klik klik klik

Friday, October 29, 2010

Pejabat Pos Lama


Pada 9.10.10 yang lalu, setem siri baru dengan gambar Pejabat Pos Lama dikeluarkan...
memenuhi hobi anak ku yg suka collect setem..pergilah pejabat pos membeli sampul surat hari pertama dan setem siri tersebut...





Pejabat Pos Lama Layang-layang, Johor
Pejabat Pos Lama Kajang, Selangor
Sampul surat Hari pertama
Sampul surat Hari pertama

Wednesday, October 27, 2010

Gelas Coronation Souvenir Queen Elizabeth

Salam semua...hujung minggu yang sangat packed dan memenatkan... dari Shah Alam ke Alor Setar le Jitra ke Tunjang dan balik semula... marathon sungguh...di sepanjang perjalanan mmg nampak banyak kedai apeks..tapi apakah daya tak mampu nak singgah sebab banyak agenda lain. apalagi bawa ibuku bersama, mesti dia pun boring asyik2 nak singgah kedai apeks...hehehe.. pergi jalan-jalan rumah mak-mak sedara pun tak sempat nak skodeng lama-lama kat dapur diaorang...


Tapi semasa singgah di sebuah rumah mak sedara ni, dia hidangkan air dalam sebuah gelas ni... bila ku telek-telek rupa-rupanya gelas lama... apa lagi..mulakan bicara (pujuk rayu..! hehehe)
mula2 tanyalah mana Mak Ndak dapat gelas tu... Mak Ndak pun buka cerita.. masa dia mula-mula kerja tahun 1953 (lama tu...saya pun belum lahirlagi!) sempena majlis pertabalan Queen Elizabeth, semua kakitangan kerajaan (mak sedara saya ni dulu kerja cikgu) di mestikan membeli gelas ini (1 set ada 6 biji) sbg cederahati... gelas ini didatangkan khas dari England nun sana...


mula-mula segan juga nak mintak..tetiba cik abang ku (dgn selambanya! sokong juga dia hobi isteri tersayang nih!) cakap dgn mak Ndak..."Mak Ndak nak pakai lagi ke gelas ni? kalau tak mahu bagi aje saya!"  Sungguh tak kusangka! ... Mak Ndak cakap gelas tu tinggal 2 biji aje... kalau hendak ambil lah sebiji sbg kenangan ... 
Terimakasih Mak Ndak!

Saturday, October 23, 2010

Aladdin dari Jordan

Alhamdulillah, Kak Long telah selamat sampai pagi tadi...esok pula akan bertolak ke Alor Setar utk hantar Kak Long ke sana. Beliau akan menjalani latihan praktikal di Hospital SUltanah Bahiyah selama 3 minggu.  

Teringin nak jumpa bloggers sebelah utara, tapi masa yg singkat dan saya pula bawa mak hendak melawat adik-beradik di Kedah... hurm... tgk keadaan bgmn...
Kali ini Kak long membawa buah-tangan dari Petra, Jordan. Apakah Petra tu? hurm..pernah tengok cerita Indiana Jones and the Last Crusaders tak? dalam cerita tu kan ada adegan yg  kat tempat mcm istana dalam gunung batu tu... tempat tu sebenarnya di Petra  ni lah... (saya ada tulis mengenai pengembaraaan saya di Petra di sini)
 
Petra is declared as one of the new 7 wonders of the world.

Apa yang Kak Long bawa balik?

Nak tahu?  In dia...Lampu Aladdin dari tembaga (berat tau lampu ni)

berat tau teko ni...tapi bentuknya yang menggoda..






Wednesday, October 20, 2010

Saya nampak biru!

Mengapakah air laut kelihatan biru? Sedangkan kita tahu bahawa air tidak mempunyai warna? 
Siapa tahu boleh jawab? tapi tak ada hadiah tau... nak hadiah orderlah, tapi bayar sendiri ya...hehehe..
jangan mare...jom tengok piring biru ni...cantikkan...
Piring ni pemberian seorang tokey antik yang selalu jual di mudah.my...
lama dah saya tak dengar khabar berita dari dia...sibuk kot...
lagi satu sbb saya sendiri pun dah slow down  sikit (sikit ke?? hehehe)
ye lah..dah kena perli oleh anak-anak, "rumah dah jadi macam muzium pinggan mangkuk!" 

Saturday, October 16, 2010

High Class Little Forks

Salam malam Ahad... minggu ni barulah lega sikit tak ada jemputan apa-apa... jika tidak sejak minggu pertama bulan Syawal tempohari, tak henti-henti dapat undangan Open House, kenduri kahwin, sekarang ni sibuk undangan kenduri doa selamat bagi jemaah yang hendak menunaikan fardhu haji pula.

sedang kemas laci, terjumpalah pulak garfu-garfu kecil ini..sebenarnya dah ambil gambar sejak sebelum Hari Raya lagi..tapi tak sempat nak buat posting....semasa Hari Raya pun ada pakai juga, terutama semasa menjamu tetamu agar-agar .. (tapi tak sempat ambil gambar lah pulak..sebab sibuk melayan tetamu!)

