klik klik klik

Saturday, December 31, 2011

Mug Sakura dengan tutup

Mug Sakura for sale

Sudah lama membeli mug sakura ini dari bro Shariff dari Batu Pahat... baru nak buat entri ...
mug ini memang cantik, porcelainnya sangat halus dan cantik berkilat...
 mug bertutup dengan motif bunga sakura .... terdapat gambar burung di dahannya
 



  cantik tersimpan dalam kotak beralaskan kain satin ...
siap dengan phamplet penerangan sekali...
 tapi saya nak letgo mug ini ...ada 2 pasang..
Harga:  RM70 sepasang lengkap dengan kotak
sesiapa yang berkenan sila ctc atau email saya
nurazzah8@yahoo.com
019-2671825

Monday, December 26, 2011

Bertemu rakan blogger @ FB lagi ..

Hari Sabtu yang lepas kami mendapat jemputan jiran yang mengajar di UKM kenduri kahwin anak nya di UKM.  

Tiba-tiba teringat Kak Gee @ Ruziyah Ahmad(FB)  yang ada order teko enamel yang daku beli di Jordan tempohari ...belum pos lagi sebab Kak Gee kata simpan dulu, mungkin dia akan datang ke Shah Alam bila ada masa..atau kami mungkin boleh jumpa di mana-mana. 

Lalu cepat-cepat saya telefon Kak Gee.  Alhamdulilah Kak Gee ada di rumah .. so, boleh kami singgah hantar teko tersebut, di samping hendak skodeng rumah Kak Gee yang teramat cantik dan kemas teratur sahaja ... memang patut terpilih dapat masuk suratkhabar/majalah ...
 Kak Gee pun dah lama tak update blog beliau ... My Little Persona.


 koleksi sweet roses
 WET ROSES idaman ramai

 koleksi evergreen ...apa lagi ...BUNGA KANGKUNG ... 
ini dalam stor yang tak serupa stor! punyalah bersih cantih kemas stor Kak Gee!!!
 koleksi England mari ..lupa pulak apa nama set ni ...
 Bersama Kak Gee, tuan rumah ...
 koleksi biru
  rupanya meja ni bawah tu kaki mesin lama di cat putih
  satu sudut di ruang tamu .... American Beauty

Bersawang...

Hurrmmmm.... dah bersawang rumah hamba ni...accchhhuuummmm! hah...sampai terbersin dek habuk ni! ambik sat vacuum tu, saya nak vacuum rumah ni....

....
..........
...............

Assalamu'alaikum semua...Apa khabar? 

hurmm...baru nampak muka kawan-kawan semua....dek terlindung oleh habuk ni tadi...
.

Sunday, November 13, 2011

SPM 2011

Esok Isnin 14hb November 2011 akan bermulah peperiksaan besar dalam sistem akademik sekolah menengah iaitu SIJIL PELAJARAN MALAYSIA atau lebih dikenali dengan SPM sahaja.
Tahun ini saya tiada anak yang akan menduduki peperiksaan ini, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Salamat Maju Jaya kepada semua calon-calon SPM dan mendoakan agar mereka, terutamanya anak2 saudara-mara, sahabat-handai dan rakan bloggers yang mungkin juga ada yang terdiri dari kalangan pelajar Tingkatan Lima ...nasihat auntie, bacalah doa penerang hati, mohonlah kepada Allah kerana sekarang tiada masa lagi bagi anda untuk membuat persiapan, sekarang hanyalah masa untuk anda membuktikan segala persiapan yang telah dilakukan selama ini...
SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN MENJAWAB SOALAN DAN MELAPANGKAN DADA DAN FIKIRAN DARI PERASAAN KUSUT, DAN DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN FIKIRAN YANG TERBUKA DAN LAPANG.SEMOGA ALLAH JUGA MELANCARKAN SEGALANYA.
AMEEN.

Thursday, September 29, 2011

Langkawi

Sekejap lagi saya akan bertolak dari hotel Bayview, terletak di Pekan Kuah, Langkawi ke airport... sudah 4 hari saya berkampung di sini . Bukan bercuti tetapi kerana urusan kerja... tapi sebelah petang selepas seminar sempat juga berjalan-jalan menjamu mata .... satu hari ke Idaman Suri yang sangat terkenal di Langkawi ini...
sudah jauh berbeza kedainya dari dahulu semasa saya berkunjung ke sini pada tahun 2004. .. sekarang sudah ada satu bangunan sendiri yang sangat besar...
jom layannnn...gambar2 nya... 
tapi saya tak beli satu apa pun...huhu...macam saya cakap tadi... jamu mata aje...

 dengan member-member
 deretan penggan mangkuk
 tureen
 periuk kuali etc
 set-set yang kelihatan mewah
 lagi teko aladin
 lagi teko2...

selepas ini saya tak dapat tangkap gambar lagi...rupa2 ada signage yang tulis 
"di larang mengambil gambar di sini!".


