klik klik klik

Monday, June 27, 2011

Konvo Kak Long

Alhamdulillah..akhirnya anak sulung ku berjaya tamat dalam perjalanan menuntut ilmu sebagai seorang doktor..semoga Kak Long akan menjadi seorang doktor muslim yang sejati,

 Ummi bersama Kak Long

bersama-sama rakan satu batch dari Malaysia ...semuanya bakal mewarnai hospital-hospital di Malaysia

Monday, June 20, 2011

EG PML 2011


TEMA: CAWAN

KONSEP:  MADE IN CHINA
 LAIN-LAIN : TERPULANG KEPADA PASANGAN MASING-MASING

TEMPOH MASA : SEHINGGA 2 JUN 2011  di lanjutkan sehingga akhir Jun 2011

Alhamdulillah EG PML 2011 telah selamat di jalankan...seramai 19 orang (20 bilangan peserta sebenar) telah mengambil bahagian dalam EG ini. JUTAAN  TERIMAKASIH saya ucapkan kepada semua yang menyertainya. Bagi yang lain yang tidak berpeluang menyertainya...InsyaAllah jika diizinkan di masa akan datang boleh dianjurkan lagi...


Mari kita lihat apa yang rakan-rakan kita dapat sebagai EG (Exchange Gift - Pertukaran Hadiah) ... cuma ada beberapa orang perserta masih belum lagi dapat menyerahkan hadiah masing-masing kerana kesibukan tugas masing-masing.  Tak apa ...kita beri peluang kpd mereka..InsyaAllah nanti kemudian saya akan update lagi entri


Ok.....


1) MrsNor  beri hadiah kepada  Wann-Lemari cantique (done)
2 set cawan oleh MrsNor kepada Wann-LC...cantikkan...

2) Azzah8 beri hadiah kepada  Kak Aton (done)
 
2 set cawan bermotifkan sejambak bunga ros seperti ros liar..
Pink yang sangat lembut warnanya...ini Jepun mari....
(sorry lari sikit dari tema EG, tapi partner suka...on saja lah kan...)
Kak Aton dah buat entry pun di blog Kak Aton mengenai pemberian hadiah EG ini...boleh baca di sini.

3) Ellyna beri hadiah kepada Azzah8 (done)

 Saya pula mendapat hadiah EG dari Ellyna dari Ipoh, Perak...
memang terkejut sangat semasa terima parcel ni...tak sangka akan menerima bukan 1 set atau 2 set, tetapi 6 set cawan + 1 xtra cawan sekali gus!!!!!!Terimakasih Ell......(lain kali boleh jadi partner Ell lagi)

4) Taj - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Kak Azah KK
-update: 4hb Ogos 2011
Alhamdulillah. akhirnya Kak Azah KK telah selamat menerima hadiah EG daripada otai yang tidak asing lagi di dunia PML..siapa lagi jika bukan otai Taj..!!!
Nak tahu apa yang Kak Azah KK dapat? huhu...nak cakap kat sini..saya pun jeles jugak! hahaha..sebab bukan saja Kak Azah dapt "sepasang" cawan...tetapi lebih dari 1 set cawan! Ha...ambik kau!! ...memang bertuah sesiapa yang dapat jadi partner Taj ni...rezeki Kak Azah ...
ok..mari kita lihat EG dari Taj kepada Kak Azah..
 1 set cawan dan teko dari Japan... ada cerita di sebalik set ini.. nak tahu?
gi baca sendiri lah kat blog Kak Azah ..hehehe
 ada lagi? ...5 roses idaman ramai....
lagi? hurm..tak tau bunga apa? kena tanya Taj ni...tapi ada motif rama2 kat bunga tu...

5) Pak Lang - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Jariah Daud (done)

 
6) Saidah Samadi - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada  Nita  (done)
 Sepasang cawan bentuk A Sakura yang sangat cantik....
7) Kak Aton (blogger) beri hadiah kepada Cikgu CT - Meru (done)


8) Rina Casarina (Blogger&FBian)   beri hadiah kepada MrsNor (done)


Mengikut cerita MrsNor .. hadiah EG yang RIna pos telah tersilap hantar oleh Pejabat Post..jauh berjalan ... dari Melaka ke Parit buntar, patah balik ke Melaka dan akhirnya baru lah sampai ke Kota Bahru.
Nak tengok apa dia? Ni lah dia..piring dan mug bunga Lalang yang cun....

