klik klik klik

Tuesday, January 25, 2011

Mug Bertutup

 Hari Ahad lepas saya ke Jeram menghantar anak saya yang tahfiz tu ke asrama semula.  Dalam perjalanan pulang singgah ke Meru...sebenarnya dari minggu lepas nak pergi tetapi minggu lepas ada hal pulak ke Seremban...jadi niat ditangguhkan...
Jadi minggu ni bila ada peluang ke Jeram, saya ambil peluang tersebut utk singgah ke rumah Cikgu CT di Meru...Hajat hati nak ambil barang yang dibooking tempohari....

Bersama Cikgu CT dan anak2 dia yang comel...

 Inilah barang yang dibeli dari Cikgu CT...
sepasang mug bertutup bunga sakura...ni kira mug bonsai! hahaha
sebab mug ni pendek aje...macam cawan, tapi bertutup
 
 Pandangan dari dekat...
 gambar bunga sakura di sebelah hadapan dan belakang
Ini pula mug-mug yang ada dalam simpanan saya...tak lah banyak macam oran tukan...
adalah sikit buat pandan-pandang dan lihat-lihat...asal jangan kempunan (bak orang tua kata!)
 Mug bunga Peonies biru di belakang kiri, mug sakura putih di belakang sebelah kanan,
mug bunga Victorian Roses, mug bunga Kangkung, mug Five Roses,
dan sepasang mug sakura pink
mug bunga Victorian Roses, mug bunga Kangkung, mug Five Roses,

 Mug bunga Peonies biru di belakang kiri, mug sakura putih di belakang sebelah kanan,

Sunday, January 23, 2011

Zubair dah mula sekolah

Alhamdulillah Zubair sudah semakin sihat dan sembuh, sudah mula sekolah minggu lepas


Monday, January 17, 2011

Wet Roses Idaman Kalbu

Salam semua, lama dah tak buat entri berkenaan pinggan mangkuk lama...
Alahmdulillah anak saya Zubair sudah semakin pulih, masih lagi dalam proses pemulihan...
kali ini mari kita layan gambar-gambar Wet Roses ku yang sudah lama sebenarnya berada di teratak ku...cuma tak sempat nak ambil gambar dan buat tayangan perdana...
 

 





Thursday, January 6, 2011

Syukur Alhamdulillah!

 Perkembangan terkini anak saya, Zubair. Alhamdulillah dia sudah sedar dan sudah boleh bercakap.  Namun begitu perlu selalu bercakap dan berbual-bual dengan dia agar ingatannya kembali pulih seperti sediakala.
Yang paling saya syukur sangat-sangat dia kenal saya  sebagai umminya apabila ditanya..syukur Alhamdulillah.
 Ini tatkala dia masih belum sedar sepenuhnya.
 
Ini pula ialah luka dan jahitan dikepala Zubair. 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jazakumullahu khairan kathira, semoga Allah membalas kebaikan anda semua, yang tidak putus-putus tolong mendoakan agar anak saya kembali sembuh dan pulih seperti sediakala. Banyak panggilan dan sms (ada antaranya tidak dapat saya balas kerana waktu itu sedang menguruskan hal anak saya) yang saya terima. Begitu juga emel, komen dsbnya... tidak lupa kunjungan dan lawatan oleh jiran-jiran, kawan2 semua yang prihatin...sangat-sangat saya hargai.
Yang paling saya hargai, kakak saya yang saya panggil kak Long, dan anak-anak beliau yang sanggup datang dari Nilai, walaupun beliau penat baru balik kerja, tapi sanggup menunggu bersama-sama saya memberi sokongan moral di ER di Hospital Sg Buloh sehingga pukul 1 pagi.  Begitu juga Abang Ngah dan kakak ipar sekeluarga yang datang dari Johor Bahru, membawa emak saya (nenek Zubair) datang melawat di hospital.
SilverSarina, atau sekarang sudah ada blog baru dan dikenali sebagai WanMommy, blogger pertama yang saya contact semasa di ER DEMC menunggu result CT Scan, memohon beliau maklumkan kepada rakan bloggers/FBians yang mengenali saya agar mendoakan kesihatan anak saya.  Jazakillahu khaitan kathira Rina, sentiasa prihatin dan mengambil tahu perkembangan terkini anak saya, utk di update kepada rakan2 yang lain..
Yang paling saya terkejut dan tidak sangka, mendapat panggilan dari Simah, seorang blogger yang bermastautin di Turkey. Walaupun kami tidak pernah bertemu muka dan beliau sudah lama tidak update blog, tetapi kami masih berhubung di ruangan FB. 

Begitu juga sms dari Kak Elle, dari Singapura, dan msg dari Neeza, nun jauh di Saudi.   Babazahra' yang bekerja di Libya (tapi skrg sedang bercuti di tanahair),   zlaa dan D dari UK,
Walaupun masing-masing dah tak aktif berlogging, tetapi masih berhubung di FB. Abang Long yang bersusah payah bersama anak-anak tahfiz bersolat hajat, ummi365, Kak Nong, bloggers dan juga rakan sekerja, Sevendrops, waterlily dan Dr Naimah, dan ramai lagi bloggers lain yang tidak sempat saya nak sebut satu-persatu nama-nama anda....(jangan kecil hati ya...you're always in my heart!)

Sesungguhnya ukhuwwah antara kita, bloggers dan FBians, walau di mana anda berada di muka bumi ini, sangat kuat... itulah kuasa dunia alam maya ini. Jika kita berkawan dengan ikhlas dan jujur, dan mengambil perkara yang baik-baik sahaja, InsyaAllah kita akan rasa kemanisannya.. 

Sunday, January 2, 2011

Permulaan yang Muram

Kedatangan tahun baru 2011 disambut muram...malah tiada sambutan langsung dan saya langsung tidak ingat bahawa tahun sudah pun bertukar ganti...2010 --> 2011
Ini adalah kerana pada 30 Disember yang lalu, anak ke-7 saya, Zubair berumur 11 tahun, telah kemalangan setelah dilanggar kereta semasa sedang bermain basikal di taman perumahan. 

Status anak saya sekarang dia masih di wad neurosurgeri di Hospital Sg Buloh di bawah observation doc. Terdapat 3 luka yang besar di kepala sebelah kanan, semua telah dijahit. CT Scan juga telah dibuat, doc kata ada kelihatan sedikit blood clot tetapi kecil, doktor akan monitor lagi.  Jika tiada perubahan doc tidak akan buat apa-apa ...let it be sebab doc kata kanak2 selalu cepat sembuh sendiri ... harap tiada apa-apa... tapi anak masih macam mamai-mamai lagi, ... bila panggil dia adalah buka mata tapi masih belum respond sepenuhnya

oh ya...lupa nak cakap, Alhamdulillah sebab tiada apa-apa yang patah dan tiada fracture di kepala...Harapan saya agar rakan sekelian dapat mendoakan agar tiada internal bleeding yang serius... doakan agar sembuh seperti sediakala... Terimakasih semua...