelete
  13. 1:31 am 24/5/10
    azlia kassim "salam, geramnya tengok sakura lebat kat blog ni..."

    ReplyDelete
  14. 1:30 pm 28/5/10
    SanMawia "ziarah akak jab...smabil cuci mata..."

    ReplyDelete
  15. 1:27 am 29/5/10
    aina "salam kak azzah bestnye tengok koleksi pinggan mangkuk sakura n padi tu tahniah kak dapat satukan berbagai bntk 1 fmily"

    ReplyDelete