9) Cikgu CT - Meru (Blogger&FBian)  beri hadiah kepada  Ellyna(FBian)

10) Rusni Mustapha - (Fbian)  beri hadiah kepada Saidah Samadi(done)

11) Jariah Daud  beri hadiah kepada Nyna
Wahhh..nampak cantik dan lembut bunga biru di cawan pemberian Kak Jariah kepada Nyna kan....
Nyna siap dah bancuh kopi dan minum guna cawan tu! Tahniah...Nyna@Bini Antik...

12) Ami@Hidawati (blogger)  beri hadiah kepada Yatt Precious (done)
 Ini pula hadiah dari Hidawati Chenta Antiq atau lebih dikenali sebagai Idamin kepada Yatt. Walaupu dah lari dari tema Made In China..tapi asalkan partner puas hati dan setuju ..ok jek....apataknya kan Idamin? Otai Yatt kita ni cakaplah apa saja cawan bunga apa pun semua dia dah ada...huhu...

13) CikJahFLowers (blogger & FBians)  beri hadiah kepada  Mr Tan Yee Chuan (FBian) done
Ini pula hadiah yang Mr Tan terima dari CikJah FLowers.... sepasang cawan Bunga Kangkung ...cantik berkilat-kilat lagik...

14) Wann-Lemari cantique beri hadiah kepada   Pak Lang (done)
 
15) Mr Tan Yee Chuan (FBian)  beri hadiah kepada Rusni Mustapha - (Fbian)done

16) Yatt Precious beri hadiah kepada CikJahFLowers (done)
 4 Cawan bujang yang sama bunga dgn teko kotak CikJah, bukan itu sahaja....gambar sebelah kanan pula menunjukkan set2 cawan tambahan yang CikJah dapat dari Yatt .. Apo nak dikato? sudah rezeki terpijak CikJah...hehehe...(klik sini utk n3 di blog Yatt)

17) Nyna - Bini Antik beri hadiah kepada Taj -
 
18) Nita beri hadiah kepada Ami@Hidawati (done)
 
19) Kak Azah KK beri hadiah kepada Rina Casarina done
 Wahhhh...ini bak kata Cik Mat Gebu..."dah derhaka ni!" hehehe..bukan apa ...mmg lari terus dari Tema yang ditetapkan ... tapi konsep masih sama iaitu Made in China...tapi seperti yang saya cakapkan kat atas tadi..semuanya terpulang kepada pasangan masing-masing..jika sesama partner setuju dan puas hati serta tak kisah... apa saja boleh..asalkan PML!!! 

TAHNIAH SEMUA PESERTA EG PML 2011!!!! Akhirnya semoga objektif tercapai iaitu EG ini hanya lah untuk mengeratkan lagi persahabatan dan ikatan silaturaahim sesama ahli PML ....
Saya ingin mengambil kesempatan ini meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang penganjuran EG PML 2011 ini terdapat salah dan silap dari segi perlakuan dan perkataan atau tutur kata yang menyinggung perasaan peserta semua...sesungguhnya semua salah dan silap itu adalah dari diri saya sendiri.

SEKIAN...SEHINGGA BERJUMPA LAGI DI EG BERIKUTNYA....
!!!

Wednesday, June 15, 2011

Exchange Gift (EG) PML 2011

(ini adalah 'sticky post' untuk membaca entri baru sila scroll ke bawah)
Assalamu'alaikum wrt semua rakan bloggers PML....

