Sewaktu pulang ke kampung di selatan tanahair, kadang kala kami melalui jalan kampung hingga ke Pontian untuk menghilangkan kebosanan melalui lebuhraya yang hanya dapat menikmati pemandangan pokok-pokok dan bukit bukau serta lembah....
Di sepanjang jalan kampung kami akan melalui pekan-pekan kecil di sepanjang jalan tersebut...saya tidak melepaskan peluang utk mengambil gambar deretan kedai-kedai lama yang kebanyakan sudah tidak digunakan lagi ataupun sudah dimamah usia. Kebanyakan kedai tersebut telah didirikan sejak zaman Jepun dan pemerintahan British lagi.....
sayang sekali banyak kedai ini sudah diruntuhkan dan didirikan bangunan yang lebih baru dan berbentuk moden..sepatutnya bangunan2 lama ini di 'preserve' atau dikekalkan dengan membaik putlih sebagai tarikan pelancong dan juga utk tatapan generasi muda...oleh itu saya teringin mengabadikannya di blog saya buat tatapan anak-anak dan juga blogger2 yang lebih muda atau mungkin mereka yg duduk di kawasan bandar besar ..
Maaf, saya dah tak ingat sangat kedudukan kedai2 dalam gambar di bawah... dah lama ambil gambar-gambar ni, tapi lain kali kalau kami lalu lagi saya akan tulis dan ingatkan kembali...(itupun kalau saya tak tido lah ..hehehe)
Rasanya ini kedai di Parit ???, Muar, Johor
Update: Mengikut Ca dari Casaoma blog,
kedai lama ni di Sg Mati di traffic light ke Bukit Gambir dan Muar dpd Tangkak
Update: Mengikut Ca dari Casaoma blog,
kedai lama ni di Sg Mati di traffic light ke Bukit Gambir dan Muar dpd Tangkak
Ini mungkin di Rengit
Update: Mengikut Bro Shariff, kedai lama ni di pekan Senggarang, BP
Update: Mengikut Bro Shariff, kedai lama ni di pekan Senggarang, BP
Kedai lama ini juga di Daerah Muar....(Ca....please confirmkan di mana)
Ini di Tangkak, semasa dlm perjalanan nak hantar anak ke-4 saya ke UiTM Johor, Segamat.
Ini di Tangkak, semasa dlm perjalanan nak hantar anak ke-4 saya ke UiTM Johor, Segamat.
Tapi kedai lama ini sudah dibaik pulih dan dicat baru..tingkap2 lama juga telah diganti....
Kedai lama di Tangkak ini juga telah dibaik pulih, tapi kaca tingkapnya yg berwarna masih dikekalkan...
Tangkak, tempat kelahiranku..
ReplyDeleteJauhnya azzah berjalan.
KakRose@KakYon, ooohhh..akak orang Johor rupanya....samalah kita....
ReplyDelete10:45 pm 20/9/10
ReplyDelete"selamat hari raya kak...btl tu kak ina setuju..sepatutunya di baik pulih dna di pelihara utk generasi yg akan dtg...."
Azlina
10:57 pm 20/9/10
ReplyDeletek.azah "salam azzah..bestnyer tgk pekan2 lama tu..akak ada ambik pekan kolopilah..silap tak ambik byk2..ada lagi bangunan lama kat situ..entah2 balik tahun depan dah hilang semuanya..."
Tahniah krna azah berjaya merakam bangunan2 lama..pd shariff bangunan ini mempunyai nilai heritage yg tinggi & perlu dikekalkan ia-itu dipelihara semula oleh pemilek masing2.Klu pegi ke singapura byk bangunan lama diberi nafas baru dgn dipelihara sktruktur asal.(p/s azah..gambar ke-2 itu adalah bangunan kedai di Pekan Senggarang,B.pht)
ReplyDeleteJika azah nak tgk bangunan lama dibaiki semula & cantik..pergilah keBt.Pahat dekat Pasar Basah..memang supervb.
Salam bro Shariff, sebenarnya banyak lagi gambar bangunan lama yg di ambil, tapi tak jumpa cari..kena cari pelan-pelan...simpan dalam folder mana ??? itulah kan..sayang jika bangunan lama ni dibiarkan begitu saja, sepatutnya mcm Bro kata, kerajaan tempatan mesti preserve dan baik pulih sebab ada nilai heritage...
ReplyDeleteoh ye ke? mmg Azzah tak ingat kedai lama tu kat mana..nnt azzah update semula...
9:37 am 21/9/10
ReplyDelete"slm k azzah..slamt hr raya..saya pun suka bila tgok pekan2 lama ni..lps tu imagine bgaimana kalu kita idup zaman tu.."
Chah
Kak Azah,
ReplyDeleteRasanya gambar No 1 tu kat Parit Jawa Muar, yang No. 2 tu yes di Rengit ala tempat jual barang terpakai tu. Haha..
Teringat balik masa zaman remaja dulu belajar subjek Urban Design. Lecturer suruh lukis perspective kat tempat area orang ramai lalu lalang kat Komtar JB. Malu siot...orang lalu lalang tengok..
Salam Kak Azzah..betul kata akak tu bangunan lama kalau di baik pulih memang cantik...rasanyer gambar yg pertama tu bukan pt jawa kot..sbb kat pt jawa lum ada lampu jalan yg ruper itu..ca rasa tu kat sg mati kat traffic light ke bukit gambir dan muar dpd tangkak...
ReplyDeleteSalam Syawal Azlina,
ReplyDeleteMasih belum terlambat utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...
Ina orang Johor juga ke?
Salam Kak Azah KK,
ReplyDeletekak, nnt tepek lah kat blog akak gambar pekan Kolopilah tu ... buat kenang-kenangan...
Chah,
ReplyDeletekat Ganu pung mesti byk lagi pekan2 lama kan? ambik lah gambo, pastuh tepek kat blog..nak jugak tgk pekan lama di Pantai Timur...
Chah, uiihh..kalau kita hidup zaman tu, sekarang ni dah jadi nenek moyang dah! atau pun dah...
Zulkis, lupa lak Zul pun orang Pontian jugak kan...mesti kenal pekan2 lama nikan... selalu ke pergi Rengit tu?
ReplyDeleteCa, akak mmg menanti-nanti komen dari Ca, sebab tahu Ca org Muor...mesti kenal kat mana pekan lama ni... gambar yg kedai kayu cat kunign tu pun rasanya kat daerah Muor juga..tapi tak tahu exactly kat mana....Ca tahu tak?
ReplyDelete