klik klik klik

Thursday, January 6, 2011

Syukur Alhamdulillah!

 Perkembangan terkini anak saya, Zubair. Alhamdulillah dia sudah sedar dan sudah boleh bercakap.  Namun begitu perlu selalu bercakap dan berbual-bual dengan dia agar ingatannya kembali pulih seperti sediakala.
Yang paling saya syukur sangat-sangat dia kenal saya  sebagai umminya apabila ditanya..syukur Alhamdulillah.
 Ini tatkala dia masih belum sedar sepenuhnya.
 
Ini pula ialah luka dan jahitan dikepala Zubair. 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jazakumullahu khairan kathira, semoga Allah membalas kebaikan anda semua, yang tidak putus-putus tolong mendoakan agar anak saya kembali sembuh dan pulih seperti sediakala. Banyak panggilan dan sms (ada antaranya tidak dapat saya balas kerana waktu itu sedang menguruskan hal anak saya) yang saya terima. Begitu juga emel, komen dsbnya... tidak lupa kunjungan dan lawatan oleh jiran-jiran, kawan2 semua yang prihatin...sangat-sangat saya hargai.
Yang paling saya hargai, kakak saya yang saya panggil kak Long, dan anak-anak beliau yang sanggup datang dari Nilai, walaupun beliau penat baru balik kerja, tapi sanggup menunggu bersama-sama saya memberi sokongan moral di ER di Hospital Sg Buloh sehingga pukul 1 pagi.  Begitu juga Abang Ngah dan kakak ipar sekeluarga yang datang dari Johor Bahru, membawa emak saya (nenek Zubair) datang melawat di hospital.
SilverSarina, atau sekarang sudah ada blog baru dan dikenali sebagai WanMommy, blogger pertama yang saya contact semasa di ER DEMC menunggu result CT Scan, memohon beliau maklumkan kepada rakan bloggers/FBians yang mengenali saya agar mendoakan kesihatan anak saya.  Jazakillahu khaitan kathira Rina, sentiasa prihatin dan mengambil tahu perkembangan terkini anak saya, utk di update kepada rakan2 yang lain..
Yang paling saya terkejut dan tidak sangka, mendapat panggilan dari Simah, seorang blogger yang bermastautin di Turkey. Walaupun kami tidak pernah bertemu muka dan beliau sudah lama tidak update blog, tetapi kami masih berhubung di ruangan FB. 

Begitu juga sms dari Kak Elle, dari Singapura, dan msg dari Neeza, nun jauh di Saudi.   Babazahra' yang bekerja di Libya (tapi skrg sedang bercuti di tanahair),   zlaa dan D dari UK,
Walaupun masing-masing dah tak aktif berlogging, tetapi masih berhubung di FB. Abang Long yang bersusah payah bersama anak-anak tahfiz bersolat hajat, ummi365, Kak Nong, bloggers dan juga rakan sekerja, Sevendrops, waterlily dan Dr Naimah, dan ramai lagi bloggers lain yang tidak sempat saya nak sebut satu-persatu nama-nama anda....(jangan kecil hati ya...you're always in my heart!)

Sesungguhnya ukhuwwah antara kita, bloggers dan FBians, walau di mana anda berada di muka bumi ini, sangat kuat... itulah kuasa dunia alam maya ini. Jika kita berkawan dengan ikhlas dan jujur, dan mengambil perkara yang baik-baik sahaja, InsyaAllah kita akan rasa kemanisannya.. 

25 comments:

  1. InsyaALLAH mudah2an zubair makin sembuh dan sihat.semuga akak juga tabah dan sabar malayan anakanda Zubair...jaga diri ye.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tabah dan sabar yee azzah..tatkala membaca N3 mengenai Zubair.. terkenang menunggu arwah anak akk selama seminggu di icu sg buluh..maaf tak berkesempatan melawat lg..azzah jg perlu jaga kesihatan agar semuanya dalam keadaan yg baik.. smg adik zubair kuat semangat dan cepat sembuh..tq

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Saya tumpang gembira mendengar perkembangan positif Zubair.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah auntie..zubair semkin pulih....sy doakan smgoga die cepat sembuh dan dpt menjalankan kehidupan mcm biasa..sabar je auntie..

    ReplyDelete
  5. salam azzah,syukur alhamdulillah yg amat sgt diatas kekuasaan mu ya Allah kerana memberikan kesembuhan kpd hambamu Zubair..mudah2an zubair akan terus baik kesihatannya spt sediakala.
    Buat Azzah & Hubby akan terus lebih sabar n tenang menghadapi dugaan sebegini.

