klik klik klik

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010 - TAHNIAH!

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Allah SWT di atas kejayaan anak ke-5, Wafa' dalam keputusan PMR 2010 yang baru diumumkan pagi tadi. 
Walaupun beliau agak sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang dijangka, namun boleh dikatakan masih baik. 
Wafa' mengambil 9 subjek kerana beliau berada di kelas KAA (Kelas Aliran Agama), tambahan 1 subjek Bahasa Arab. Itulah satu-satunya subjek beliau dapat B.  
Wbgmnpun saya bersyukur kerana keputusan yang lain masih cemerlang.  Setinggi-tinggi TAHNIAH ummi ucapkan buat wafa' .... kerana Wafa' sudah buktikan tanpa tuisyen pun Wafa' boleh mencapai keputusan yang cemerlang...
 
lihat gambar-gambar  di sini..

Friday, December 17, 2010

Five Roses

Jom jamu makan pecal buk......

 Kali pertama ambil gambar lupa letak tempe....

 ok...dah masuk tempe.... tempe salah satu makanan yang mesti ada jika makan pecal...

Thursday, December 9, 2010

Kekwa Merah

Kekwa Merah ku semakin beranak-pinak!
Ayam hutan masak kari, dihidang dalam mangkuk lama bunga kekwa merah
Sila perhatikan terdapat 2 teko yang berbeza bunganya kekwa nya...

Ibu di kampung tolong mencari pinggan makan mungkum kekwa merah
Masakan Italy dalam pinggan mangkuk lama dari China..

dannnn....sedang menunggu teko Aladin Kekwa Merah dari seseorang...huhu...
bilalah tu ya kita nak jumpa...???

Wednesday, December 8, 2010

TAKZIAH CIK MAT GEBU

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat CMG kerana kepulangan abang kandung beliau ke Rahmatullah pagi tadi.

CMG pun dah lamaaaaa sangat tak update blog PML beliau, tetapi sesiapa yang mengikuti blog masakan CMG , Dapur Tanpa Sempadan, akan mengetahui tentang berita ini...

Semoga ROH abang beliau ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh...
Amin.


Hiasan Rumah


“Untuk menghias rumah, tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja besar. Kadang-kadang, barang yang sedia ada jika diberi sentuhan kreatif juga mampu memberi kelainan.

“Saya juga jarang membuang barangan yang sudah tidak digunakan, sebaliknya menukarnya menjadi hiasan.

“Ternyata, pilihan itu tepat dan saya tidak perlu berhabis duit hanya untuk mengindahkan kediaman saya,” ujarnya yang gemar menghias barang biasa untuk kelihatan lebih ekslusif.

Keramahan pemilik rumah, Sulfia Indryati Zulkarnain Indra Putra, 50, menggamit kru Jurnal untuk terus meneliti idea perincian, hiasan serta kemasan yang dizahirkan di kediaman yang didiami sejak tahun 1995 ini.
baca lebih lanjut di sini.

Tuesday, December 7, 2010

Siput Sedut

Salam Maal Hijrah..hari cuti ni buat apa? ambil peluang cuti sekolah bersama anak-anak bercuti ke? kalau tak pergi bercuti mungkin anda sedang menghabiskan cuti ni di rumah bersama keluarga tercinta...sambil tu jom masak-masak...

anak sulong saya balik bercuti teringin nak makan seafood lah pulak...dah makan ketam, udang..kali ni beli siput sedut pulak...masak lemak cili padi sangat sedap...
suuuutttt...suuuutttttt...bunyi siput kena sedut...sebab tu nama nya siput sedut gamaknya...

Sila abaikan tepi mangkuk yang bersemoih tu..anak saya yang ambil gambar ni, tak dilapnya sebelum ambil gambar... nak ambil lagi sekali..semuaaa siput sedut dah habis kena makan! 
huhuhu..tak apalah...layannnn

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah buat semua pembaca Nostalgia Zaman Berzaman samada yang saya kenal atau tidak, pernah berjumpa atau tidak ...dan semua kaum keluarga sanak saudara sahabat handai ...

