klik klik klik

Monday, August 15, 2011

Periuk warna warni di Turki


Sambungan dari entri semalam.... selain daripada pelita antik, saya ada juga terjumpa kedai-kedai yang menjual peralatan rumah termasuklah periuk2 yang berwarna-warni ..sangat cantik...saya suka periuk kaler purple itu tetapi apa kan daya... bila memikirkan bgmn hendak membawa pulang menaiki flight...baggage saya juga sudah penuh... lalu saya hanya ambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan...
 Seorang wanita Turki sedang memilih periuk yang berkenan di hati...
Periuk berwana-warna berbunga-bunga

 manakala ini pula periuk berwarna warni tapi polos...
pilihan pelbagai warna...pilih mana yang berkenan ... bayar sendiri dan bawa pulang sendiri! hehehe...

Sunday, August 14, 2011

Pelita antik di Turki

Salam 14 Ramadhan..tak sedar sudah hampir separuh bulan Ramadhan berlalu...
buat teman-teman sekelain, harap maaf sekarang saya sudah tidak dapat update blog sekerap dahulu... kekangan masa dan kesibukan kerja dan rumah tangga..hurmm..macam lah orang lain tak sibuk kan...! hehehe...
oklah..kali ni saya nak kongsi sesuatu semasa percutian saya ke Turki tempohari...

Berdekatan hotel saya tinggal, terdapat sebuah cafe' ..semasa lalu lalang ditepi cafe tersebut setiap hari, saya perasan sesuautu di atas meja-mejanya. Di atas setiap meja terdapat sebuah pelita antik berwarna merah..diisi pula dengan minyak tanah (org Malaysia panggil minyak tanah...lah) ..

sama spt pelita antik di rumah saya..dan juga kebanyakan collectors pelita...

Monday, August 8, 2011

Teko Enamel

Teko-teko Enamel dari Romania, Bought in Jordan

Semasa saya ke Jordan pada bulan June tempohari untuk menghadiri konvokesyen anak sulong saya, ambil peluang untuk jalan-jalan ke balad (bandar) Irbid. Sambil jalan-jalan mata tu melilau juga tengok jika ada kedai pinggan mangkuk kat situ...yang bestnya kat situ..setiap lorong tu dikhaskan untuk jualan sesuatu barangan sahaja..jadi senang nak cari barang... contohnya, jika lorong tu jual jubah...maka seluruh lorong tu jual jubah. jika jual rempah-ratus...semua kedai jual rempah ratus...jika jual pinggan mangkuk, banyak kedai jual pinggan mangkuk... 
Al-kesahnya....terjumpalah satu kedai ni...jeling kiri, jeling kanan, jeling rak atas, jeling rak bawah..pergi belakang lagi..huiiii mak! nampak lah deretan teko-teko enamel pelbagai saiz dan warna!!!! WOW.... ini dah cukup baik ni...suruh anak saya tanya, teko ni dari mana? China ke? towkey kedai pun tunjuk 2 jenis teko enamel ni...ada yang buatan China dan lagi satu dari Romania... buatan China lebih ringan manakala buatan Romania kualiti lagi baik dan tebal dan berat...
maka belilah serba satu ...
 buat tayangan perdana selepas balik dari shopping, saya dah tunjuk gambar ni di FB semasa saya berada di sana..nak share dgn kawan-kawan. So, ada yg dah order dan saya pergi kali ke-2 ke kedai tersebut untuk membeli lagi...suka Pak Arab tu..sebab saya borong banyak teko2 dia...
 diantara yang dibeli
 cerek air...cantik kan...! dah selamat jadi milik seseorang rakan PML juga... nantikan dia buat tayangan perdana di blog dia...
 cantik...warna merah...juga dah selamat jadi milik orang
 Ini juga dah jadi milik orang lain...
 dah ada yang booking...ni terpaksa kirim bersama barang2 anak2 saya kerana luggage saya dah penuh dan berat...
 Biru juga cantik...!
Alhamdulillah..saya juga rasa terhibur kerana dapat berkongsi kegembiraan dengan rakan2 PML yang lain... dapat merasa teko enamel dari Romania..dibeli di Jordan...! jauhhhh tuuu..!


Thursday, August 4, 2011

Kak Lela, Jalan Kebun Shah Alam

Hobi PML membuatkan daku mendapat ramai kawan baru...rupa2 nya masih ramai peminat2 barang2 lama dan antik ini ya...tak sangka pula... seperti rumah Lela di Jalan Kebun ni.. penuh dengan barang lama dan antik... 
berada di rumah Lela membuatkan kita mengimbau kenangan lama yang mengusik jiwa...huhu ..jiwang lah pulak...
anyway bulan pose ni tak larat nak tulis pajang2..mari kita jamu mata apa yang ada di rumah Lela ni...
rasanya sudah ramai rakan PML kita ni dah pergi ke rumah Lela, dan rumah dia ni pun pernah masuk majalan dekor suatu masa dulu... hebat hebat...
 Di antara koleksi2 PML dan almari lama yang terdapat di rumah Lela

 almari lauk yang cun...
lagi almari lama...
 suasana di rumah Lela
 koleksi pelita dan tempayan lama
huhu..ini adalah antara barang idaman saya..radio lama ... 
payung tu pun payung lama jugak ..teringat kecik2 dulu pakai payung kertas mcm tu.. 
kalau tersangkut kat mana2 mesti terkoyak..hehehe

ok..jom kita jalan-jalan di luar rumah pula...
 pergola di tepi rumah...lihat bumbung atas tingkap tu...
 penyapu lidi jadi hiasan... sangat kreatif..
 ada pulak model cilik ini dengan payung antik jepun... huhu...
 Ini yang paling saya suka... basikal antik ...macam bapak/atuk saya bawa masa dahulu...
 Ada lagi basikal lama kat dalam rumah..ini sedang dlm proses pemulihan.. 
(masa saya visit ni lah..mungkin sekarang dah siap..)
 lagi model cilik...
sebuah lagi wakaf yang terdapat di perkarangan rumah Lela...

itu sahajalah gambar2 yang berjaya di snap oleh camera hp saya yg sudah uzur ini..... sebenarnya kalau datang sendiri tengok dan berada dalam suasana aman damai tenang dalam kawasan kampung seperti rumah Lela ini ..sangat lah mendamaikan jiwa yang berserabut...hehehe petang2 minum teh bawah wakaf sambil dihembus tiupan bayu sepoi-sepoi bahasa...boleh tertidur bawah wakaf tu...

oppsss..tertinggal pulak ..mana gambar tuan punya rumah?
hehehe..ini dia..tuan rumah yang sangat baik dan peramah...