klik klik klik

Wednesday, July 28, 2010

Teko-teko Cinonet


Salam semua sahabat alam maya ... wahhh..meriah sungguh dunia bloggers antik sekarang..semakin ramai yang berminat dan menerjunkan diri dalam koleksi pinggan mangkuk antik ini ...bagus lah..semakin terpelihara warisan datuk nenek moyang ..dan semakin banyak blog-blog antik yang baru muncul...walaupun sebenarnya yang mengumpul pinggan mangkuk antik ini lebih ramai lagi di luar sana, walaupun mereka tidak berblogging.

 Kali ini menampilkan pertambahan dalam koleksi bunga kangkung yang evergreen ini.
 Yang paling saya suka semua dedalunya berwarna pink!!!

 Yang paling saya tidak sangka ialah mendapat teko mini di tengah itu...memang saya hargai sangat pemberian daripada seseorang itu..terimakasih ya...tochey..tochey..
.
Teko-teko mini yang lain ...
teko mini dgn gambar pemandangan gunung ganang , pemberian Chah Tganu...Chah selitkan sekali semasa saya membeli sesuatu darinya..

Teko mini two-roses Japan...(alamak..mmg saya lupa langsung saya beli ni dari siapa ek? ..pls help me...tolonglah penjual tersebut tampil mengingatkan saya semula!!!)
update: yeahhh..saya dah ingat semula dari beli teko mini two-roses Japan ni dari siapa...mungkin penjualnya juga terlampau sibuk dgn baby kan..tak sempat nak baca n3 saya ni, dan bz dengan kerja beliau...tak apalah..saya dah ingat semula...sebenarnya saya beli teko mini dari Saidah, Ipoh ..pemilik blog  MY LIFE..MY STORIES ...
Teko mini pink sakura...saya rasa ini dah ramai yg ada..dan tahu siapa penjualnya... sebab tokey tu kata dia dah jual berbelas-belas teko mini nih!!! huhu..Terimakasih Nannie...
 Teko mini twin roses pujaan ramai ini pula saya dapat dari mamaheritage...
 TQ mama...Apa khabar? lama saya tak dengar khabar dari mama...
(tapi masih bermimpikan si teko aladdin ..huhu..tolong Ezany...!!!! kalau ada kilang teko aladdin tertonggeng lagi..jangan lupa dakuuuu!!! huhu)
dan teko-teko mini kangkung bulat pelbagai saiz...

Monday, July 26, 2010

Oil and Vinegar

Oil and Vinegar 

Salam pagi Isnin semua, cute sungguhkan bekas Oil dan Vinegar ini...tapi kalau nak letak isi apa pun apa kesah kan... kadang2 saya letak air gula bila makan kuih lopez..atau letak santan pekat bila makan bubur pulut hitam... ..apa-apa pun boleeehhhhh...ye tak Mak Ngah? he he he..

Tuesday, July 20, 2010

Berita Gembira

Ini pula berita yang sangat gembira..yang dinanti-nanti sejak beberapa bulan lepas telah selamat tiba ke teratak saya. Terimakasih akak ucapkan kepada otai pinggan mangkuk antik, iaitu sis Yatt ..yang sanggup bersusah payah mengambilnya dari Hjh Mona di Rawang dan menghantarnya ke Shah Alam.

Apakah dia? biarlah gambar menjelaskan segalanya...

Hadiah tureen ehsan dari Datin Mona dari EnglishVintages, UK , sempena tureen contest yang di anjurkan oleh Yatt...cantikkkkkkk sangattttttt tureen ini.... ribuan..jutaan terimakasih saya ucapakan kepada penganjur tureen contest dan juga Datin Mona, UK ... bila dah berada di tangan sendiri, macam tak percaya tengok... mmg nampak cantik dan vintagey sangat...dan saiznya juga sangat besar .. dibandingkan dengan tureen lain yang saya saya..(ewahhh..mcm lah banyak sangat... padahal ada 2-3 ketul aje...!! )
Disebabkan tak ada lagi tempat nak letak dalam almari dan ruang rumah juga terhad, sangat limited... saya letak tureen ni di atas meja di ruang tamu ... bila buka pintu nak masuk rumah, akan nampak lah tureen ni TERSERGAM DUDUK di atas meja... hahaa.. nak pergi kerja pagi2 tengok...balik kerja pun masuk aje pintu rumah dah nampak tureen nih... macam orang meroyan pulak dah... anyway, Alhamdulillah ..syukur di atas rezeki yg dikurniakan oleh Allah SWT ini... rasanya kalau ada jual pun, saya tak akan mampu hendak membelinya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berita gembira lagi...saya juga merasa berbesar hati di atas kesudian Yatt dan keluarga bertandang ke teratak buruk saya yang serba kekurangan ini...Hari Ahad lepas, Yatt sekeluarga berkunjung ke rumah dgn membawa hadiah tureen tersebut, dapatlah kiranya Yatt dan keluarga makan tengahari di rumah saya...tapi yang seronoknya, terhibur hati melihat keletah hero-hero Yatt yang sedang membesar...mmg comel dan aktif sekali, mengingatkan saya kepada anak2 saya sendiri semasa mereka kecil...
Sikecil comel sudah bersiap sedia hendak memotong kek

Keluarga Merah!