Penghujung tahun hijrah 1431 akan berakhir tidak lama lagi, dan buku amalan kita akan di tutup sehingga lah kita dibangkit semula di Hari Perhitungan di Padang Masyar nanti untuk dihisabkan. Manakala sebuah buku baru pula akan dibuka dengan bermulanya tahun baru hijrah 1432...Ibarat kain putih bersih, begitu juga buku amalan kita itu...semua helaiannya masih putih bersih belum terconteng apa-apa...

Sebelum ia ditutup dengan rasminya...saya juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon ampun maaf jika sepanjang saya berblogging ini, terdapat tutur kata, coretan-coretan dan nukilan hati yang menyinggung perasaan anda sekelian .... Maaf kan saya...sesungguh nya saya ini hanyalah hamba Allah yang kerdil yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan...

Apakah yang hendak kita isikan di dalam buku itu? Ibarat kita tidak suka melihat buku latihan kita diconteng-conteng oleh anak-anak kita, adik-adik kita yang masih kecil...begitu juga kita harapkan dengan buku amalan kita itu. Hendaknya apa yang dicatitkan adalah amalan yang baik-baik belaka...amalan-amalan baik yang diterima oleh Allah SWT sebagai ibadat yang kita lakukan HANYA untuk DIA ...dan semoga ia dipenuhi dengan amalan-amalan yang akan mendekatkan lagi diri kerdil kita ini kepada Allah SWT...
InsyaAllah.
 
Mari kita sama-sama membaca doa akhir tahun dan awal tahun 

Wednesday, December 1, 2010

Mee Bandung Odeon Batu Pahat

Teringin nak makan mee bandung, tiba-tiba terjumpa website yang jual bumbu (ni bahasa bibik ku...) atau rempah segera mee bandung "Odeon" dari Batu Pahat. 
Lepas tu tunjuk kepada En Hubby...diakan orang BP, terus dia terkenang zaman dia sekolah dulu...sekali-sekala balik dari sekolah dia akan singgah makan mee bandung ni...

 so apalagi...terus dia order online...beberapa hari tibalah pesanan tu. Hari tu juga terus masak... 

huishhh...memang sedaaappppp....

jemput...jemput makan.......

mee bandung dihidang dalam pinggan mungkum Victorian Roses

Sunday, November 28, 2010

Penghargaan

Dapat penghargaan dari blogger ini, CPLUD MIERA ...hurm...pelik sikit kan nama dia? tak apalah..itukan nama samaran blogger aja..Anyway akak ucapkan..terimakasih.

tapi kena jawab soalan juga!

Blog anda berkisar tentang ape yer?

Blog akak ni berkisar tentang hobi baru yang dah tak baru lagi... mengumpul pinggan mangkuk lama/antik

Kenape korg rajin singgah cini(maksud dia blog dia lah)?
Jalan-jalan di alam maya terjumpa blog dia...blogger ni juga suka memasak..ada resepi-resepi menarik boleh dikongsi bersama...

Harapan korg utk mase depan Plud's Corner
Teruskan berblogging ..agar dapat memperluaskan lagi rakan-rakan di alam maya

ok...dah ambil tag dan dah jawab semua soalan...

