klik klik klik

Wednesday, September 15, 2010

Salam Syawal

Salam Syawal semua, 
diam tak diam dah masuk hari ke 6 kita menyambut kedatangan bulan Syawal. Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf kepada sahabat bloggers semua kerana tidak sempat hendak mengutip kad-kad raya yang diberi untuk ditempekkan di blog saya, dan saya juga tidak sempat hendak membuat kad raya utk diberikan kpd semua...harap semua faham..masa terlalu berharga di akhir Ramadhan, kekadang saya sempat melawat sahaja blog rakan2 di celah-celah kesibukan.
Alhamdulillah, seronok membaca dan melihat gambar raya rakan sekelian..semua nampak happy sahaja dengan pakaian yang sedondon satu keluarga. Saya sekeluarga juga Alhamdulilah selamat pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke Shah Alam...Raya kali ini keluarga saya kurang seorang, anak saya yang sulong tidak pulang beraya bersama... beliau menyambut Raya di Jordan bersama rakan2 beliau buat kali terakhir sebelum menamatkan pengajian pada pertengahan tahun hadapan. InsyaAllah.

Seperti biasa bila pulang ke kampung, semasa mengunjungi sanak saudara, leher tu dipanjang-panjangkan menjenguk hingga ke dapur! Apa lagi...skodeng pinggan mangkuk lama di rumah mak-mak saudara lah! hehehe... dan akhirnya Alhamdulillah berhasil juga lah mendapatkan harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah nenek Su kpd Mak Nah. Mula-mula tu berat hati MakNah nak melepaskannya, lalu saya minta izin nak ambil gambar. Selepas melihat saya beriya-iya mengambil gambar dari pelbagai sudut, akhirnya lembut juga hati Mak Nah .... Yahoooo!!! (ni jerit dalam hati ajelah...kat luar control macho lah...hehehe) Mak Nah kata," kesian MakNah tengok kau beriya-iya benar...ambil lah simpan elok-elok pusaka dari Nek Su ni" hehehe..sebenarnya dari Raya tahun lepas lagi saya dah mengecek MakNah, tapi tahun ni baru dapat...tak henti-henti ucapkan terimakasih daun keladi kpd MakNah...mudah2an jika ada lagi dia nak bagi ....

Apa yang saya dapat dari MakNah? Inilah dia tureen pusaka dari arwah Nek Su... 
saya rasa corak ni seperti daun maple di musim luruh... 

corak maple leaves in autumn

Selain drpd tureen ni, MakNah ada tunjuk satu lagi tea set JB dari England..dia letak dalam gobok buruk celah dapur aje .... katanya dulu-dulu dia kutip kat belakang rumah aje, mak saudara lagi sorang tu dah taruk buang kat bangsal belakang rumah, dia kutip dan simpan. Puas saya pujuk bagi saja kat saya ...saya akan simpan cantik-cantik dalam almari kat depan , tapi dia kata anak mak saudara tu dah ada sound-sound...nak balik lah agaknya tu...hurm...mudah2an ada rezeki saya....saya dah cakap, kalau cousin saya tu tak mahu, bagi kat saya aje...tunggu lah..entah2 Raya tahun depan pulak kot...hehehe...
nak tahu apa dia? layan gambar nih...
Cun banget ini teko!
Cop kat montot nya...ada cawan+piring, creamer dan bekas gula...malas nak kuarkan dari gobok celah dapur tu... mintak izin dari MakNah ambik gambar ni saja jadilah...

7 comments:

  1. Salam azzah,
    Selamat hari raya maaf zahir batin.
    Pandai azzah pujuk2 maknah ye..hehe
    Segar mata tengok bunga turen tu..bertuah azzah dapat milikinya.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya..amboi,sambil menyelam,sambil minum air.cantik tureen tu,nampak macam baru .teko tu projek raya haji pulak,kena overacting sikit,tunjuk berkenan,pegang takmau lepas,mesti maknah bagi,hehe...

    ReplyDelete
  3. Salam Syawal KakRose@KakYon,
    akak ada kat rumah ke nanti? teringin nak datang beraya rumah akak... bab pujuk memujuk mmg pandai..hehehe...Alhamdulillah rezeki...

    ReplyDelete
  4. Salam Syawal Shas,

    hurm..kalau balik kampung..tak sah kalau mata tak jeling-jeling ke dapur mak sedara! hehehe..manalah tahu kot kot ada harta karun yg dia dah nak buang tak mau lagi...
    tureen tu mmg lah nampak macam baru sebab 3 hari 3 malam akak rendam dalam air sabun + klorox! masa mula-mula dapat ..punyalah berdaki berhabuk dan hitam... bila dah mandi sabun dan klorox..wahhhh..berkilat-kilat memancar! nampak macam baru ya...

    teko tu nanti try lagi mengecek bila balik kampung lagi...tapi hopefully my cousin tak terbuka hati nak mintak semula dari Mak Nah! kalau ada rezeki tu tak kemana lah kan...

    ReplyDelete
  5. 4:31 pm 16/9/10

    "Salam aidilfitri kak, cantik sungguh teko antik tu, tergoda saya"

    Kelly

    ReplyDelete
  6. 7:23 pm 16/9/10

    "salam..selamat hari raya...canti koleksi kat cni...jom jln blog saya..."

    Lina

    ReplyDelete