klik klik klik

Saturday, October 27, 2012

J&G Meakin Devon

FOR SALE

SOLD

 Love the roses ...
 zoom dekat sikit
 Very vintage and sweet design
 Cop di montotnya
Memancar-mancar kilatnya

Wednesday, October 24, 2012

Koleksi Tin

Koleksi tin-tin yang ada serba-sedikit ..
Ini yang terbaru di dapati ...tin tin Teh BOH yang anak saudara saya beli di ladang teh di Cameron Highland..

 Teh BOH dari ladang Sg Palas
 Garden Tea
 BOH Cameronians
Teh Lipton ... teringin nak koleksi ini juga...
 
Koleksi Teh Lipton ini belum dipunyai oleh saya ...tapi nak pesan jika ada sesiapa koleksi tin-tin ini silah roger saya ya...

Tuesday, October 23, 2012

Angkara Kucing ...Bunga Sakura

4 biji mangkuk comel bunga sakura dan 2 mangkuk BK menjadi mangsa si OYEN (panggilan anak-anak kepada seekor kucing yg tidak tahu entah siapa tuan nya)
Bangun pagi ajer tgk dah jadi mcm nih..rupanya anak bujang saya yang tidur lambat kata OYEN nak tangkap cicak, dikejarnya cicak sampai atas kabinet...habis dilanggarnya pinggan mangkuk yag berderet ...yang jatuh mangkuk lah..sebab paling kecil...
Tapi itulah ...semua dugaan ini kita kena hadapi dengan tabah dan sabar ..
Semuanya adalah rezeki dari Allah ...jika dah ditakdirkan bukan rezeki kita ...buat bagaimanapun tidak akan menjadi milik kita...

Monday, October 22, 2012

Entry Tertunda ~ Jualan dan Jamuan Hari Raya PML 2012

Ini adalah entry tertunda, sepatutnya dah lamaaaaaaaaaaaaaa sangat letak kat blog, tapi sebab dah ramai publish kat FB ...
so saya letak kat blog agar suatu hari nanti bila nak search semula senang ...kat FB susah sikit nak search ...
Ini adalah gambar kenang-kenangan semasa Jualan dan Jamuan Hari Raya peniaga/sahabat PML tempohari di Anggerik Mall, Shah Alam pada 16 September 2012 ...(huhu..sudah lebih sebulan berlalu ..baru nak update..tapi tak apa lah kan..better late than never)

 mak Jah dan Pak Long dari BP pun ada naik
 Cikgu Shah tak mahu ketinggalan
 Siapalah kejam sangat nih, kesiannn ikan tu ..hehehe
 3 orang Mak Dara
 Tenung jangan tak tenung ... Izan punya barang semua cun cun

 Barang jualan Mak Jah dan Pak Long
 Beramai-ramai ... sempat ambil OP J&G Meakin Sunshine Bro Halim punya nak cover perut tu ...hehehe
 yang ni, radio klasik lama Mka Jah pulak jadi mangsa
Kak Rusni dari Kuantan dan Linawati ZUbir dari Terengganu sanggup datang jauh-jauh ... tabik spring kat korang...

Saturday, October 20, 2012

Peonies

For Sale: Cawan Bujang Peonies
6 pieces cawan bujang bunga Peonies
RM60 (tak termasuk postage)
Sila sms: 019-267 1825

Thursday, August 30, 2012

Penangan dari blogger terkenal!

Hari Selasa, 28hb Ogos 2012, Chef Blogger terkenal seantero dunia, siapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu, telah buat satu entri di blog masakan beliau di sini.  Cik Mat ada letak link ke blog saya yang tak seberapa ini...(lama tak update disebabkan dek kesibukan tahap melampau.....pengunjung pun jatuh merudum! hehehe) 
tapi bila saya check pagi tadi..terkejut ...... tengok graf mencanak naik ...tak pernah lagi dapat pengunjung seramai itu...!tapi bagi bloggers yang dah famous tu, tak heran lah setakat itu kan kan kan...hehe..tapi bagi saya yg pengunjung blog kadang-kadang tak sampai pun 50 sehari...sekali tgk ..yuhuuu...terimakasih lah Cik Mat ya..sebab letak link tu ... ni kira menumpang kepopulariti Cik Mat lah ni ...