 Memang nostalgia betul apabila pakai garfu comel ni..semasa kecil ibu pun ada juga, tapi lama-kelamaan hilang semuanya. Apa jadi tak tahulah..mungkin dah patah dan ibu dan buang..
 Dapat beli 3 set dari Din di Stadium Shah Alam semasa bulan Ramadhan tempohari...
teringat salah seorang blogger antik pun ada juga...dah lupa siapa pula..hurm..Aina ke?
 In reality, kotak ni mmg nampak lama sangat...
Bunga di pemegang garfu ...masih cantik berkilat...

Friday, October 15, 2010

Soto dalam pinggan mangkuk lama

Malam Selasa yang baru lepas, kumpulan usrah kami bertemu di rumah ku...dan memang aku tiada membuat "Open House" pada Hari Raya kali ini. Lalu aku jamu mereka dengan Soto Jawa. Dipanggil Soto Jawa sebab bibik ku yang memasaknya stail Jawa...biasa kita makan soto kuah supnya clear aje kan..tapi ini kuahnya berempah ..tidak tinggal bergedil yang tersangat enak...

dan sudah semestinya dalam pinggan mangkuk lama! tapi since pinggan nya (twin roses) tak cukup korum, lalu adalah satu dua pinggan dari bunga Victorian Roses.
Air pula di hidang dalam gelas retro berkaki yang mmg lama...
"Eerrrkkk ....Syukur Alhamdulillah, semoga Allah murahkan lagi rezeki tuan rumah agar dapat menjamu kita lagi...hehehe"

Monday, October 11, 2010

Dah Pecah!

Chemppp!!!! Tengok apa jadi pada jam yang akak menang GA Chemp tempohari!!!!




Gara-gara anak bujang yang ke-5 yang sangat aktif dan kreatif....main panah-panah ...dipanahnya jam tu, dia ingat anak panah tu boleh melekat kat kaca tu, rupa-rupanya aim terlampau dekat, kuat sangat habis pecah!!! huhu..
Nak buat macamana ek?


Saturday, October 9, 2010

Twin Roses Mini Set

Salam petang Sabtu. Bila tgk balik rupanya dah hampir 5 hari tak update blog..huhu..semester sudah menghampiri ke penghujungnya , banyak kerja perlu dibereskan sebelum final exam bermula...
semua syllabus perlu dibereskan, pada masa yang sama saya tidak mahu hanya mengajar semata-mata hendak menghabiskan silabus sahaja, saya mahu anak-anak didik saya mendapat dan memahami ilmu yang diajar, agar dapat dibuat bekalan dikemudian hari...oleh itu terpaksa bertungkus lumus memberi kuliah dengan berkesan. Apatah lagi subjek yang saya ajar adalah subjek pengaturcaraan (programming) .... huhu....
Mudah-mudahan mereka akan dikurniakan oleh Allah hati yang tenang dan pemikiran yang lapang agar dapat menerima apa yang saya ajar dengan mudah...Amin..
oklah..balik ke tujuan asal menulis blog hari ni, hurmm...sekarang ni angin "M" melanda diri, tak kuasa nak angkut keluar set-set dari dalam almari (atau dalam kotak!) dan ambil gambar...lalu ku godek-godek folder dalam laptop ni..kot kot ada ambil yang belum lagi dibuat tayangan perdana..hehehe
okaylah,..jumpa gambar set mini Twin Roses ni...boleh buat tatapan rakan-rakan sekelian...
Teko mini Twin Roses tu dah pernah buat tayangan dulu...beli dari mama otai lah, siapa lagi kalau bukan Kak Pozi...4 set cawan mini (memang tersangat mini!) tu dapat dari Eija Tokey Pelita..eh..apa pulak tokey pelita jual cawan pulak !? ye laa...pi beli pelita terjumpa cawan ambik lah sekali kan..kan Eija...? lama tak dengar berita tokey ni ..apa khabar ya?

Ni lah rupanya cawan mini tu..mmg terrrsangat mini...ibaratnya macam ni, kalau ambil bola ping pong tu letak dalam cawan ni, sama elok nya..ngam aje..haaa..itulah saiz cawan ni...

Tuesday, October 5, 2010

Menjamu tetamu dalam pinggan mangkuk lama



Gambar kenangan semasa Hari Raya 2010, hidangan untuk tetamu  dalam pinggan mangkuk lama...

Menjamu x-students yg sudah bekerja dan berumah tangga..kira dah dapat cucu angkat lah tu...

Tetamu dari jauh ni...from Jubail, Arab Saudi. First time jumpa setelah beberapa lama menjadi teman blogger di alam maya, kuih-muih tu tak sempat nak letak dlm tempat kuih lama...tetamu datang bagi tau sekejap aje..
tetamu dekat rumah, jiran + kawan lama sejak belajar dulu..