Thursday, November 4, 2010

Hydrangea

Bunga Hydrangea di taman rumah saya...
Saya suka bunga hydrangea..lalu mengabadikannya di jam ini dan kotak tisu... 
Tidak...bukan saya yang buatnya...saya tempah pada seseorang




Tuesday, November 2, 2010

Two Tone Roses

Salam semua...lamanya saya perap cawan dan teko ni... 
oklah..akhirnya dia kata..bilalah giliran dia nak di kongsikan bersama teman-teman maya dia...
tunggu piring ke, platter ke, tak kunjung tiba..tak palah...ini pun jadilah kan...
 Saya beli set cawan ni dari Nor, Sarawak...lama dah tak dengar khabar dari Nor? Apa Khabar Nor? mungkin dia sibuk sangat, maklumlah Nor ni pun ada restoran makan di sana...
tapi cawan ni sangat nipis dan ringan.....takut saya nak pakai...
 Bunganya yang besar, terang dan cantik memenuhi tepi cawan
 Cop mohor di montot nya..mmg cop lama kan?
Bunga di piring cawan juga besar dan terang... 
Tekonya saya dapat dari cik Tasha kita..gambar ni pun saya ambil dari blog dia (teko tu dah lama sampai ke tangan saya cuma entahlah...asyik lupa nak ambil gambarnya..)

Friday, October 29, 2010

Pejabat Pos Lama


Pada 9.10.10 yang lalu, setem siri baru dengan gambar Pejabat Pos Lama dikeluarkan...
memenuhi hobi anak ku yg suka collect setem..pergilah pejabat pos membeli sampul surat hari pertama dan setem siri tersebut...





Pejabat Pos Lama Layang-layang, Johor
Pejabat Pos Lama Kajang, Selangor
Sampul surat Hari pertama
Sampul surat Hari pertama

Wednesday, October 27, 2010

Gelas Coronation Souvenir Queen Elizabeth

Salam semua...hujung minggu yang sangat packed dan memenatkan... dari Shah Alam ke Alor Setar le Jitra ke Tunjang dan balik semula... marathon sungguh...di sepanjang perjalanan mmg nampak banyak kedai apeks..tapi apakah daya tak mampu nak singgah sebab banyak agenda lain. apalagi bawa ibuku bersama, mesti dia pun boring asyik2 nak singgah kedai apeks...hehehe.. pergi jalan-jalan rumah mak-mak sedara pun tak sempat nak skodeng lama-lama kat dapur diaorang...


Tapi semasa singgah di sebuah rumah mak sedara ni, dia hidangkan air dalam sebuah gelas ni... bila ku telek-telek rupa-rupanya gelas lama... apa lagi..mulakan bicara (pujuk rayu..! hehehe)
mula2 tanyalah mana Mak Ndak dapat gelas tu... Mak Ndak pun buka cerita.. masa dia mula-mula kerja tahun 1953 (lama tu...saya pun belum lahirlagi!) sempena majlis pertabalan Queen Elizabeth, semua kakitangan kerajaan (mak sedara saya ni dulu kerja cikgu) di mestikan membeli gelas ini (1 set ada 6 biji) sbg cederahati... gelas ini didatangkan khas dari England nun sana...


mula-mula segan juga nak mintak..tetiba cik abang ku (dgn selambanya! sokong juga dia hobi isteri tersayang nih!) cakap dgn mak Ndak..."Mak Ndak nak pakai lagi ke gelas ni? kalau tak mahu bagi aje saya!"  Sungguh tak kusangka! ... Mak Ndak cakap gelas tu tinggal 2 biji aje... kalau hendak ambil lah sebiji sbg kenangan ... 
Terimakasih Mak Ndak!

Saturday, October 23, 2010

Aladdin dari Jordan

Alhamdulillah, Kak Long telah selamat sampai pagi tadi...esok pula akan bertolak ke Alor Setar utk hantar Kak Long ke sana. Beliau akan menjalani latihan praktikal di Hospital SUltanah Bahiyah selama 3 minggu.  

Teringin nak jumpa bloggers sebelah utara, tapi masa yg singkat dan saya pula bawa mak hendak melawat adik-beradik di Kedah... hurm... tgk keadaan bgmn...
Kali ini Kak long membawa buah-tangan dari Petra, Jordan. Apakah Petra tu? hurm..pernah tengok cerita Indiana Jones and the Last Crusaders tak? dalam cerita tu kan ada adegan yg  kat tempat mcm istana dalam gunung batu tu... tempat tu sebenarnya di Petra  ni lah... (saya ada tulis mengenai pengembaraaan saya di Petra di sini)
 
Petra is declared as one of the new 7 wonders of the world.