EG yang lepas partner saya adalah Kat Aton, manakala saya akan terima EG dari MrsNor...
begi yang belum pernah menyertai EG ini... seronok tau...kita excited sangat nak tahu siapa partner kita, tak tertunggu-tunggu apa barang yang akan kita dapat...selain itu dapat mengeratkan hubungan antara sesama collectors PML ini..dari alam maya ke alam nyata...
oppsss! Ada yang bertanya kepada saya apa itu EG? ok ..maksud EG adalah Exchange Gift . Bertukar-tukar hadiah gitu dengan tujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara collectors PML..jadi hadiahnya juga sudah semestinya PML..tapi jangan risau...akak telah berbincang dan otai Taj telah mencadangkan tema dan konsep yang InsyaAllah diharap tidak membebabnkan semua peserta.. akak akan bagi senarai terakhir esok.....
Jika anda berminat sila tinggalkan komen di entri ini...
Yang sudah bagi nama nak join so far ada lah seperti berikut:
update: sejak blogspot under maintenance hari tu, habis banyak komen-komen yang hilang..maaf ya sesiapa yang "terhilang" komen dan nama-nama kamu dari senarai  tu..bukan akak sengaja buang,..padahal dah update tapi tetiba dia hilang.... ok ni akak update semula..baru dapat masuk dan ada masa nak update...semalam seharian bertemu dan berkenalan dengan collector PML ...nnti saya cerita dalam entri yang lain...sekarang ni nak update senarai sesiapa yang nak masuk EG ni.... 

(UPDATE: 6th June 2011)
Salam semua ahli2 EG PML 2011
Just nak remind bahawa tujuan EG hanya lah for fun dan sebenarnya untuk MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM antara ahli ...bukan untuk memecah-belahkan lagi pertalian persahabatan antara kita...
Diharap dapat bersangka-baik and ikhlas dalam pemberian hadiah masing-masing! Jangan lah mengungkit2 pemberian kita lebih baik dari apa yang kita dapat, anggaplah semua ini rezeki dari Allah SWT, jika rezeki kita lebih dapat lebih, jika tidak ..terimalah dengan ikhlas...dan mereka yang memberi hadiah pula, jangan lah beri hadiah yang diri kita sendiri tak mahu dan tak suka dan nak buang. Bayangkan kalau diri kita sendiri mendapat barang yang kita tak suka...bagaimana?? Berilah yang terbaik dari kita, orang akan kenang kita selama-lamanya..


Terdapat sedikit perubahan...since ada ahli yang tidak dapat memberikan komitmen, maka dengan paksa-rela nama telah digugurkan dari EG ini. 
(sila tinggalkan komen di blog atau FB samada anda telah menerima atau belum hadiah dari pasangan anda) 



TEMA: CAWAN (BUKAN teko/pelita/English Decor/dll  !! 
Bilangan? Terpulang kpd anda...nak beri 1 set ke, 2 set ke, 3 set ke..10 set ke! hehehe!)

KONSEP:  MADE IN CHINA
 LAIN-LAIN : TERPULANG KEPADA PASANGAN MASING-MASING

TEMPOH MASA : SEHINGGA 2 JUN 2011 
(untuk berkenalan dan mengenali pasangan masing-masing, menghantar hadiah samada by hand atau by post):
1) MrsNor  beri hadiah kepada  Wann-Lemari cantique
2) Azzah8 beri hadiah kepada SerieMie Danudin Kak Aton
3) Ellyna beri hadiah kepada Azzah8 (done)
4) Taj - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Kak Azah KK
5) SerieMie Danudin - (collector baru ni) beri hadiah kepada Kak Aton
6) Pak Lang - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada Jariah Daud
7) Saidah Samadi - (Blogger&FBian) beri hadiah kepada  Nita  (done)
8) Kak Aton (blogger) beri hadiah kepada Cikgu CT - Meru (done)
9) Rina Casarina (Blogger&FBian)   beri hadiah kepada MrsNor 
10) Cikgu CT - Meru (Blogger&FBian)  beri hadiah kepada  Ellyna(FBian)
11) Rusni Mustapha - (Fbian)  beri hadiah kepada Saidah Samadi(done)
12) Jariah Daud  beri hadiah kepada Nyna
13) Ami@Hidawati (blogger)  beri hadiah kepada Yatt Precious
14) CikJahFLowers (blogger & FBians)  beri hadiah kepada  Mr Tan Yee Chuan (FBian) done
15) Wann-Lemari cantique beri hadiah kepada   Pak Lang
16) Mr Tan Yee Chuan (FBian)  beri hadiah kepada Rusni Mustapha - (Fbian)done
17) Yatt Precious beri hadiah kepada CikJahFLowers
18) Nyna - Bini Antik beri hadiah kepada Taj -
19) Nita beri hadiah kepada Ami@Hidawati
20) Kak Azah KK beri hadiah kepada Rina Casarina done