Thursday, September 22, 2011

Kenangan di Turki

 Assalamu'alaikum samua...lamaaaaaa nya saya tak update blog! sebelum Ramadhan..sepanjang bulan Ramadhan setiap saat sentiasa dipenuhi aktiviti dan perkara yang penting hendak dibuat... aptah lagi dibulan Rmadhan, sepanjang malam memang sebelum iftar sehingga lah sahur,,,waktu sentiasa penuh terisi...
Masuk Syawal juga dipenuhi dengan undangan kenduri kahwin dan open house Raya sana-sini...
ni baru lah dapat menjenguk blog antik ini...mari kita refresh semula kunjungan saya ke Turki tempohari...
semasa menjelajah Grand Bazaar ...terjumpalah lorong yang dinamakan "Antique Market" ...OLD Bazaar...
tapi tak ada beli apa pun ..jamu mata saja... jom...
  bergambar sebelum memasuki entrance Antique Market..
Cuba lihat bahagian atas syiling tu... dipenuhi dgn jubin2 berwarna-warni sangat cantik
 Bhgn lampu2 antik Turki ... sangat cantik
 Lampu Turki dari dekat...cantikkan... saya ada beli satu lampu ini sebagai kenangan ke Turki
 sesiapa saja ke Turki pasti tertarik dengan pinggan mangkuk berwarna-warni lukisan tangan ini... setiap mangkuk itu sangat unik..tiada yang sama...
 lagi bahagian pinggan mangkuk
 mug-mug Turki
 Snow Balls ...

 Kenangan bersama pinggan mangkuk TUrki .. tapi tak beli pun.. cukup lah kenangan dalam gambar sahaja...
 teko Aladin
teko Aladin

Monday, August 15, 2011

Periuk warna warni di Turki


Sambungan dari entri semalam.... selain daripada pelita antik, saya ada juga terjumpa kedai-kedai yang menjual peralatan rumah termasuklah periuk2 yang berwarna-warni ..sangat cantik...saya suka periuk kaler purple itu tetapi apa kan daya... bila memikirkan bgmn hendak membawa pulang menaiki flight...baggage saya juga sudah penuh... lalu saya hanya ambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan...
 Seorang wanita Turki sedang memilih periuk yang berkenan di hati...
Periuk berwana-warna berbunga-bunga

 manakala ini pula periuk berwarna warni tapi polos...
pilihan pelbagai warna...pilih mana yang berkenan ... bayar sendiri dan bawa pulang sendiri! hehehe...

Sunday, August 14, 2011

Pelita antik di Turki

Salam 14 Ramadhan..tak sedar sudah hampir separuh bulan Ramadhan berlalu...
buat teman-teman sekelain, harap maaf sekarang saya sudah tidak dapat update blog sekerap dahulu... kekangan masa dan kesibukan kerja dan rumah tangga..hurmm..macam lah orang lain tak sibuk kan...! hehehe...
oklah..kali ni saya nak kongsi sesuatu semasa percutian saya ke Turki tempohari...

Berdekatan hotel saya tinggal, terdapat sebuah cafe' ..semasa lalu lalang ditepi cafe tersebut setiap hari, saya perasan sesuautu di atas meja-mejanya. Di atas setiap meja terdapat sebuah pelita antik berwarna merah..diisi pula dengan minyak tanah (org Malaysia panggil minyak tanah...lah) ..

sama spt pelita antik di rumah saya..dan juga kebanyakan collectors pelita...

