klik klik klik

Monday, December 7, 2009

Hisbiscus atau Morning Glory?

Hisbiscus atau Morning Glory?

N3 ini saja update N3 sebelumnya, iaitu set Bunga Raya @ Hisbiscus tu.....
Ada komen dari pembaca (nenek kebaya ~ tak ada link.... tidak kenal yg empunya diri)... beliau mengatakan bunga di cawan tersebut lebih mirip kepada Morning Glory, kerana tidak mempunyai sesungut panjang kuning seperti bunga raya yang biasa. Jadi saya buat sedikit homework...search dari internet... ini beberapa image yang saya dapat . 
Sebenarnya Bunga Raya @ Hisbiscus ni ada pelbagai species... ada yang mempunyai sesungut panjang mcm yang selalu kita tengok di Malaysia, ada yg sesungutnya pendek sahaja... 


Bunga Raya ini dikenali sebagai HISBISCUS SINOSYRIACUS
Species ini yang paling hampir dengan gambar bunga di set cawan dan teko tersebut, daun nya pun lebih kurang sama



Manakala Morning Glory pula kelopak bunganya bercantum (macam kaki itik tu) ... cuba lihat gambar di  bawah:


 Ini bunga Morning Glory ...

Jadinya... sila lah rakan2 blogger antik beri pendapat masing-masing... kalau saya salah tolong betulkan ya....


4 comments:

  1. salam kak azzah..

    actually tak kisah nak letak nama apa pun..terpulang pada individu..hehe..

    tapi kalau tanya pendapat saya..set cawan tu actually lebih mirip pada bunga lily melihat pada stamen di tengah2 bunga tesebut..kan ada banyak stamen macam bunga lily..
    tapi seimbas mmg nampak cam bunga raya sebab petal, kalernya & juga daunnya..

    tapi ibu tumpang yg akak dpt tu memang bunga raya..bunga raya pun kann banyak speciesnya..tak semestinya stamen dia panjang pada kebiasaanya..

    tapi morning glory rasanya takde rupa kot..macam pic akak tempek tu..

    ReplyDelete
  2. Salam Yatt,
    Apa khabar anak? semoga kembali sihat... ye lah..bagi lah nama apa pun..terpulanglah pada individu kan... bukan ada mengurangkan apa pun kan... nak bagi nama hisbiscus ke, morning glory ke, lily ke... terpulanglah pada tuan punya ...

    Lily pun boleh juga...tapi akak perhatikan daun Lily panjang2, tak macam daun kat cawan tu....

    okay... Yatt ada apa yg baru nak kongsi pagi ni?

    ReplyDelete
  3. 9:38 am 10/12/09
    Nenek kebaya "Salam Azzah.. bila nenek tengok gambar bunga raya tu..memang betul lah cawan dan teko bunga raya..sorry lah zaman nenek tahu bunga raya jenis kampung"

    ReplyDelete
  4. Salam kembali nenek kebaya,

    boleh kenalkan diri ke? nenek kebaya ada blog tak? boleh letak link kat blog nih....
    mula2 Azzah pun tak sure bunga apa? Bunga Raya ke Morning Glory? tapi bila dah buat homework sikit baru pasti itu bunga raya....

    sebenarnya mcm Yatt cakap, tak kisahlah kita nak bagi nama apa kat pinggan mangkuk ni... bukan dia boleh bersuara menentang atau tak setuju pun..hehehe...kita punya pinggan ...suka hati kita lah nak bagi nama apa... ye tak...

    ReplyDelete