Hiiii....geramnya tengok! rasa nak cubit-cubit pipi dia tu!
haa...sempat lagi tu posing kat grammaphone antik tu...
sempat bergambar sebelum Yatt dan keluarga meneruskan agenda mereka di Intekma Resort.
Terimakasih Yatt atas segalanya...Terimakasih kerana sudi datang ...

Monday, July 19, 2010

Words By Dalilah Tamrin @ Raden Galoh.wmv



















A Charity Project initiated by late Dalilah Tamrin, who was fighting a battle against metastatic cancer. The production is funded by her very generous personal friends, family and bloggers around the world. The words were originally penned by Dalilah herself, later edited and composed into a song and recorded in Dubai and then later mixed at Grooveworks Studio, KL. This song is about Dalilah's sacred hopes and solemn thoughts during her quiet moments with God. It is also a message dedicated to those who are being riddled by life's intricate challenges, trials and tribulations. May all of you be inspired by the words that came from the purest place in this amazing woman's heart. I hope that you shall remember her in your prayers.
Al-Fatihah ......

Berita Gembira & Berita Sedih

Salam malam Isnin semua sahabat alam maya...terlalu banyak perkara yang berlaku berturut-turut kebelakangan ini..ada berita gembira dan ada berita sedih...mana satu yang saya hendak ceritakan dahulu ya??

oklah..saya mulakan dengan berita sedih dahulu...petang tadi saya baharu saja pulang dari menziarahi Allayarhamah Dalilah Binti Tamrin @ Raden Galoh. Beliau seorang blogger yang lebih dikenali dengan nama Raden Galoh, seorang wanita yang sangat tabah dan cekal dalam menghadapi dan mengharungi dugaan hidup dimana beliau telah diuji dengan penyakit no 1 yang paling ditakuti oleh semua kaum Hawa...iaitu kanser payudara...sejak tahun 2007 saya selalu mengikuti blog Allayarhamah dan membaca mengenai ketabahan Allayarhamah melawan penyakit tersebut dengan tabah...tetapi berita yang saya terima pagi tadi sungguh menyedihkan...akhirnya dia pergi jua...namun saya redha dengan ketentuan Ilahi...hidup dan ajal maut semuanya kuasa Allah yang Maha Agung dan Maha Penyayang...dan saya baru sahaja mendapat tahu beberapa bulan lepas bahawa rupa-rupanya Allayarhamah ialah SIL seorang blogger deco juga iaitu Azlina...
masih terasa kehangatan dan keceriaan semasa kami mula2 bertemu di alam nyata dalam satu majlis perjumpaan "Makcik-Pakcik Bloggers" pada tahun lepas...
marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allayarhamah sentiasa dicucuri Rahmat dan Hidayah dan tenang di "sana" dan semoga Allah menempatkan roh Allayarhamah bersama orang-orang yang Solleh...Amin.

Raden Galoh dalam kenangan..(berdiri barisan tengah 3 dari kiri)

~ Al-Fatihah ~

Saturday, July 17, 2010

Stunning Blue Teapot



 Semalam saya berkunjung ke rumah seorang sahabat... terpikat dengan teko yang digunakan untuk menghidang minuman teh... 
terus minta izin nak ambil gambar...lalu berposing sakan lah teko biru ini...

 
 

Saturday, July 3, 2010

dari Jordan

Awal June lalu anak sulong saya balik bercuti dari Jordan... bila bukak bagasi yang dibawa balik... dikeluarkan sebuah kotak...terus dihulurkan kepadaku... 
Apa isi di dalamnya???
Ada 6 set cawan comel bersadur emas
Terimakasih Kak Long.... berpenat lelah membawanya naik kapalterbang

dan petang ini...saya baru dapat ini..sebenarnya dah lama mengidam..tapi tak tercapai dik poketku... tapi bila seseorang dapat mencarikan utk ku dgn harga yang sangat-sangat berbaloi..saya pun apa lagi... tak melepaskan peluang... Terimakasih daun keladi "N" ..
Hurmmm..lepas ni nak kena pi cari piring hitam lama lah pulak...nak tahu ..??? Gramophone ini masih lagi berfungsi dgn baiknya..siap ada suara lagik... ini mesti teringat zaman P. Ramlee dolu-dolu...
A Gramophone !!!