Alhamdulillah...Syukur ke Hadrat Allah SWT...
Pada
hari Isnin minggu lepas, hati saya berdebar-debar menantikan keputusan
peperiksaan akhir anak sulung saya yang sedang menuntut di Jordan dalam
bidang perubatan.
Tepat jam 4.26 ptg 30 Mei 2011,
handphone saya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Semakin kuat
debaran di hati ...Adakah ini mesej yang di nanti-nanti? Laju jari
menekan punat di handphone...sebaik membaca mesej yang diterima, tanpa
disedari tiba-tiba sahaja dadaku sebak ....air mata mula bergenang dan
semakin lama semakin bertakung dan akhirnya ia tumpah jua! Adakah ini
yang dikatakan air mata kegembiraan? Dahulu kala, semasa aku kecil, aku
tidak faham kenapa ibuku harus menangis tatkala melihat atau mendengar
kejayaan anak-anak...pernah sekali ibu datang ke sekolah sewaktu aku
mamasuki acara sukan sekolah...bukan acara besar-besaran..hanya masuk
acara lari berganti-ganti 100 meter ..kumpulan ku menang...setelah
melepaskan lelah kepenatan..dari jauh ku lihat ibu mengesat air mata di
bawah khemah. di waktu lain, ketika aku memberitahu keputusan
peperiksaan SRP (setara dgn PMR sekarang) ...air mata ibu juga tumpah
...
dan ... kali ini... setelah
daku bergelar ibu dan ketika mendapat tahu berita gembira ini ...tanpa
disedari air mata ku juga tumpah... sekarang aku faham..bagaimana
perasaan ibuku dahulu...
ALHAMDULILLAH ....SYUKUR ALHAMDULILLAH...
Setelah mendapat berita tersebut..terus daku mengambil wudhuk dan membuat sujud syukur....
6
tahun ...bukan satu wktu yang pendek...2005...daku melepaskan anak
sulung perempuan ku terbang ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran...ia
satu keputusan yang berat bagi ku kerana terpaksa berpisah dengan anak
sulungku, tapi ia adalah pilihan dirinya. Kami rela dan sentiasa berdoa
agar Allah memudahkan jalan dan laluan beliau hingga tamat pelajaran...
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ANAK KU ASMA'
Sekalung Tahniah buat Azzah & anaknya yg berjaya dalam pelajaran..Semuga segala pengorbanan,penat jerih & keikhlasan azzah,hubby & keluarga tertunai dhn penuh keredhaan & kesyukuran..
ReplyDeleteTerimakasih Bro Shariff64...
ReplyDeleteDoakan agar Kak Long akan menjadi seorang doktor muslimah yang sentiasa mengambil berat hal ehwal pesakit dan bekerja dengan ikhlas kerana ALLAH SWT ...Amin
Azzah8