Monday, August 27, 2012

Chef Blogger Mat Gebu

Hari Khamis, Hari Raya ke-5, kami bersiap-siap hendak bertolak balik ke Shah Alam. Enam hari di kampung langsung tidak terasa, sungguh padat jadual bermula dari hari terakhir iftar bersama ibu-bapa tercinta hinggalah Khamis, tiba masa kami perlu pulang ke rumah kerana hendak memberi peluang kepada anak-anak beraya bersama-sama rakan-rakan mereka sebelum pulang ke asrama / kolej masing-masing.

Kami singgah ke Johor Bahru terlebih dahulu...beberapa rumah di JB perlu di ziarahi.. Rumah Abang saya, lebih dikenali sbg Ayah Ngah di Taman Perling, , rumah Ucu Nah di Taman Nong Chik, rumah Mak Epet di Kempas dan akhir sekali on d way nak balik singgah di Sedenak...rumah siapa lagi jika bukan rumah CMG.

 Hidangan CMG......Hidangan dalam set Churchill Blue Willow lagi
Cik Mat, tengok jemput-jemput tu dah tinggal sikit aje..tadi penuh satu pinggan..anak akak kata, macam piranha! hahaha...hidang aje.terus habis lesap ....
set cawan Churchill Blue Willow

Saya mengenali
CMG di alam maya. Sejak 2008/2009 apabila kami sama-sama terjebak dalam mengumpul PML@ Pinggan Mangkuk Lama/Antik/Vintage.  Tetapi melihat koleksi CMG mmg saya terpegun...Ya Allah...hebat-hebat belaka ...CMG telah terlebih dahulu mengumpul PML...malah seperti yang dinyatakan dalam entri terdahulu, kedai apek yang macam dah nak roboh tepi sungai tu dah habis dia borong semua PML kat situ, satu pun tak tinggal kat kami tau! ..hehe..CMG jangan marah ya ...

 Display cabinet depan pintu bilik
Display sebelah meja makan
banyak betul koleksi Cik Mat
 Radio Lama

 Hasil berblogging - lumayan tu ...berbaloi kan Cik Mat..hari hari update blog..
(cuma nak cakap dah lamaaaaa Cik Mat tak update blog PML...).

lagi barisan teko-teko cun
teko-teko berbaris menunggu giliran..eh..giliran apa pulak? hehe
lagi dan lagi teko atas lemari
Bawah meja konsul ...
 Yang tersorok bawah lemari
Dlm kabinet dapur(sebelah bawah)
 Dalam kabinet dapur (sebelah atas)
 Almari antik di dapur ...

 Anak bujang saya bergambar di kereta lama di luar rumah CMG
 Gelas-gelas kristal pun ada

Apa-apa pun terimakasih lah Cik Mat sebab sudi terima gerombolan kami ke teratak Cik Mat yang meletopss dengan koleksi PML yang semakin susah dicari sekarang...
Akak minta maaf juga sebab janji nak datang tengahari, tapi terlajak sampai ke petang baru sampai. Al-maklumlah berjalan rombongan ni...tunggu orang tu, tunggu orang ni...memang jadi lambat nak gerak ke sesuatu tempat...sampai terlepas nak rasa soto Cik Mat yang sedap sangat tu ... tengok gambar dan resepi pun dah terliur....InsyaAllah ada rezeki lain kali boleh datang lagi kan kan kan...
.

