klik klik klik

Wednesday, October 27, 2010

Gelas Coronation Souvenir Queen Elizabeth

Salam semua...hujung minggu yang sangat packed dan memenatkan... dari Shah Alam ke Alor Setar le Jitra ke Tunjang dan balik semula... marathon sungguh...di sepanjang perjalanan mmg nampak banyak kedai apeks..tapi apakah daya tak mampu nak singgah sebab banyak agenda lain. apalagi bawa ibuku bersama, mesti dia pun boring asyik2 nak singgah kedai apeks...hehehe.. pergi jalan-jalan rumah mak-mak sedara pun tak sempat nak skodeng lama-lama kat dapur diaorang...


Tapi semasa singgah di sebuah rumah mak sedara ni, dia hidangkan air dalam sebuah gelas ni... bila ku telek-telek rupa-rupanya gelas lama... apa lagi..mulakan bicara (pujuk rayu..! hehehe)
mula2 tanyalah mana Mak Ndak dapat gelas tu... Mak Ndak pun buka cerita.. masa dia mula-mula kerja tahun 1953 (lama tu...saya pun belum lahirlagi!) sempena majlis pertabalan Queen Elizabeth, semua kakitangan kerajaan (mak sedara saya ni dulu kerja cikgu) di mestikan membeli gelas ini (1 set ada 6 biji) sbg cederahati... gelas ini didatangkan khas dari England nun sana...


mula-mula segan juga nak mintak..tetiba cik abang ku (dgn selambanya! sokong juga dia hobi isteri tersayang nih!) cakap dgn mak Ndak..."Mak Ndak nak pakai lagi ke gelas ni? kalau tak mahu bagi aje saya!"  Sungguh tak kusangka! ... Mak Ndak cakap gelas tu tinggal 2 biji aje... kalau hendak ambil lah sebiji sbg kenangan ... 
Terimakasih Mak Ndak!

7 comments:

  1. Salam..wah ni kira dapat durian runtuh ni..syabas!susah dah nak dapat tu..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah....mmg antik gelas ni, siap ada tulis tahun lagi....tahniah kak!

    ReplyDelete
  3. congrate azah..memang klasik gelas tue..payah nak dpt tue..dpt satu pun dah banyak syukur...kalau nak bagi sya pun banyak lg rasa syukurnya...kah..kah..

    ReplyDelete
  4. Salam Azzah,

    Bukan gelas itu yang dikehendaki tapi apa yang diprint itu kan...

    Kakak ada key-chain perkahwinan Putera Charles & Puteri Diana siap dgn date sekali (29-07-1981). Ini keturunan mereka juga.

    ReplyDelete
  5. salam azzah,

    tudia, nostalgianya gelas nie..
    tak sangka noo zaman dulu2 lagi dah ada tinta2 kenangan pemimpin dan rakyat...La nie naper org da ta kisahkan???

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Azah,

    Gelas ni kalau dicampur tolak dah berusia 57 tahun lamanya, mak datuk...patutlah tinggal 2 biji je. Seronok dpt simpan brg2 lama mcm ni, dah boleh jd muzium mini..

    ReplyDelete
  7. 11:50 pm 27/10/10
    aina "salam kak azzah, dtg tengok gelas antik nii, england mari"

    ReplyDelete