klik klik klik

Thursday, August 19, 2010

Jualan Amal

SUMBANGAN UNTUK WAKAF PEMBINAAN  & KELENGKAPAN SURAU KOMPLEK PENDIDIKAN HIRA', JERAM, KUALA SELANGOR
Salam semua sahabat alam maya...kali ini seperti tajuk yang tertera, saya ingin membuat sedikit jualan amal, demi untuk memenuh kan tabung kutipan derma untuk Surau sekolah anak saya seperti yang akan saya nyatakan di bawah. Di harap sangat sahabat semua dapat kiranya membantu.  
Semua hasil jualan akan saya sumbangkan kepada tabung berkenaan. Anggaplah anda membeli sambil menderma...bayangkan setiap sen yang anda belanjakan, akan sentiasa dilipat gandakan oleh Allah SWT selama mana surau berkenaan sentiasa digunakan untuk tujuan beribadah dan menuntut ilmu oleh anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz Qur'an Hira' dan Sek Menengah Islam Hira'.
"Bandingkan derma orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi 100 biji. Dan ingatlah Allah akan melipatkali gandakan pahala bagi setiap yang dikehendaki dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah:261
Alhamdulillah surau ini baharu siap dibina dengan kos sebanyak ~ RM1.7 JUTA. Setakat ini dengan hasil kutipan dari para ibu bapa dan juga alumni Hira' serta orang ramai, sebanyak ~ RM700, 000 telah pun berjaya dikutip dan dibayar kepada pihak kontraktor. Pihak sekolah dan Maahad Tahfiz masih lagi kekurangan sebanyak ~ RM1 JUTA lagi untuk dijelaskan kpd kontraktor.

Oleh itu, sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita rebut peluang ini utk melipat gandakan lagi amalan kita, disamping memenuhi hobi anda, insyaAllah ganjaran juga kita perolehi, dan kali ini semoga ganjarannya kekal abadi...InsyaAllah.


Update: Saya sertakan juga di sini no akaun BIMB JKPKD (Jawatankuasa Pembangunan dan Kutipan Derma) Hira' untuk sesiapa yang mahu menderma terus kepada pihak sekolah:
BIMB 120 100 100 19026
***************************
Piring kuih 6" bunga ros hitam cantik... piring dara baru dapat kedai apeks .. 
rim masih berkilat, belum pernah dipakai...
Harga: RM7 sekeping (ada 12 keping)

Piring kuih 6" dan 4" bunga lawang cantik... piring dara baru dapat kedai apeks .. 
rim masih berkilat, belum pernah dipakai...
Harga: piring 6": RM12 sekeping (ada 2 keping) - SOLD
Piring 4" : RM6 sekeping (ada 6 keping) - SOLD
Piring 4" : RM5 sekeping (ada 5 keping)
Set cawan Bunga Lawang (1 Cawan + 1 piring)
RM100.00 (6 set)
Set cawan kuning yang cun masih belum digunakan dari kedai apeks juga... 
RM70.00 (6 set)


Sudu kangkung - dedalu pink ... dari kedai apeks
RM5 satu (12 pcs)

~ MEMBELI LAH SAMBIL MENDERMA ~

No comments:

Post a Comment