klik klik klik

Sunday, May 15, 2011

14 May 2011 ~ Hari Bersejarah ...

Mengapa saya mengatakan 14 Mei 2011 hari bersejarah? kerana saya dapat berjumpa dengan ramai collectors PML serentak...seronok ...
Sebenarnya dah seminggu lebih saya berjanji dengan CikJah nak berjumpa di rumah saudara beliau di Shah Alam. Saya tidak berkesempatan hendak berkunjung ke rumah CikJah di Cyberjaya seperti yang dijanjikan kerana waktu tidak mengizinkan...terlalu sibuk dan tidak sempat hendak ke sana...
Akhirnya tibalah hari yang dijanjikan... Pagi-pagi lagi saya sudah buat gardening di halaman rumah saya yang sekangkang kera itu...sudah lama terbiar...rumput pun sudah panjang..pokok-pokok bunga saya pun sudah tidak terjaga dik kesibukan saya...bibik pula sudah berhenti sebulan lalu...jadi taman saya terbiar begitu sahaja...
leka buat gardening membuatkan saya terlupa ada janji dengan CikJah..sehingga lah saya mendapat panggilan dari CikJah...apa lagi..kelam kabut lah mandi dan bersiap-siap...maklumlah dah berpeluh-peluh di taman...
senang aja nak cari rumah saudara CikJah di Seksyen 6 Shah ALam...sampai sahaja di rumah Kak Zubaidah ..terus call CikJah...dan dijemput masuk...saya lihat ada seorang lelaki sedang duduk bersama Kak Zubaidah sedang membelek-belek pinggan mangkuk.. 
CikJah perkenalkan dia adalah Shah ...saya tanya Bro Mohassah Borhan yang di Facebook itu ke? wahhhhh ..... tidak sangka boleh jumpa serentak ...Kak Zubaidah juga merupakan collector baru...
(dari kiri) CikJah(FBian & blogger), Ummi Nostalgialama, Mohassah Borhan(FBian) dan Kak Zubaidah(FBian)
Terimakasih akak semua... 

Sebelah petang roger-roger MakJah ..MakJah ada datang Shah Alam kerana menghadiri konvo anak beliau di UiTM ... rumah anak dia dekat aje kat Sek 7 jugak...tanya MakJah bila nak datang rumah? since hari tu MakJah kata nak singgah... 
MakJah kata mungkin malam lepas Maghrib... pastu tengok tengok bahan2 kat dapur boleh lah nak goreng buat makaroni goreng... so goreng lah satu kuali besar...
sekali bila telefon MakJah, dia kata kalau tak sempat malam ni , esok aje jumpa kat Amcorp Mall...huwaaaaaa...siapa nak makan makaroni yang dah bergoreng satu kuali tu??? terus telefon MakJah...kata mohon agar MakJah datang juga walaupun dah malam...since esok tak kerja boleh lah berlarut malam kan...hehehe
Alhamdulillah akhirnya MakJah selamat sampai rumah saya dalam kul 11 malam... jemput MakJah dan suami serta anak beliau yang konvo tu...
beruntung MakJah kerana suami dan anak-anak semua minat sama mencari dan mengumpul PML ni...kira ni biznez satu keluarga lah...
jom layan gambar........zazzzzzz


bersama MakJah dan suami...
laju aje suami saya melayan kerana MakJah dan suami rupanya orang sekampung ...
 "haa...yang ni kalau Bang Long tengok mesti menjerit dia! " kata MakJah...
- sedang tunjuk set Ros Kelabu seperti lukisan pensil..
 Apalah yang ditenung-tenung dek MakJah tu... hehehe...
Bersama anak MakJah yang baru selesai konvo
Chewahhhh...bergaya MakJah posing...hehehe

1 comment:

  1. walaupun saya tak mula lagi membuat koleksi pinggan mangkok antik nih..saya pun mesti menjerit giler kalau tgk koleksi yang sebegini byk

    ReplyDelete