klik klik klik

Monday, July 19, 2010

Berita Gembira & Berita Sedih

Salam malam Isnin semua sahabat alam maya...terlalu banyak perkara yang berlaku berturut-turut kebelakangan ini..ada berita gembira dan ada berita sedih...mana satu yang saya hendak ceritakan dahulu ya??

oklah..saya mulakan dengan berita sedih dahulu...petang tadi saya baharu saja pulang dari menziarahi Allayarhamah Dalilah Binti Tamrin @ Raden Galoh. Beliau seorang blogger yang lebih dikenali dengan nama Raden Galoh, seorang wanita yang sangat tabah dan cekal dalam menghadapi dan mengharungi dugaan hidup dimana beliau telah diuji dengan penyakit no 1 yang paling ditakuti oleh semua kaum Hawa...iaitu kanser payudara...sejak tahun 2007 saya selalu mengikuti blog Allayarhamah dan membaca mengenai ketabahan Allayarhamah melawan penyakit tersebut dengan tabah...tetapi berita yang saya terima pagi tadi sungguh menyedihkan...akhirnya dia pergi jua...namun saya redha dengan ketentuan Ilahi...hidup dan ajal maut semuanya kuasa Allah yang Maha Agung dan Maha Penyayang...dan saya baru sahaja mendapat tahu beberapa bulan lepas bahawa rupa-rupanya Allayarhamah ialah SIL seorang blogger deco juga iaitu Azlina...
masih terasa kehangatan dan keceriaan semasa kami mula2 bertemu di alam nyata dalam satu majlis perjumpaan "Makcik-Pakcik Bloggers" pada tahun lepas...
marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allayarhamah sentiasa dicucuri Rahmat dan Hidayah dan tenang di "sana" dan semoga Allah menempatkan roh Allayarhamah bersama orang-orang yang Solleh...Amin.

Raden Galoh dalam kenangan..(berdiri barisan tengah 3 dari kiri)

~ Al-Fatihah ~

2 comments:

  1. 6:39 am 20/7/10
    norbie "Kak Azzah..takziah atas 'pemergian' kwn kak itu.. semuga dicucuri rahmat olehnya...tapi berita gembiranya apa kak?.."

    ReplyDelete
  2. salam kak azzah..
    salam takziah..saya pun silent readernya..moga Allah tenpatkan beliau di kalangan orang beriman..aminn..

    ReplyDelete