Thursday, June 9, 2011

Lagi kunjungan Rakan Blogger

ALhamdulillah..murah sungguh rezeki ku pada hari yang sama Cikgu Rizal dan Cikgu Shah datang rumah..pada sebelah petang nya pula Kak Aton bersama adiknya pula singgah ke rumah. Kak Aton ada urusan di Shah Alam, dan terus singgah ke rumah...
Kak Aton dan adik dan anak saudara Kak Aton...
huhu..apa atas meja tu...jamu teh kosong aje utk Kak Aton dan adik...

Sebenarnya Kak Aton datang nak ambil mug dan teko mini biru yang saya jual hari tu... dan saya pula nak bagi Kak Aton cawan EG PML 2011 untuk Kak Aton... ada cerita di sebalik EG PML 2011 ini... partner saya yang sebenar bukan lah KAton, tapi disebabkan ada masalah sikit...akhirnya ditakdirkan Allah akhirnya Kak Aton juga yg menjadi partner saya... sama seperti partner saya semasa EG 2010 dahulu...
Saya harap Kak Aton suka dengan pemberian saya itu...

Wednesday, June 8, 2011

Menerima kunjungan tetamu @ rakan FB

Semalam, lagi rakan FB dan blogger datang bertandang ke rumah... mulanya Cikgu Mohassah sorang saja datang...itu pun setelah beberapa kali appointment terkasa di pinda dan ditukar..akhirnya sampai juga Cikgu Shah ke teratak saya.  Tujuan Cikgu Shah adalah hendak mengambil barang PML yang hendak dibelinya....
Jom layan gambar...



Selepas beberapa ketika...Cikgu Rizal pula datang menghantar barang saya...apa ya barang tu??? jeng jeng jeng... cuba tengok atas meja tu ada apa? ...hehehe
Isk isk isk...Cikgu Shah asyik tenung tenung aje set Johnson Bros Khyber hijau tu..!!! Puas mengecek denan saya nak beli sikit, tapi bukan saya tak nak jual...tapi itu semua harta warisan turun temurun dari arwah nenek saya, pass pada Mak Ngah saya dan akhirnya kepada saya..kalau cawan tu saya beli sendiri, mmg saya dah jual pada Cikgu Shah....
Akhirnya...walau tak dapat memilikinya, Cikgu Shah dengan baik hati telah menolong menyusun cawan2 saya itu...teriakasih Cikgu Shah...memang berseni tangan Cikgu Shah ni...

dan terimakasih Cikgu RIzal kerana sudi tolong belikan dan tolong hantar tiffin biru itu...

Monday, June 6, 2011

Tureen J&G Meakin 4 musim

Alhamdulillah...berakhir sudah pencarian tureen J&G Meakin 4 musim! dengan tibanya tureen Meakin Jade ke teratak ku tepat jatuh pada tarikh Hari Lahir ku! kira itu lah hadiah istimewa dari diri ku untuk diri ku!!! hahaha...tak ada orang nak bagi hadiah..kita bagi hadiah kat diri sendiri sudah lah kan...dan paling saya tidak lupa rezeki ini saya dapat hasil dari pertolongan kawan-kawan FB dan blogger juga...si dia yang berkenaan ..akak ucapkan terimakasih daun keladi...lain kali boleh tolong lagi...!!! walaupun ketika itu saya tidak dapat bukak FB karana berada di kampung
 terimakasih juga kepada penjual tureen tersebut..kerana meyimpan nya utk saya...

 Pandangan dari atas .... tureen Meakin 4 musim ,
Musim Sejuk (Winter) ~ Celeste, 
Musim Bunga (Spring) ~ Rosa,
Musim Panas (Summer) ~ Jade
Musim Luruh (Autumn) ~ Sunshine
 Anggun bergaya mengikut giliran....
 Menayangkan cop mohor masing-masing! ahaks....
 Aksi gaya yang berbeza...
 Kembali bersatu....