Apa yang Kak Long bawa balik?

Nak tahu?  In dia...Lampu Aladdin dari tembaga (berat tau lampu ni)

berat tau teko ni...tapi bentuknya yang menggoda..






Wednesday, October 20, 2010

Saya nampak biru!

Mengapakah air laut kelihatan biru? Sedangkan kita tahu bahawa air tidak mempunyai warna? 
Siapa tahu boleh jawab? tapi tak ada hadiah tau... nak hadiah orderlah, tapi bayar sendiri ya...hehehe..
jangan mare...jom tengok piring biru ni...cantikkan...
Piring ni pemberian seorang tokey antik yang selalu jual di mudah.my...
lama dah saya tak dengar khabar berita dari dia...sibuk kot...
lagi satu sbb saya sendiri pun dah slow down  sikit (sikit ke?? hehehe)
ye lah..dah kena perli oleh anak-anak, "rumah dah jadi macam muzium pinggan mangkuk!" 

Saturday, October 16, 2010

High Class Little Forks

Salam malam Ahad... minggu ni barulah lega sikit tak ada jemputan apa-apa... jika tidak sejak minggu pertama bulan Syawal tempohari, tak henti-henti dapat undangan Open House, kenduri kahwin, sekarang ni sibuk undangan kenduri doa selamat bagi jemaah yang hendak menunaikan fardhu haji pula.

sedang kemas laci, terjumpalah pulak garfu-garfu kecil ini..sebenarnya dah ambil gambar sejak sebelum Hari Raya lagi..tapi tak sempat nak buat posting....semasa Hari Raya pun ada pakai juga, terutama semasa menjamu tetamu agar-agar .. (tapi tak sempat ambil gambar lah pulak..sebab sibuk melayan tetamu!)

 Memang nostalgia betul apabila pakai garfu comel ni..semasa kecil ibu pun ada juga, tapi lama-kelamaan hilang semuanya. Apa jadi tak tahulah..mungkin dah patah dan ibu dan buang..
 Dapat beli 3 set dari Din di Stadium Shah Alam semasa bulan Ramadhan tempohari...
teringat salah seorang blogger antik pun ada juga...dah lupa siapa pula..hurm..Aina ke?
 In reality, kotak ni mmg nampak lama sangat...
Bunga di pemegang garfu ...masih cantik berkilat...

Friday, October 15, 2010

Soto dalam pinggan mangkuk lama

Malam Selasa yang baru lepas, kumpulan usrah kami bertemu di rumah ku...dan memang aku tiada membuat "Open House" pada Hari Raya kali ini. Lalu aku jamu mereka dengan Soto Jawa. Dipanggil Soto Jawa sebab bibik ku yang memasaknya stail Jawa...biasa kita makan soto kuah supnya clear aje kan..tapi ini kuahnya berempah ..tidak tinggal bergedil yang tersangat enak...

dan sudah semestinya dalam pinggan mangkuk lama! tapi since pinggan nya (twin roses) tak cukup korum, lalu adalah satu dua pinggan dari bunga Victorian Roses.
Air pula di hidang dalam gelas retro berkaki yang mmg lama...
"Eerrrkkk ....Syukur Alhamdulillah, semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan rumah agar dapat menjamu kita lagi...hehehe"

Monday, October 11, 2010

Dah Pecah!

Chemppp!!!! Tengok apa jadi pada jam yang akak menang GA Chemp tempohari!!!!




Gara-gara anak bujang yang ke-5 yang sangat aktif dan kreatif....main panah-panah ...dipanahnya jam tu, dia ingat anak panah tu boleh melekat kat kaca tu, rupa-rupanya aim terlampau dekat, kuat sangat habis pecah!!! huhu..
Nak buat macamana ek?