klik klik klik

Saturday, December 26, 2009

Jejak Kasih

Salam semua...2-3 hari tersenyum riang...kerana anak-anak Bunga Raya telah dapat menjejak kasih ibu kandung mereka .... akhirnya.....si ibu kandung telah dengan selamatnya menemui rumah barunya bersama-sama dengan anak2nya... namun bergitu jasa si ibu angkat dilupa jangan...akhirnya tinggallah mereka sekeluarga bergembira bersama ...

Fullamak....lihatlah cutting bodynya yang tinggi lampai pinggang ramping meliuk lentuk... walaupun punya anak ramai masih maintain gitu.....hehehe...ni mesti ramai kat luar sana yang tergila-gilakannya...

bunga di penutupnya yang cun....

Apabila digandingkan bersama-sama anak-anaknya....

Jasa siibu angkat dilupa jangan... akhirnya "one happy family together"....

Wednesday, December 23, 2009

tureen oh tureen

Tureen oooh tureen kusayang...

hahaha..ni pasal orang yg baru dapat memiliki tureen... padahal otai semua dah banyak...Yatt, Welly ...hari ni pulak CMG bersiaran mengenai tureen kangkung...Che Mat oooo che Mat... ada lebih ke? campak-campak lah sikit ke sini... hehehehe

ini adalah hasil rembatan semasa gather-gather di Amcorp Mall ... blogger lain semua dah kuarkan hasil rembatan dia orang...saya pulak tunggu anak balik camping, konon nak pakai camera... bila dia balik tengok2 camera tu dah rosak, gambar tak leh fokus...blur aje...ni mesti kes jatuh ke ...adooiiii...anak....anak.....jadinya terpaksa ambik gambar pakai camera hp..tapi mcm biasa kualiti gambar mesti tak memuaskan...

Layan gambar...Tureen comel berbunga Ros putih berdaun biru... adake daun biru ??? tapi cantik juga lah...harga pun boleh mampu milik gitu...apa lagi..terus sambar....hehehe


 
tapi rim emas di pemegangnya dah lusuh...tak apa.. janji ada...


 
close up bunga 
 


Monday, December 21, 2009

Perjumpaan di Amcorp Mall

Nampaknya semua orang sudah bersiaran mengenai Amcorp Mall... sudahlah saya yang datang paling lambat, siaran juga yang paling akhir...apa nak buat...tugas hakiki menuntut masaku yang utama... ini pun mata dah mengantuk, tapi kugagahi juga demi nak buat n3 mengenai perjumpaan 'bloggers tersohor' dalam bidang masing2 (ini kerana bukan semua bloggers yang hadir ada lah terdiri drpd mereka yang mengumpul pinggan mangkuk lama...ada yg pakar masakan, pakar cross-stitch, jahitan, craft, menghias rumah dll....dan...paling utama..pakar meleburkan duit...oppsss...sorry....no heart feeling .... sebenarnya nak kata diri sendiri lah tu...hehehe)

Datang lambat, miss lah macam-macam yang dia orang lain borakkan...atau mungkin ada tips-tips berguna dari pakar2 di atas yg saya terlepas.. tapi tak apa..InsyaAllah next time kalau ada perjumpaan sebegini, saya akan hadir jugak...)

Gambar tak ada, tak bawa camera sbb anak bawa pergi camping... so 2 orang puteri ku yang hadir bersama tolong ambil pakai camera hp, yg sudah semestinya kualiti gambar tidak memuaskan.. tapi dari tak ada langsung..letak lah juga kan...

Apalah yang dibelek oleh ida isk kat tudung Yatt tu?? eh! bekas pinggan mangkuk depan saya tu bukan saya yang makan ya....saya datang dia orang semua dah selesai sesi borak2 dan sesi makan2... saya join sesi berkenalan dengan otai dan juga sellers lain (Ismail, Khairul, bonnie dll ) hehehe...

Ingat nak jumpa dan borak2 dengan bloggers sahaja...tapi 'cair' juga hati ku bila melihat beberapa barang yang rasa2 kalau tak rembat, takut balik nanti termimpi-mimpi menyesal...kenapalahhhh tak beli..? takut next time datang dah tak ada....ewahhh..alasan ajek tu...  tapi tak boleh lah pulak nak bersiaran langsung..sbb camera tak ada nak snap gambar....lagipun belum sempat basuh bagi kilat2 sikit...solek2 sikit...barulah cantik nak ambik gambar kan....

oklah...mata dah tersangat mengantuk.....selamat malam semua...wasallam... 

Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah semua...bermula sudah tahun baru mengikut kalendar Islam... bila bercakap tentang tahun baru, masing2 memperkatakan tentang azam baru..tetapi sudahkah kita membuat check list mengenai azam lama kita? adakah sudah tercapai semuanya, atau sebahagian sahaja, atau tiada langsung? Sebelum kita mula membuat senarai baru, eloklah kita muhasabah semula...jika ada azam lama yang masih belum tercapai, atau hampir tercapai, atau dalam proses mencapainya... baik sahaja kita teruskan sehingga selesai...baharulah kita menambah azam yang baru...

ok..balik semula ke tujuan asal n3 ini...sejak pandai bershopping di alam maya (shopping pinggan mangkuk lama laaa)... ALhamdulillah semua pesananku sampai dalam keadaan yang elok... tapi buat pertama kalinya minggu lepas... barang yang sampai tidak seperti yang asal...

Sedih memang sedih mengenangkan bunga di teko itu yang sangat meriah dan ceria...rasanya belum pernah terjumpa lagi di mana2 blog pengumpul pinggan mangkuk antik ini (maaf ya...jika ada sesiapa yang mempunyai teko yang serupa harap dapat beritahu...) tapi kita kena redha lah...dah itu suratan takdirnya... mungkin Allah hendak menguji kita...adakah kita sentiasa redha dan bersyukur atas nikmatNya...
"Maka...nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan..." Ar-Rahman.....u'uhhh..setiap kali membaca ayat Al-Quran ini...air mata pasti bergenang....takut sekali...

Jom lihat apa terjadi...


Cantikkan jambangan bunga..oren, biru, pink....
 
 Bila pusing sebelah lagi.....huaaaaa....

Ada sesiapa yang nak jadi McGyver?

Monday, December 14, 2009

Dari Alam Maya ke Alam Nyata

Siapa sangka Allah hendak menemukan kami, walau tanpa apa-apa perancangan... tapi perancangan Allah adalah yg Maha Nyata...

Semuanya tanpa diduga. Petang Sabtu bonda datang berkunjung ke rumah kekandaku di Nilai.Tujuan bonda kerana hendak mengajak kekanda ke Ipoh, Perak untuk menghadiri satu majlis perkahwinan saudara. Pada mulanya rasa hati malas nak ikut kerana mengenangkan kerja-kerja penulisanku yang perlu dibereskan segera... tetapi pagi Ahad selepas Subuh, berbincang dengan hubby samada hendak pergi atau tidak...akhirnya kami membuat keputusan untuk mengikut kakanda dan bonda ke Perak. Selepas bersiap-siap dalam jam 9:30pg kami bertolak ke Ipoh, congak2 sedang elok tengahari kami sampai boleh jumpa pengantin, makan dan balik semula ke Selangor...


Dalam perjalanan cuba melobi hubby utk meneruskan ke Ipoh selepas makan kenduri..niat di hati konon teringin nak ke Memory Lane yang famous itu... dah alang-alang ke Ipoh kan... tapi risau juga sebab dah tghr dan petang ... masih buka lagi ke? Mcmn nih... terus teringatkan Saidah, terus mms dia tanya kat mana Memory Lane tu? dan mcmn nak pergi... bila dapat balasan dari Saidah, baru tahu rupanya rumah dia tak jauh dari rumah pengantin yang kami nak pergi tu... baru teringat tentang barang yg kami barter hari tu, maka terus tanya dia dah poske barang tuh? Al-kisahnya dia belum pos lagi...so, nak jadi cerita saya pun adalah modal nak ajak hubby singgah rumah Saidah...ingat tak mahu lama2 sbb nak singgah aje ambil barang...tapi Saidah dah siap goreng jemput2 utk kami dan buat air...apalagi melekat lah kami lama sikit......


okay lah ...tak pyh cerita panjang2... kita tgk gambar saje...Tuan rumah yang sangat peramah, walaupun baru pertama kali bertemu di alam nyata, tapi macam dah kenal lama...selalu melalui sms dan talipon aje...Saidah antara pengumpul pinggan mangkuk antik yang banyak juga menolong melengkapkan koleksi antik ku...


Posing kat dalam rumah Saidah yang penuh dgn almari antik dan pinggan mangkuk antik..