    ReplyDelete
  6. salam mudah2an cepat sembuh,amin

    ReplyDelete
  7. saya doakan semoga cepat sembuh..ngeri gak tgk...

    ReplyDelete
  8. 2:22 pm 2/1/11
    k shima "k azah, semoga anak k azah cepat sembuh...amin"

    ReplyDelete
  9. 4:28 pm 2/1/11
    shas "harap cepat sembuh,sihat semula.sabar ye kak.."

    ReplyDelete
  10. Salam Azzah,

    Salam perkenalan..akak baru terbaca dan diharap anak Azzah cepat sembuh dan pulih seperti sediakala..besabar dengan takdir ini yer..insyaallah jika kita bersabar dgn dugaanNya akan baik akhirnya..

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah...

    berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya. saya doakan agar anak akak cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. moga kesihatannya bertambah baik dari hari ke hari. amiin.

    ReplyDelete
  12. salam azzah..
    semuga Zubair kuat semangat dan cepat sembuh. Azzah pun kena jaga kesihatan ye..

    ReplyDelete
  13. salam kak azzah...

    Ya Allah punyer la lamer x BW sampai x tau apa yg terjadi.....

    Harap anak kak azzah akan cepat semboh.... semoga kak azzah n family juga sentiasa tabah dlm hadapi semua ini.... take care!

    ReplyDelete
  14. salam kak azzah,

    saya berdoa semoga anak kak azzah cepat sembuh seperti sediakala, di harap kak azzah dan suami dapat menjaga kesihatan seperti biasa dan tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  15. Salam semua,

    maaf tidak dapat membalas komen you all satu persatu...masa amat mencemburui saya... semester baru, kelas baru bermula, anak-anak juga mula sekolah dan diduga dengan kemalangan yang menimpa anak saya...

    InsyaAllah semoga suatu hari nanti kehidupan akan kembali normal seperti biasa...

    Terimakasih di atas doa kalian.. Teruskan berdoa agar anak saya kembali pulih seperti sediakala...Amin.

    ReplyDelete
  16. 5:06 pm 2/1/11
    azlina kepada "asmlkm kak azah ina doakan semuga ank akk cpt sembuh.."

    ReplyDelete
  17. 7:19 pm 2/1/11
    rohas "k azah, bykkn bersabar mhadapi dugaan drNya....semoga anak cepat ssembuh ya..."

    ReplyDelete
  18. 7:30 pm 2/1/11
    Pn.N(A.Saudi) "salam kak Azah.banyak brsabar eh kak,didoakan anak akak segera sembuh.Tabah kak.Tahniah untuk Wafa' yg berjaya dalam pmr tempohari."

    ReplyDelete
  19. 11:13 pm 2/1/11
    zulkis "Kak Azah, doa saya semoga anaknya cepat sembuh..."

    ReplyDelete
  20. 1:48 pm 6/1/11
    Sheila "Salam kak saya sekeluarga doakan yg terbaik utk ank akk ..meleleh air mata saya melihat pic ni,sbb sy pun pernah megalaminya ,moga Zubair kuat Amin..."

    ReplyDelete
  21. 4:03 am 10/1/11
    mona "salam kak azzah,, semoga anak akak cepat sembuh ye,,baru saja tahu berita ini,, take care kak..:)"

    ReplyDelete
  22. SALAM,
    DIDOAKAN ANAK KEMBALI SEMBUH DENGAN SEGERA. MOHON BERSABAR DAN TENANG MENGADAPI DUGAAN ALLAH SWT INI

    ReplyDelete
  23. salam azzah..semuga zubair cepat sembuh..kecian juga tenguk luka di kepala tu.

    banyak bersabar ajerlah azzah..buku lambat tak per.uruskan anak kamu dulu.

    ReplyDelete
  24. mudah2an dia cepat sembuh kak,... kiteorang kawan2 blogger ikhlas doakan kesembuhan dia....
    mungkin ade hikmah disebalik semua ni.. akak sabar dan tabah k...


    perubahan positif dia mesti bagi seribu satu kegembiraan buat akak kan.. alhadulillah...

    ReplyDelete
  25. 11:58 pm 16/1/11
    kak liza "saya doakan zubair cepat sembuh.."

    ReplyDelete