klik klik klik

Sunday, January 31, 2010

Bunga Padi - Bhgn 1


Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
  
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Bunga Padi adalah antara corak bunga yang terawal saya dapat selepas set Bunga Kangkung...
n3 kali ini untuk berkongsi sesama rakan blogger...semua yang dipamer kan di sini  diperolehi dari pelbagai sumber...Angah Penang, Din stadium Shah Alam , k-rol mudah.my, Tasha Malaysian Antiques, Shas dan lain2 .. terimakasih kepada mereka semua...

 
 
 Set 1: Teko Aladin dan cawan mulut lebar@J
 Bunga di cawan dan piring hanya sekuntum... bunga sekuntum terdapat di 2 tempat piring
 
Set 2: Teko dan cawan bentuk A (ada 2 jenis cawan)
Type A1 - berbiku di pangkal cawan dan mempunyai 2 kuntum bunga,
rim silver
 
 Type A2 - berbiku di pangkal cawan dan mempunyai sekuntum bunga,
rim emas
Set 3 - Teko Mrs Pot dan anak2
Cawan ada sedikit montok juga...rim silver
 
 Bunga di cawan 2 kuntum, tapi bunga di piring sekuntum..
mungkin bukan suaminya yang sebenarnya!
 
bunga sekuntum terdapat di 3 tempat piring

 Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.

Puas sudah kutanam padi,
Nenas juga ditanam orang;
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang.

4 comments:

  1. Salam....

    Bestnyer dapat kolek set antik yg lengkap......

    ReplyDelete
  2. salam nur,

    set ni bukan lagi lengkap tapi byk2 lengkap. cantik, kan.

    ReplyDelete
  3. salam k azzah,
    Meriahnya padi..macam2 design..bestnyer kak ada koleksi padi ni banyak2..

    ReplyDelete
  4. salam kak azzah..
    syabas dapat mengumpul pelbagai bentuk cawan padi..lawaaaaa padi bila banyak2 gitu.. ;)

    ReplyDelete