 
 Nampak tak piring VCR tu? Saidah hadiahkan saya 2 biji...seronok tak terkata!!!! bertambah lagi koleksi VCR ku...
Apa barang yg kami barter?  Saidah dapat teko bunga Padi, manakala saya dapat 4 biji mangkuk Sakura. Terimakasih Saidah di atas layanan yang sangat superb, minta maaf lah sebab anak-anak + anak sedara akak yang ramai telah meriuh-redahkan rumah Saidah....dan minta maaf sbb datang tangan kosong kerana tak plan pun nak singgah, dah sampai Perak baru teringat...nanti lain kali ya.....


Dalam perjalanan pulang kami singgah si R&R Tapah. Banyak sungguh kenderaan dan ramainya orang! Macam balik cuti Raya sahaja...sepanjang highway penuh...selepas solat, duduk2 sekejap sambil menunggu kekanda sekeluarga, tiba-tiba dalam ramai-ramai orang tu, terpandang seseorang....dalam hati kata ...eh..macam kenal aje...familiar sangat...dia pun memandangku tak lepas-lepas...terus bertanya.."Nannie ya?"... Ya Allah...! bertemu lagi di sini akhirnya! selalu lihat dan baca di blog beliau....pernah bertembung sekali di stadium Shah Alam tapi waktu nak cepat tak boleh berborak lama...
wahhh..rupanya beliau sekeluarga juga dlm perjalanan pulang ke SA, dari Perak hunting ....katanya penuh satu kereta hasil hunting...(nantikan apa yg keluar di blog beliau)...

Friday, December 11, 2009

Akhirnya, yang dinanti sudah tiba......!

Salam Jumaat, satu hari cuti tak buat apa-apa...pagi-pagi dah jemput kakak tukang urut datang rumah... seluruh badan rasa tegang...mungkin juga tension kerana 'date line' yang semakin hampir! Berdebar-debar rasa hati...tengahari selepas selesai berurut, terus tertidur...agaknya sebab sedap kena urut...lega sikit rasa urat-urat di badan.....

ok... ingat lagi n3 bertajuk " Menanti kehadiranmu..."? Yaa... Alhamdulillah akhirnya yang dinanti sudah selamat sampai ke rumah saya...terimakasih diucapkan kepada abang sayang dan anak2 bujang ku yang bersusah payah mengangkat dan membawanya ke sini....demi memenuhi hobi ummi tersayang! 


 Masih kosong...menunggu untuk diisi... sebelahnya dah penuh dengan set kangkung....

Malamnya Melur dari TeratakMelur datang untuk mengambil pinggan mangkuk Spode Woodland yg dikirimnya...Ada aje buah tangan dibawa bersama... sebiji pelita merah yg telah di lukis hasil lukisan dia sendiri (Melur ni berseni tau...cantik dia lukis) dan sebuah teko kangkung...bertambah lah lagi koleksi teko kangkung ku...






Tu dia...pelita pemberian Melur dan ada kawan....sebenarnya 2 pelita kiri kanan itu saya beli semasa saya hunting set peonies biru tu...kat kedai apeks tu adalah terselit 2 pelita ni, dah nampak buruk sangat...dah ada karat pun kat besi keliling tu... tapi itulah lagi nampak antik kan..?? color merah di kaca atas tu pun dah pudar dan nampak tak sekata.. (nanti nak mintak Melur lukiskan bunga..boleh tak Melur?)  itu murah aje...cakap dengan apek tu (apek muda tau..bukan apek tua...hehehe) pelita tu dah karat..kena kasi murah murah...last-last dia jual 2 biji tu tak sampai pun sekeping note merah...
ok...sekian dulu...jumpa lagi di lain n3...

Thursday, December 10, 2009

barang dari kampung...


Salam pagi Khamis semua... bila kemas semula pinggan mangkuk yang di bawa balik dari kampung, rupa-rupanya ada lagi beberapa barang yang belum diambil gambar  dan dibuat tayangan perdana...
ok..jom kita tengok apa lagi yang bonda kasi..???


Di antara piring2 kuih yang berenda-renda seperti dalam n3 terdahulu, terselitlah sebijik piring ni...sayangnya hanya ada satu sahaja...yang lain tu agaknya dah selamatlah....

.

