Hari Khamis, Hari Raya ke-5, kami bersiap-siap hendak bertolak balik ke Shah Alam. Enam hari di kampung langsung tidak terasa, sungguh padat jadual bermula dari hari terakhir iftar bersama ibu-bapa tercinta hinggalah Khamis, tiba masa kami perlu pulang ke rumah kerana hendak memberi peluang kepada anak-anak beraya bersama-sama rakan-rakan mereka sebelum pulang ke asrama / kolej masing-masing.
Kami singgah ke Johor Bahru terlebih dahulu...beberapa rumah di JB perlu di ziarahi.. Rumah Abang saya, lebih dikenali sbg Ayah Ngah di Taman Perling, , rumah Ucu Nah di Taman Nong Chik, rumah Mak Epet di Kempas dan akhir sekali on d way nak balik singgah di Sedenak...rumah siapa lagi jika bukan rumah CMG.
Hidangan CMG......Hidangan dalam set Churchill Blue Willow lagi
Cik Mat, tengok jemput-jemput tu dah tinggal sikit aje..tadi penuh satu pinggan..anak akak kata, macam piranha! hahaha...hidang aje.terus habis lesap ....
set cawan Churchill Blue Willow
Saya mengenali
CMG di alam maya. Sejak 2008/2009 apabila kami sama-sama terjebak dalam mengumpul PML@ Pinggan Mangkuk Lama/Antik/Vintage. Tetapi melihat koleksi CMG mmg saya terpegun...Ya Allah...hebat-hebat belaka ...CMG telah terlebih dahulu mengumpul PML...malah seperti yang dinyatakan dalam entri terdahulu, kedai apek yang macam dah nak roboh tepi sungai tu dah habis dia borong semua PML kat situ, satu pun tak tinggal kat kami tau! ..hehe..CMG jangan marah ya ...
Display cabinet depan pintu bilik
Display sebelah meja makan
banyak betul koleksi Cik Mat
Radio Lama
Hasil berblogging - lumayan tu ...berbaloi kan Cik Mat..hari hari update blog..
(cuma nak cakap dah lamaaaaa Cik Mat tak update blog PML...).
lagi barisan teko-teko cun
teko-teko berbaris menunggu giliran..eh..giliran apa pulak? hehe
lagi dan lagi teko atas lemari
Bawah meja konsul ...
Yang tersorok bawah lemari
Dlm kabinet dapur(sebelah bawah)
Dalam kabinet dapur (sebelah atas)
Almari antik di dapur ...
Anak bujang saya bergambar di kereta lama di luar rumah CMG
Gelas-gelas kristal pun ada
Apa-apa pun terimakasih lah Cik Mat sebab sudi terima gerombolan kami ke teratak Cik Mat yang meletopss dengan koleksi PML yang semakin susah dicari sekarang...
Akak minta maaf juga sebab janji nak datang tengahari, tapi terlajak sampai ke petang baru sampai. Al-maklumlah berjalan rombongan ni...tunggu orang tu, tunggu orang ni...memang jadi lambat nak gerak ke sesuatu tempat...sampai terlepas nak rasa soto Cik Mat yang sedap sangat tu ... tengok gambar dan resepi pun dah terliur....InsyaAllah ada rezeki lain kali boleh datang lagi kan kan kan...
.