klik klik klik

Monday, March 28, 2011

Rakan FB & Blog

 Hari Ahad semalam janji dengan Nannie nak jumpa di Amcorp Mall kerana hendak mengambil pinggan twin Roses yang dibeli dari dia. Minggu lepas tak dapt dapat datang kerana sibuk menyiapkan persiapan anak nak balik asrama selepas seminggu cuti sekolah.
Selepas mendapat keizinan dari Cik Abang, selepas Cik Abang balik dari pasar, cepat-cepat kemas dan masak terlebih dahulu. Al-maklumlah ramai mulut yang nak kena bagi makan kat rumah ni...pulak tu Cik Abang dah bagi keizinan, kena lah ambil hati dan ucapkan terimakasih kan...
 
 Sampai di Amcorp dah dekat pukul 12 tengahari. Selepas dapat parking, laju saja kaki melangkah masuk AM dan terus menuju ke tingkat bawah...orang sudah ramai...sambil mata melilau-lilau cari Nannie..sambil menjamu mata di meja-meja jualan...lalu depan kedai Eis Antique..hurm...almari antik yang di aim nak beli rupa2nya dah SOLD..tak apa..IA lain kali ada rezeki ada lah...
Dari jauh dah nampak Nannie kat kedai Bonnie. Sempat lagi menyinggah beberapa meja...dapat beberapa hasil tangkapan PML...huhu...

Shima tersenyum riang dengan hasil tangkapannya...
 
Akhirnya tengok Nannie dah beredar ke meja lain...depan GIANT tu..rupa-rupanya Shima pun ada bersama Nannie...wahhh..tengok ditangan Shima sudah ada bungkusan PML yang dibeli...kemudian Nannie menunjuk kepada seseorang...macam kenal..salah seorang rakan FB....nekdara purba@Nyonya Lawa ...memang comel dan manis orangnya...
 

1 comment:

  1. salam azzah..
    rajinnya azzah mencari PML.minat yg tak boleh berhentikan..
    seronok.. boleh jumpa kawan2 yg sama minat.

    ReplyDelete