 
Dapat sebijk juga gelas berbunga ini, rim emas di sekeliling bibir gelas itu masih cantik lagi.... cantik sungguh bunga digelas tersebut.. bukan bunga sebenarnya, tapi gambar daun dan buah grapes....... ada juga satu lagi mangkuk jernih berbunga merah kecil...
 
dapat satu piring berbunga biru seperti di bawah. Seingat saya ada 2 piring ni dahulu, tapi 1 dah pecah agaknya.
 
Piring di bawah ini pula pemberian seorang makcik dikampung
  
cop di belakang piring tersebut...
 

Wednesday, December 9, 2009

Kedai 2nd hand Benut

Alkisah setelah kecewa kerana semua kedai apekss tutup semasa balik kampung tempohari..tiba-tiba bonda membuka cerita mengenai kedai 2nd hand di Benut yang terkenal itu. Sebenarnya aku pernah terbaca dalam blog Casa'oma, Memori....Antique, suatu ketika dulu, tapi dah ingat-ingat lupa... 
Bonda membuka bicara, " Eh..Mak Nah kata ada satu kedai kat Benut yang jual barang 2nd hand..tapi kedai tu hanya buka tengah malam, tak bukak siang..." Saya pun apa lagi, terus lah tanya lagi, "Ada jual pinggan mangkuk lama tak?" Bonda jawab, "Entahlah...mak pun tak pernah pergi, mungkin adalah...mak teringin nak pergi.." 
Wahhh...bonda ni macam tau aje...bagi bola tanggung... saya pun ambik peluang lah... terus cakap kat bonda, "ok lah...jom kita pergi malam nih...!" hehehe...peluang dah terbuka depan mata...ada can lah nak ajak cik abang pergi...kemudian terus pergi cakap pada Cik abang... lebih kurang macam ni dialog nya...."Abang, mak cakap ada kedai jual barang 2nd hand kat Benut, tapi buka tengah malam aje... jom pergi..." 
Tau tak apa cakap cik abang..? dia kata, " Mak ke atau ummi (saya lah tu..) yang nak pergi? " sambil senyum-senyum (macam perli aje...!!) Saya pun dengan beriya-iya pun cakap, "Eh..betul lah..mak yang nak pergi... ummi pun ikut ajelah...jom lah bang...kesian mak tu (sebenarnya kesian kat aku tu! hehehe!) tak ada saper nak bawak dia pergi.."  Cik abang pun cakap sambil senyum menjeling, "okay..okay...nanti kita pergi..." Saya pun apalagi," Yahooo...tq bang...cayang abang..." (ni tambah aje ni..hehehe... hati berbunga riang....)
Jadinya, pukul 11 malam kami pun bertolak dari rumah bonda ke Benut, (sebenarnya lebih kurang 1/2 jam aje nak sampai ke sana..) sampai di sana kelihatan sederet kedai-kedai terang-benderang dan ramai orang...macam siang aje, tapi dah dekat tengah malam! rupanya banyak kedai, bukan satu saja! 
Kami pun rondalah dari satu kedai ke kedai yang lain... bonda melihat-lihat perabot..sedangkan saya apalagi... cari pinggan mangkuk lama lah...
jom layan gambar....

 
 
Jumpa macam tureen, tapi kenapa mangkuk bawahnya berlubang? Ish..ish..tanya abang kedai tu pun dia tak tahu utk apa... tapi sebab berkenan kat bunga di tutupnya..ambik juga, walaupun penuh habuk ... mau tebal 2-3 inci habuk kat semua pinggan mangkuk tu...

Bila dah balik, cuci bersih2 dengan klorox.. tadaaa....

 


 
Cuba lihat betul-betul, sweetttttt sangat bunga dia kan....pastel color ...lembut manis aje...
 
Akhirnya saya membuat kesimpulan, mungkin ini food warmer agaknya, lubang di bawah tu utk letak lilin bulat nak panaskan makanan...ala..mcm kat hotel2 tu kan nak makanan sentiasa panas, dia orang letak lilin kat bawah tu...agaknya laaaa... guess what? saya dapat ni dengan harga RM3 SAHAJA!!!!  Apalagi?


Piring hand painted Homestead, RM1

dan akhir sekali, ini yg membuatkan ku tersenyum sepanjang malam...
Kerusi antik 'R', Retro... berat kau kerusi ni, dari kayu jati burma...dapat sepasang...murah aje... 
ni tinggal kat kampung, sbb nak suruh tukang kayu/perabot solek bersihkan ia..
abang kedai tu cakap kerusi ni di bawa masuk dari Singapura.... wahhh bestnya... padanlah dengan almari antik retro yang saya ada kat rumah....!!!.