Saturday, August 25, 2012

Roscobbage MakJah

Pada hari Raya kedua, kami sekeluarga berpeluang singgah ke rumah salah seorang blogger PML di Parit Rasipan, Parit Raja, Batu Pahat.
Lebih dikenali di kalangan rakan bloggers dan FBians sebagai ROSCOBBAGE MAKJAH
Bersama-sama MaKJah dan suami
Rumah MakJah banyak kucing, ini salah seekor darinya, namanya PECEL(sila sebut dengan sebutan JAWA ya...hehe ..)
Anak MakJah bersama Oyen ...gebunya ..
 Diantara hasil tangan MakJah
Cuba teka...ini kek betul ke?
 Radio lama idaman kalbu..masih berfungsi...nostalgik betul dengar lagu-lagu era 60an-70an

Thursday, August 23, 2012

Eid Mubarak

Alhamdulillah pada tahun ini kesemua anak-anak saya seramai 8 orang dapat bersama meraikan Hari Raya.
Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepasa semua sahabat di alam maya ini 
 Bersama my EIGHT IS ENOUGH

Wednesday, May 30, 2012

cawan Bunga Padi for sale

Cawan Padi for sale

 4 set cawan Bunga Padi 
 cop di cawan dan piring berlainan

SOLD

Thursday, March 29, 2012

Jom Masuk U


Karnival Pengajian Tinggi Negara ke-8

31 Mac - 1 April 2012

PWTC

Thursday, March 22, 2012

Ekspo Selangkah ke UiTM 2012

Keputusan SPM sudah pun diumumkan semalam, mulai saat ini pelajar lepasan SPM sudah mula sibuk melihat dan meninjau pilihan IPTA/IPTS yang ada dalam senarai yang panjang di Malaysia mahupun luar negara untuk dipohon ...program/kursus apakah yang hendak dipohon ??? adakah pilihan sendiri atau pun pilihan ibu bapa? Para pelajar hendaklah bijak memilih bidang yang hendak dipelajari...
faktor kewangan juga perlu diambil kira ...jika pelajar berasal dari kalangan orang "berduit" maka tidak menjadi masalah... tetapi bagaimana pula mereka dari kalangan keluarga yang kurang mampu? ..
Yuran pengajian yang tinggi, kos sara hidup di kampus dan di bandar-bandar utama yang semakin meningkat ...semuanya perlu di ambil kira...namun diharap itu tidak akan menghalang pelajar untuk membuat pilihan ... kerana dengan keputusan yang diperolehi, pelbagai tawaran biasiswa ada diberi... yang perlu dibuat hanyalah memohon..semoga mereka berjaya memperolehinya sesuai dengan keperluan masing-masing.....
Hujung minggu ini Universiti Teknologi MARA juga tidak ketinggalan menganjurkan EKspo AKademik buat para pelajar lepasan SPM dan lain-lain yang berminat dan hendak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di UiTM ...
mari lah beramai-ramai mengunjungi ekspo tersebut

Tarikh : 24 dan 25 Mac 2012 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
  Tempat : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
untuk mengetahui lebih lanjut sila klik di sini

Tuesday, March 6, 2012

Teko-teko untuk dijual

Ada kawan datang rumah mintak tolong jualkan teko2nya.  Dia hanya nak kumpul BK dan Kekwa Hitam aje... so, yg lain semua nak diletgo...
Teko bulat kekwa merah Jepun
SOLD

Teko Bulat Ros Jambatan Nangkin
RM90 (tak termasuk pos) - condition sangat cun..


Teko bulat Bunga Padi (sebelah kanan belakang)
RM 80 (tak termasuk pos) - condition bagus
Gambar bunga di belakang teko

2 lagi teko - teko bulat Twin Roses - size biasa,
teko bulat ros hitam - size sederhana
kedua2 condition cun ..
pandangan hadapan..
SOLD
 Cop lama ...
NOS ...

pandangan hadapan
RM70 tak termasuk pos
 Cop lama
 condition dalam teko
 bersih..
NOS