klik klik klik

Monday, August 8, 2011

Teko Enamel

Teko-teko Enamel dari Romania, Bought in Jordan

Semasa saya ke Jordan pada bulan June tempohari untuk menghadiri konvokesyen anak sulong saya, ambil peluang untuk jalan-jalan ke balad (bandar) Irbid. Sambil jalan-jalan mata tu melilau juga tengok jika ada kedai pinggan mangkuk kat situ...yang bestnya kat situ..setiap lorong tu dikhaskan untuk jualan sesuatu barangan sahaja..jadi senang nak cari barang... contohnya, jika lorong tu jual jubah...maka seluruh lorong tu jual jubah. jika jual rempah-ratus...semua kedai jual rempah ratus...jika jual pinggan mangkuk, banyak kedai jual pinggan mangkuk... 
Al-kesahnya....terjumpalah satu kedai ni...jeling kiri, jeling kanan, jeling rak atas, jeling rak bawah..pergi belakang lagi..huiiii mak! nampak lah deretan teko-teko enamel pelbagai saiz dan warna!!!! WOW.... ini dah cukup baik ni...suruh anak saya tanya, teko ni dari mana? China ke? towkey kedai pun tunjuk 2 jenis teko enamel ni...ada yang buatan China dan lagi satu dari Romania... buatan China lebih ringan manakala buatan Romania kualiti lagi baik dan tebal dan berat...
maka belilah serba satu ...
 buat tayangan perdana selepas balik dari shopping, saya dah tunjuk gambar ni di FB semasa saya berada di sana..nak share dgn kawan-kawan. So, ada yg dah order dan saya pergi kali ke-2 ke kedai tersebut untuk membeli lagi...suka Pak Arab tu..sebab saya borong banyak teko2 dia...
 diantara yang dibeli
 cerek air...cantik kan...! dah selamat jadi milik seseorang rakan PML juga... nantikan dia buat tayangan perdana di blog dia...
 cantik...warna merah...juga dah selamat jadi milik orang
 Ini juga dah jadi milik orang lain...
 dah ada yang booking...ni terpaksa kirim bersama barang2 anak2 saya kerana luggage saya dah penuh dan berat...
 Biru juga cantik...!
Alhamdulillah..saya juga rasa terhibur kerana dapat berkongsi kegembiraan dengan rakan2 PML yang lain... dapat merasa teko enamel dari Romania..dibeli di Jordan...! jauhhhh tuuu..!


No comments:

Post a Comment