Selain dari tureen Rosa yang biasa...rezeki saya juga sekali dapat 2 tureen Rose Cinderella...2 biji sekali dapat......

Tahniah

Alhamdulillah...Syukur ke Hadrat Allah SWT...
Pada hari Isnin minggu lepas, hati saya berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan akhir anak sulung saya yang sedang menuntut di Jordan dalam bidang perubatan.  

Tepat jam 4.26 ptg 30 Mei 2011, handphone saya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Semakin kuat debaran di hati ...Adakah ini mesej yang di nanti-nanti? Laju jari menekan punat di handphone...sebaik membaca mesej yang diterima, tanpa disedari tiba-tiba sahaja dadaku sebak ....air mata mula bergenang dan semakin lama semakin bertakung dan akhirnya ia tumpah jua! Adakah ini yang dikatakan air mata kegembiraan? Dahulu kala, semasa aku kecil, aku tidak faham kenapa ibuku harus menangis tatkala melihat atau mendengar kejayaan anak-anak...pernah sekali ibu datang ke sekolah sewaktu aku mamasuki acara sukan sekolah...bukan acara besar-besaran..hanya masuk acara lari berganti-ganti 100 meter ..kumpulan ku menang...setelah melepaskan lelah kepenatan..dari jauh ku lihat ibu mengesat air mata di bawah khemah. di waktu lain, ketika aku memberitahu keputusan peperiksaan SRP (setara dgn PMR sekarang) ...air mata ibu juga tumpah ...
dan ... kali ini... setelah daku bergelar ibu dan ketika mendapat tahu berita gembira ini ...tanpa disedari air mata ku juga tumpah... sekarang aku faham..bagaimana perasaan ibuku dahulu...

ALHAMDULILLAH  ....SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Setelah mendapat berita tersebut..terus daku mengambil wudhuk dan membuat sujud syukur....
6 tahun ...bukan satu wktu yang pendek...2005...daku melepaskan anak sulung perempuan ku terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran...ia satu keputusan yang berat bagi ku  kerana terpaksa berpisah dengan anak sulungku, tapi ia adalah pilihan dirinya. Kami rela dan sentiasa berdoa agar Allah memudahkan jalan dan laluan beliau hingga tamat pelajaran...
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ANAK KU ASMA'
 
 

Thursday, June 2, 2011

Terjumpa di kedai apek Rengit

Pelita for SALE!

Actually saya bukan lah collector pelita...saya ada sikit buat syarat orang kata...jangan kepunnan tengok orang ada pelita tu..kita pun nak jugak ada pelita.... 
semasa dalam perjalanan nak balik Shah Alam dari kampung...kami lalu jalan lama..tak lalu highway... so banyak lah kedai2 apek sepanjang jalan tu yg aku tengok... tapi bukan semua lah yang singgah...kang mahu kena jeling 360 darjah dengna pakwe dan anak2 tu...hehehe!
Tapi tersinggah satu kedai apek kat Rengit ni...so nampak ada pelita cun ni..rembat lah sepasang utk setiap design...kot kot ada yang nak start collect pelita pulak selain PML...


 Pelita beralun dari kedai apek...
color: Merah,  Height: 7 "
Price: RM20 per piece

 Pelita 3-segi dari kedai apek...
color: Merah, Height: 7 "
Price: RM20 per piece

 Pelita bola dari kedai apek...
color: Merah, Height: 7 "
Price: RM20 per piece
Jika anda berminat sila sms di no: 019-267 1825

Wednesday, June 1, 2011

Lagi bertemu Rakan FB

Minggu lepas.Jumaat malam .. dah janji dengan Linawati (rakan FB) nak bertemu di GIANT Shah ALam...kebetulan saya pun nak ke Giant sebab nak beli barang utk anak yang nak masuk Asasi hari ini....
sebenarnya Linawati nak beli teko wild roses yang saya jual... so..pertemuan pun terjadi...

 Jauh Linawati datang bersama keluarga dan ibu dari Terengganu...
Bersama ibu Linawati...

best juga ya hobi PML ni. dapat berkenalan dan bertemu dengan ramai  orang...
Alhamdulillah.