Monday, August 8, 2011

Teko Enamel

Teko-teko Enamel dari Romania, Bought in Jordan

Semasa saya ke Jordan pada bulan June tempohari untuk menghadiri konvokesyen anak sulong saya, ambil peluang untuk jalan-jalan ke balad (bandar) Irbid. Sambil jalan-jalan mata tu melilau juga tengok jika ada kedai pinggan mangkuk kat situ...yang bestnya kat situ..setiap lorong tu dikhaskan untuk jualan sesuatu barangan sahaja..jadi senang nak cari barang... contohnya, jika lorong tu jual jubah...maka seluruh lorong tu jual jubah. jika jual rempah-ratus...semua kedai jual rempah ratus...jika jual pinggan mangkuk, banyak kedai jual pinggan mangkuk... 
Al-kesahnya....terjumpalah satu kedai ni...jeling kiri, jeling kanan, jeling rak atas, jeling rak bawah..pergi belakang lagi..huiiii mak! nampak lah deretan teko-teko enamel pelbagai saiz dan warna!!!! WOW.... ini dah cukup baik ni...suruh anak saya tanya, teko ni dari mana? China ke? towkey kedai pun tunjuk 2 jenis teko enamel ni...ada yang buatan China dan lagi satu dari Romania... buatan China lebih ringan manakala buatan Romania kualiti lagi baik dan tebal dan berat...
maka belilah serba satu ...
 buat tayangan perdana selepas balik dari shopping, saya dah tunjuk gambar ni di FB semasa saya berada di sana..nak share dgn kawan-kawan. So, ada yg dah order dan saya pergi kali ke-2 ke kedai tersebut untuk membeli lagi...suka Pak Arab tu..sebab saya borong banyak teko2 dia...
 diantara yang dibeli
 cerek air...cantik kan...! dah selamat jadi milik seseorang rakan PML juga... nantikan dia buat tayangan perdana di blog dia...
 cantik...warna merah...juga dah selamat jadi milik orang
 Ini juga dah jadi milik orang lain...
 dah ada yang booking...ni terpaksa kirim bersama barang2 anak2 saya kerana luggage saya dah penuh dan berat...
 Biru juga cantik...!
Alhamdulillah..saya juga rasa terhibur kerana dapat berkongsi kegembiraan dengan rakan2 PML yang lain... dapat merasa teko enamel dari Romania..dibeli di Jordan...! jauhhhh tuuu..!


Thursday, August 4, 2011

Kak Lela, Jalan Kebun Shah Alam

Hobi PML membuatkan daku mendapat ramai kawan baru...rupa2 nya masih ramai peminat2 barang2 lama dan antik ini ya...tak sangka pula... seperti rumah Lela di Jalan Kebun ni.. penuh dengan barang lama dan antik... 
berada di rumah Lela membuatkan kita mengimbau kenangan lama yang mengusik jiwa...huhu ..jiwang lah pulak...
anyway bulan pose ni tak larat nak tulis pajang2..mari kita jamu mata apa yang ada di rumah Lela ni...
rasanya sudah ramai rakan PML kita ni dah pergi ke rumah Lela, dan rumah dia ni pun pernah masuk majalan dekor suatu masa dulu... hebat hebat...
 Di antara koleksi2 PML dan almari lama yang terdapat di rumah Lela

 almari lauk yang cun...
lagi almari lama...
 suasana di rumah Lela
 koleksi pelita dan tempayan lama
huhu..ini adalah antara barang idaman saya..radio lama ... 
payung tu pun payung lama jugak ..teringat kecik2 dulu pakai payung kertas mcm tu.. 
kalau tersangkut kat mana2 mesti terkoyak..hehehe

ok..jom kita jalan-jalan di luar rumah pula...
 pergola di tepi rumah...lihat bumbung atas tingkap tu...
 penyapu lidi jadi hiasan... sangat kreatif..
 ada pulak model cilik ini dengan payung antik jepun... huhu...
 Ini yang paling saya suka... basikal antik ...macam bapak/atuk saya bawa masa dahulu...
 Ada lagi basikal lama kat dalam rumah..ini sedang dlm proses pemulihan.. 
(masa saya visit ni lah..mungkin sekarang dah siap..)
 lagi model cilik...
sebuah lagi wakaf yang terdapat di perkarangan rumah Lela...

itu sahajalah gambar2 yang berjaya di snap oleh camera hp saya yg sudah uzur ini..... sebenarnya kalau datang sendiri tengok dan berada dalam suasana aman damai tenang dalam kawasan kampung seperti rumah Lela ini ..sangat lah mendamaikan jiwa yang berserabut...hehehe petang2 minum teh bawah wakaf sambil dihembus tiupan bayu sepoi-sepoi bahasa...boleh tertidur bawah wakaf tu...

oppsss..tertinggal pulak ..mana gambar tuan punya rumah?
hehehe..ini dia..tuan rumah yang sangat baik dan peramah...