Salam pagi Jumaat yang indah ini. Selepas sepetang hujan lebat semalam, dan saya pasti seluruh Lembah Klang hujan, bersambung hingga ke malam hujan renyai..pagi Jumaat yang mulia ini di mulai dengan perasaan yang sangat aman-damai dan rasa segar menghirup udara pagi yang sejuk ini...
Selepas beberapa hari angin 'M' melanda... baru kini hendak menjenguk blog ini..kesian sangat kulihat...rakan-rakan seperjuangan juga seakan-akan sepi...otai pinggan mangkuk antik juga lama tidak meng'update' blog masing-masing. Mungkin kerana kesibukan masing-masing dengan pekerjaan hakiki... dan saya..sebenarnya angin 'M' melanda kerana camera masih belum dibaiki (atau sepatutnya beli baru sahaja...??? $$$$ lagi! isk..isk..isk..). Oleh kerana itu 'M' hendak membongkar kotak2 dan juga hendak mengeluarkan cawan dan teko dari gobok lama itu hendak dibuat sesi penggambaran...kadang-kala cuba mengambil gambar dengan camera hp cap ayam itu...akhirnya delete semula kerana kualiti gambar yang sangat tidak memuaskan hati...
ok..hari ini ingin berkonsi cawan Blue Ivy yang sudah lama kubeli di AM, iaitu semasa majlis gathering yang dianjurkan oleh Yatt tahun lepas... mak datuk! lamanya kusimpan buat pekasam...godek-godek folder gambar ni terjumpa lah pulak..okaylah..untuk menghilangkan kesepian blog ini, di keluarkan lah juga gambar ini...
5 set cawan ML tu dibeli dari Bonnie, saing-saing dgn Shima semasa dia beli cawan hijau tu..Shima dah lama bat tayangan perdana, tapi saya lama peram cawan ni dalam gobok...sebab tak ada jumpa lagi ibunya...
tapi kemudian barter dengan Shas teko tu, walaupun tak sama bunga tapi sama species jugaklah...daun-daun gitu...bolehlah ngamkan...
sebenarnya saya sgt suka cawan ini, kerana saya suka semua yang color lembut-lembut dan pastel color sebegini...color yang lembut ini memberi ketenangan yang sungguh mendamaikan jiwa...hurm..jiwang lah pulak! hehehe...
Sebenarnya pernah ternampak teko yang sama bunga di blog Tasha (kalau tak silap...tapi terlambat lah pulak..) .. dan juga di blog saudara Taj...
okaylah..sehingga di sini dahulu..sehingga berjumpa lagi di lain entri....
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...
.