  Dan cik abang saya juga mendapat bahagian dia...kira tak sia-sialah dia sacrificekan waktu tidurnya nak bawa kami ke sini... cik abang ni mmg suka basikal..dia pun dapat basikal antik juga..
Hurm.. tak ada pulak gambar nak letak... 
Akhirnya kami pulang jam 2 pagi..!!! sampai kedai tu nak tutup...!!1.

Monday, December 7, 2009

Hisbiscus atau Morning Glory?

Hisbiscus atau Morning Glory?

N3 ini saja update N3 sebelumnya, iaitu set Bunga Raya @ Hisbiscus tu.....
Ada komen dari pembaca (nenek kebaya ~ tak ada link.... tidak kenal yg empunya diri)... beliau mengatakan bunga di cawan tersebut lebih mirip kepada Morning Glory, kerana tidak mempunyai sesungut panjang kuning seperti bunga raya yang biasa. Jadi saya buat sedikit homework...search dari internet... ini beberapa image yang saya dapat . 
Sebenarnya Bunga Raya @ Hisbiscus ni ada pelbagai species... ada yang mempunyai sesungut panjang mcm yang selalu kita tengok di Malaysia, ada yg sesungutnya pendek sahaja... 


Bunga Raya ini dikenali sebagai HISBISCUS SINOSYRIACUS
Species ini yang paling hampir dengan gambar bunga di set cawan dan teko tersebut, daun nya pun lebih kurang sama



Manakala Morning Glory pula kelopak bunganya bercantum (macam kaki itik tu) ... cuba lihat gambar di  bawah:


 Ini bunga Morning Glory ...

Jadinya... sila lah rakan2 blogger antik beri pendapat masing-masing... kalau saya salah tolong betulkan ya....


Saturday, December 5, 2009

Hisbiscus a.k.a. Bunga Raya

Hisbiscus @ Bunga Raya

Kali pertama melihat set ini di blog Yatt, hati sudah terpaut, bak cinta pandang pertama dengan corak Bunga Raya @ Hisbiscus ini. (Apatak jatuh cinta, sbb purple adalah warna kegemaran ku!)
Lama juga usha sana sini tapi tak berjaya mendapatkan nya... 
akhirnya beberapa minggu lepas melepaskan gian nak hunting, tapi hunting dekat aje ke car boot sale Stadium Shah Alam... hajat hati nak ambil barang yang dipesan dari En Din, bila tiba di tempat jualannya, mataku terus terpaku kepada cawan-cawan ini...yang memang sudah lama ku cari...wahhhhh!!! Set cawan bunga Raya!!! Memang rezekiku agaknya... sebab menurut kata En Din, sebelum aku sampai sudah ada customer yang berkenan, tapi tak jadi beli.... wahhh..mmg rezeki saya... 
Mari kita layannnn gambar......


 
 
Suatu hari terlihat di blog Teratak Melur, hasil selepas dia balik hunting... bila tengok teko tu terus lah calling talian hayat... Alhamdulillah dapat juga idaman hati, walaupun kalau perhatikan betul2 tutup teko tu bukanlah yang asli... tapi tak apalah...janji ada tutup kan...boleh lah juga...


 Update: sebenarnya teko di atas bukanlah 'ibu sebenar' cawan-cawan ini... kalau perhatikan betul2, daun di cawan berwarna hijau terang, tetapi daun di teko 'ibu tumpang' ni lebih berwarna hijau kusam gitu...


 
 
Ok..sekian dahulu buat malam ini...mata dah berat dah nih...
update: saya diberitahu oleh CMG bahawa ibu sebenarnya ada dlm simpanan Tasya... puas pujuk Tasya tapi dia tak mahu jual, nak buat koleksi peribadi katanya... tak palah... janji dapat jamu mata. So saya suruhlah si Tasya mms gambar teko bunga raya yang dia ada...mmg cun ...kelassss gitu...kalau lah saya dapat padankan dgn cawan2 ni...mmg (bak kata CMG) kembang hidung tak kempis-kempis!!!  maunya sengih macam kerang busuk sepanjang hari...hahaha..
ok..ni saya letakkan gambar teko tu...utk tatapan dan rujukan rakan sekelian...(pinjam gambar ya Tasya..)